Daisypath Valentines tickers

Sunday, June 28, 2009

Bicara hati

Posted by Ija at 10:23 PM 0 comments
Suatu falsafah kehidupan insani ..suatu renungan ... pjng...

duhai bidadari kayangan,
pujaan hati menjadi idaman,
saban hari menyentuh perasaan,
hati berdetik menanti mu insan,

kelu lidah menuntun bicara,
mencari makna secebis rasa,
apakah ini tandanya cinta ?,
padamu kama sakti jelita,

malam jauh meninggalkan sepi,
bicara berlalu meninggalkan aku sendiri,
masih tinggal bekas bicara mu puteri,
jelas bertapak bersemi dihati,

aduh puteri hati ku dingin,
meronta-ronta mencari suatu kepastian,
apakah puteri sudah berteman ?,
pacal patik tahu siapakah berkenan,

hem ... disini sahaja madah ku terhenti,
buat renungan utk dijejaki,
hati mu puteri sukar dirasai,
apatah lagi utk dikenali,

hati nan suci usah dipermainkan,
bicara hati suatu kekeliruan,
tidak tau mengapa sukar dbicarakan,
biar kan begitu tanpa kawan...

10 Perkara Yg Lelaki Tak Suker Tp Pompuan Buat Gak

Posted by Ija at 10:19 PM 0 comments
1. Cepat berubah fikiran. Hari Isnin..kamu suka kat dia. Hari rabu kamu minat kat orang lain. Masuk harI Jumaat kamu dah lupa nama mamat yang hari Isnin. Peh..gila tuh. You all bakal digelar Miss Playgirl.

2. Membanding diri dengan orang lain. Kalau si dia minat kat kamu, dia takkan pandang sangat awek lain. Percayalah. Takyahlah susah-susah nak tolong promote orang itu..orang ini. Orang tu lawa la..tu la. Yang penting KAMU.

3.Bercanggah pendapat. Kalau dia minta pendapat, jangan ragu-ragu utk mengeluarkannya​.​ Tapi, sebelum keluarkan hujah pastikan dia berada dipihak mana. Seboleh mungkin jangan sampai menyinggungnya.​

4. Terlupa temujanji. Kalau dah berjanji, janganlah sesekali lupa. kalau terlupa percayalah dia akan rasa macam tak dihargai dan tidak penting dalam hidup kamu.

5.Riak. Kalau kamu baru dinaikkan pangkat dan si dia memuji... pastikan kamu tidak riak bertahun-​tahun,​ dikhuatiri si dia akan terasa tak setaraf ngan kamu plak. Cukuplah utk sejam dua sahaja.

6. Berkira soal berat badan. Kalau si dia mengorder burger paling besar atau ayam goreng 2 set + kentang besar+ milkshake jangan larang atau tegur. takyahlah nak cerita pasal lemak, kolestrol. lelaki ni kalau bab makan memang berkira.

7. Pura-pura tak tahu. Ini memang berlakon tahap bengong ! Takkan la lansung tak kenal Brad Pitt semata-mata nak jaga hatinya. tak salah jika sesekali tunjuk bijak.

8.Malas buat keputusan. Si dia buntu. Cadangan kamu?" Entah la I pun tak tau! " Hello bangun dan bukak akhbar. Cuba beri cadangan yang baik. Si dia bukan tukang buat keputusan 24 jam sajer. Bila sesekali kamu buat keputusan gempak... dia mungkin makin sayang.

9. Kurang sopan. Tanyalah mana-mana lelaki, mesti dia tak pilih wanita yang kurang sopan. Kalau ada sifat Hot Tamper..cuba belajar control. Ada sesetengah jenis kekasih mungkin dah memahami, so boleh tolak ansur. Tapi kalau jenis tak leh tolak ansur... ..

10.Tak mengaku kelemahan. sesekali kena mengaku kelemahan sendiri. Jangan dok maintain ayu jer... Lambat laun terbongkar gak. Percayalah... kalau kamu mengaku kelemahan diri, si dia bukan anggap itu satu kecacatan tapi satu kelebihan kerana sanggup mengaku. PERCAYALAH... ..

