Daisypath Valentines tickers

Monday, May 25, 2009

Gay Bukan Penyakit

Posted by Ija at 4:17 PM
INDIVIDU homoseksual, baik lelaki atau perempuan, mempunyai naluri atau minat berciri seksual kepada kaum sama jenis. Untuk lelaki, istilah digunakan ialah ‘gay’ manakala perempuan dikenali sebagai ‘lesbian’.


Kadangkala istilah ‘queer’ digunakan kepada individu yang menunjukkan minat kepada kaum sejenis walaupun mereka menafikan. Ia satu tindak balas biasa apabila mereka terasa diri mereka mendapat perhatian kawan.


Seorang pembaca bertanya saya, apakah cara terbaik untuk mengubat lelaki homoseksual, terutama yang pernah berasmara dengan lelaki gay lain dan langsung tiada keinginan pada wanita. Malangnya, keadaan dialami mereka bukan satu penyakit. Ia lebih kepada perasaan kendiri individu itu memilih pilihan naluri kepada kaum sejenis.Jadi, tidak hairan jika mereka mendapati mereka langsung tiada tarikan kepada kaum yang berlainan jenis.



Walaupun mereka mencuba dan kadangkala melakukan perbuatan yang terlanjur dengan individu kaum bukan sejenis dengan tujuan mengetepikan naluri mereka kepada sesama lelaki, mereka masih kekal dengan pendirian seronok dengan kaum sejenis.


Ada juga di kalangan mereka boleh bergaul dan berintiman dengan kaum bukan sejenis dan mereka dikenali sebagai ‘biseksual’. Pasangan mereka akan rasa diri dipergunakan apabila tahu perangai mereka kerana pasangan mereka bukan jenis begitu! Kedua-dua situasi sedemikian iaitu homoseksual dan biseksual adalah keadaan yang tidak diterima masyarakat umum walaupun boleh diterima sesetengah kawan dan individu yang simpati kepada mereka. Mereka yang bersifat begitu akan dicemuh.


Jadi mereka terpaksa mendiamkan diri saja sambil meneruskan naluri pilihan mereka dalam keadaan berperasaan serba salah. Tiada rawatan untuk keadaan dialami ini, kecuali dia mengawal perasaan minatnya dengan tidak bermain cinta, menjauhi individu kaum sejenis yang diminati dan tumpukan perhatian kepada kerjaya atau aktiviti kemasyarakatan disamping mendekatkan diri pada agama. Mungkin mereka boleh berubah, tetapi ini hanya melalui kesungguhan usaha mereka sendiri.

0 comments:

Post a Comment

Jom Chat

Large Ads

 

★~RainBow LanD~☆ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review