Tanda2 ini sesuai utk pasangan yg sedang bercinta...

Posted by Ija at 10:15 PM 0 comments
1. Hatinya berjaya kamu tawan.

2. Begitu setia dan jujur terhadap kamu.

3. Sentiasa mengambil berat tentang diri mu.

4. Sering bertanyakan khabar selalu.

5. Sentiasa ingat hari-hari istimewa kamu berdua.

6. Sering mengucapkan kata-kata rindu.

7. Sering meminta pendapat kamu untuk membuat sebarang keputusan.

8. Berasa sangat risau jika kamu berada dalam keadaan yang tidak sihat dan sudi menjaga kamu.

9. Memberikan hadiah/bunga pada waktu-waktu tertentu.

10. Tidak pernah melupakan kamu walau ke mana saja dia pergi.

11. Memperkenalkan kamu pada ahli keluarga dan teman-teman rapatnya.

12. Tidak berahsia dengan kamu tentang apa saja perkara.

13. Kamulah orang pertama yang dicari untuk memberitahu sesuatu.

14. Bersedia untuk berjumpa dengan kedau-dua ibu bapa kamu.

15. Sering menujukan lagu-lagu cinta kepada kamu.

16. Menyimpan gambar kamu di dalam dompetnya.

17. Hatinya tidak berubah walau pun ada orang lain cuba memikatnya. Kamu adalah miliknya abadi!!

Bagaimana Menantu Lelaki Mengambil Hati Mentua

Posted by Ija at 10:12 PM 0 comments
Sebagai menantu lelaki, anda mungin menghadapi masalah tentang bagaimana untuk menyesuaikan diri dengan ibu mentua. Mungkin anda malu atau mungkin anda tidak tahu bagaimana untuk mulakan hubungan tersebut. Isteri anda boleh membantu anda.

Salah satu langkah yang boleh dilakukan ialah dengan meluangkan waktu untuk lebih sering mengunjungi ibu mentua (jika tidak tinggal serumah) atau lebih sering memperhatikan ibu mentua (jika tinggal serumah). Ini boleh dilakukan bersama isteri anda atau tidak.

Anda dinasihatkan untuk lebih mengalah. Ibu mentua umumnya sudah berusia lanjut. Mereka lebih sering menggunakan emosi daripada logikal. Ibu mentua akan gembira jika anda kelihatan ada kemahuan untuk "menaunginya" dan kelihatan bahawa anda mahu "berkongsi kasih" dengannya selain anak perempuannya.

Kembangkan hubungan anda dengan mentua perempuan. Ini boleh dilakukan misalnya dengan mengajaknya berbincang-​bincang tentang hal yang diminatinya, lebih sering mengunjunginya,​ mengajaknya berjalan-jalan dan belajar untuk melayannya seperti ibu kandung anda sendiri. Hal ini dapat membuatkan ibu mentua anda berasa bahawa anda memang memperhatikanny​a sebagai individu yang dihargai dan diperlukan.

Libatkan mentua perempuan anda dalam setiap aktiviti yang anda lakukan jika perlu. Misalnya, anda boleh memintanya tolong menemani anda dan anak anda berjumpa doktor atau pergi berbelanja bersama.

Fokuskan perhatian anda terhadap hal-hal yang baik yang ada dalam dirinya dan cuba untuk menghindari pemikiran negatif mengenai dirinya. Misalnya anda tahu dia adalah 'tukang masak' yang hebat. Anda boleh melihat dari sudut positifnya, misalnya anda dapat belajar masak walaupun anda seorang menantu lelaki. Mungkin anda dapat menyediakan makanan yang lazat ketika isteri berpantang dari bersalin. Secara tidak langsung anda telah meringankan beban ibu mentua yang terpaksa menjaga isteri anda yang sedang berpantang.

Jangan mengkritik ibu mentua di depan isteri anda. Walau macam mana pun perangai ibu mentua, dia tetap ibu kandung isteri anda. Ingatlah pertalian darah tidak akan hilang sampai bila-bilapun. Kata-kata negatif mengenai ibu kandungnya hanya akan membuat isteri anda defensif dan semakin menjauh dari anda. Empati dengannya.

Walaupun ibu mentua bukan sahabat anda tetapi cubalah selami bahawa dengan masuknya anda ke dalam kehidupan isteri anda telah "memisahkan" dia dengan anak yang dicintainya. Cuba bayangkan anda menjadi dia, tiba-tiba anak perempuan anda meninggalkan diri anda.


Selalulah bersabar dan berdoa. Jangan anggap ibu mentua anda tidak suka kepada anda. Kaji tentang diri anda sendiri. Mungkin selama ini ada sikap anda yang memang membuat ibu mentua tidak berkenan walaupun bukan bererti anda harus mengubah keperibadian anda. Ingat, jika anda dapat bersabar, selalu memberi perhatian dan sikap positif terhadap ibu mentua, lama-kelamaan ibu mentua pun akan lembut hatinya.

Ingatlah, jika perilaku negatif dibalas negatif maka seringkali hasilnya tidak menggembirakan.​ Memang kebanyakan lelaki tidak pandai menyesuaikan diri dengan ibu mentua. Yang sering terjadi mereka lalu menghindarkan diri sejauh-jauhnya dari ibu mentua yang dianggap merumitkan suasana.

Istilah "mengambil hati mentua" itu ternyata ada benarnya juga. Fikirkan juga suatu hari nanti isteri anda akan menjadi seorang ibu mentua apabila anak anda kebetulannya perempuan. Fikirkan bagaimana nasib isteri anda nanti.

Hidup akan semakin mudah jika dari awal anda telah menetapkan batasan-​batasan yang tegas antara isteri anda dan ibu kandungnya. Misalnya, tidak membiasakan ibu kandungnya untuk mengurus segala keperluannya atau meminta ibu kandungnya untuk mengatur kewangan anda berdua.

Jika kelakuan ibu mentua sudah melebihi batasnya, misalnya sudah terlalu ikut campur urusan rumah tangga anda atau sudah keterlaluan, maka kini saatnya anda minta isteri anda untuk "menegur" ibu kandungnya. Tentu sahaja dengan kata-kata yang sesuai. Kalau anaknya sendiri yang menegur, tentu si ibu mentua akan cepat memaafkan dan melupakannya. Lain halnya jika anda yang mengatakannya sendiri kepada ibu mentua. Kemungkinan hubungan anda dengan dia akan menjadi suram dan kata-kata anda itu mungkin tidak dapat dilupakan.

Jika pertengkaran antara ibu mentua dan menantu perempuannya tidak dapat dihindari, suami sebaiknya menjadi orang tengah yang adil. Katakan yang benar adalah benar dan yang salah adalah salah. Selalulah mengambil hati ibu mentua anda. Mungkin dengan membelikan ole-ole setiap kali anda bertugas di luar daerah. Misalnya, anda membelikan kain batik yang kualitiya sama dengan apa yang anda belikan untuk isteri anda. Lihatlah reaksi di wajahnya. Selamat mencuba
.

Kenapa Wanita Berbohong

Posted by Ija at 10:10 PM 0 comments
Umumnya, wanita berbohong bukannya disebabkan mereka tiada arah tuju atau cuba mencipta sesuatu perkara yang tidak masuk fikiran. Terdapat beberapa alasan yang mendorong mereka melakukan hal ini.

1. Balas dendam

Sekiranya kamu berani mengkhianati cintanya, dia juga akan berani membalasnya. Bahkan, dia lebih hebat daripada kamu. Walaupun tindakannya itu telah diketahui, mungkin dia sengaja melakukan sedemikian. Ramai wanita mempunyai cara tersendiri saat menghadapi situasi pembohongan yang dilakukan kekasihnya. Malah, dia juga berani melakukannya dengan secara tersembunyi, tanpa pengetahuan kamu.


2. Urutan kasih

Wanita sememangnya menginginkan dirinya dicintai dan dihargai. Apatah lagi, mengharapkan sebuah percintaan yang tiada titik noktahnya. Lebih-lebih lagi daripada insan tersayang. Mereka ingin menjadi wanita pertama di dalam hidup kamu dan bukannya, berada di tangga kedua atau berikutnya. Sekali kamu menduakan cintanya, dia akan berkali-kali mengkhianati hidup kamu.

3. Kekerasan

Kini, ramai wanita semakin sedar tentang pentingnya penghargaan yang patut diterimanya. Salah satunya ialah bersikap tegas ketika pasangannya melakukan kekerasan (umumnya secara fizikal) kepadanya. Mungkin pada awalnya dia akan cuba bertahan, tetapi apabila kamu kembali mengulangi tindakan tersebut, mereka akan meninggalkan kamu tanpa sebaris nota. Mereka yakin, masih ramai lelaki di luar sana yang dapat menghargai dirinya yang jauh lebih baik daripada kamu.

4. Hambar

Wanita begitu gemar hal-hal yang remeh atau kecil. Misalnya, hari ulang tahunnya, hari jadi kamu berdua atau hal-hal istimewa lainnya. Hati-hati bila kamu menganggap semua ini sebagai hal yang remeh. Apatah lagi apabila selama ini, si dia selalu mengurus hal yang melibatkan pengorbanan demi kekasihnya.

Sekiranya, kamu tidak pernah sesekali menghargai apa yang dia lakukan untuk kamu dan mengabaikan hal-hal yang dianggapnya penting, bersiap sedialah menghadapi pertengkaran yang hebat.

5. Seks

Meskipun kamu tidak memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap si dia, ketidakpuasan dalam urusan seks mampu memberi kesan yang mendalam terhadap perhubungan. Ingat, akibat kurangnya layanan seks, ia akan mendatangkan kesan bahaya dalam perkahwinan. Oleh itu, segeralah mencari jalan penyelesaiannya​.​

6. Cadangan

Saat putus cinta, biasanya kaum wanita lebih cepat 'menderita' ketika menghadapi hari-hari mendatang sebelum mampu bangkit semula untuk hidup gembira.

Ini kerana, sewaktu dia mendapat petunjuk bahawa perhubungan itu tidak dapat dipertahankan lagi, mungkin dia akan mencari pengganti kamu. Jadi, sekiranya kamu benar-benar mencintainya, perbaikilah hubungan kamu dengannya segera.

7. Jejaka bermasalah

Maksudnya, terdapat banyak perkara di sekeliling kamu yang membuatkan pasangan merasakan kamu tidak diperlukan lagi. Sebabnya, selain menjalani hubungan cinta yang sudah tentunya tidak lepas daripada kekangan masalah, kamu juga harus menangani karakter kekasih yang semakin berani. Ingat, dia bersikap sedemikian disebabkan kamu yang memulakannya dahulu.

8. Hubungan tiada kesudahan

Kebiasaannya, saat menjalani hubungan dengan pasangan, wanita menginginkan adanya hubungan yang penuh komitmen, iaitu hubungan yang diakhiri dengan keputusan membanggakan.

Apabila sudah lama menjalin hubungan cinta, tetapi tiada keputusan untuk ke jinjang pelamin, wanita akan berfikir bahawa kamu tidak lagi menginginkan dia dalam hidupnya. Jadi, buat apa menunggu kamu dengan lebih lama?

9. Bosan

Hal ini muncul disebabkan dia terperangkap dalam rutin hariannya sama ada kerja rumah mahupun hubungan yang dijalinkan itu begitu membosankan.

Baginya, jika kamu tidak memberinya perhatian yang diharapkan dan waktu kamu pula lebih banyak dihabiskan untuk urusan lain, biasanya wanita akan mencari jalan penyelesaiannya​ yang tersendiri. Perlu diingatkan bahawa wanita gemarkan suatu kejutan dan selalu ingin dirinya lebih istimewa.

10. Hubungan tidak diduga

Pada awalnya, dia berasa terlalu selesa saat menjalin hubungan dengan kamu. Tetapi ternyata, dia tidak menikmati kehangatan bersama dan terasa begitu terikat dengan kamu. Tidak hairanlah apabila kamu masih cuba membawanya ke sana dan ke sini, dia mula bersikap dingin kerana sudah menyerahkan seluruh perasaannya kepada insan lain.

Friday, June 26, 2009

Terharunya..mana nak jumpa lelaki mcm ni?

Posted by Ija at 7:36 PM 0 comments
Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis disitu "Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat ".

Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.

Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belummelihat rupa masing-masing, tapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.

Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi "kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku".

Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu

Beberapa bulan kemudian
Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesenkeretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.
Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.
"Catrina?" Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu" kata jejaka itu. Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, "aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu
".Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa. Dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina. Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu?

Saiz payu dara tentukan perwatakan

Posted by Ija at 7:26 PM 0 comments
Seorang penyelidik Itali mendakwa beliau dapat mengetahui perangai seseorang wanita menerusi bentuk dan saiz payu daranya.


Akhbar Jerman, Bild, melaporkan pakar seksologi, Piero Lorenzoni berkata bentuk payu dara seseorang wanita menggambarkan karektor dirinya.


Beliau mengkategorikan bentuk payu dara kepada buah-buahan dan menyatakan lelaki boleh membuat carta horoskop masing-masing bagi mendapatkan bayangan mengenai tingkah laku seseorang wanita.


Carta buah-buahan itu bermula dengan bentuk semula jadi seperti tembikai. Menurut Lorenzoni, wanita yang mempunyai payu dara besar dan bulat seperti tembikai mungkin bersifat keibuan tetapi sebenarnya membayangkan karektor yang lebih jauh.“Wanita jenis ini suka makan dan mahu dimanja serta sering dipuji. Bagaimanapun wanita ini tidak mahu kerap bersenggama,” katanya.

Bagi lelaki yang mahukan seseorang yang agak ceria dan sederhana maka mereka boleh memilih wanita yang mempunyai payu dara seperti buah lemon yang agak tertonjol dan ketara.


“Wanita seperti ini penuh dengan keceriaan, malah ada kalanya ketawa sendirian. Mereka sentiasa mahukan kehidupan yang seimbang tanpa kejutan,” katanya.


Payu dara yang pejal dan bujur seperti nanas menggambarkan wanita yang cerdik, kebiasaannya menumpukan kepada kerjaya tetapi tetap romantik


“Mereka juga seorang yang setia dan jarang wanita yang mempunyai payu dara sedemikian cepat jemu dengan tingkah laku kekasihnya,” kata pakar itu.


Bagi mereka yang mempunyai payu dara seperti limau gedang yang pejal tetapi lembut kebiasaannya tidak mempunyai prestasi seks yang baik.


Bagi mereka yang mempunyai payu dara seperti limau gedang yang pejal tetapi lembut kebiasaannya tidak mempunyai prestasi seks yang baik.


“Jenis ini lebih suka memanjakan kekasih dan mengutamakan kelembutan dan kemesraan daripada seks,” kata Lorenzoni.


Katanya wanita yang memiliki buah dada berbentuk oren jarang naik angin tetapi mempunyai keyakinan diri dan tidak begitu mengutamakan seks manakala wanita yang memiliki payu dara kecil seperti buah ceri biasanya agak lucu, amat teruja, cerdik dan menghiburkan selain pasangan baik untuk kehidupan harian serta agak ghairah.

Lorenzoni berkata, wanita yang mempunyai bentuk seperti buah pear adalah wanita yang dapat menumpahkan kasih sayang dalam semua aspek kehidupan dan taat kepada agama tetapi kebanyakan wanita seperti ini juga didapati kerap menduakan suami.


7 Tanda Wanita Menggoda LElaki

Posted by Ija at 7:20 PM 0 comments
SELAMA ini Anda menganggap semua wanita sama dan tidak ada yang spesial. Padahal, satu di antara mereka pastilah ada yang sedang bergerilya meruntuhkan hati Anda.


Kini, Anda pun tidak perlu pusing menebak wanita yang sedang terpanah asmara. Anda bisa memanfaatkan panduan menguak wanita menggoda pria, seperti dikutip Askmen.


Dia mulai mendekati
AndaPanggilan mesra merupakan teknik awal yang sering kali dilakukan wanita mendekati pria. Setelah itu, wanita menghampiri Anda. Sesekali dia mencuri perhatian dengan memainkan rambut indahnya.



Kontak mata
Pria yang berani menatap kedua bola mata wanita saat berkomunikasi merupakan sosok pria idaman. Oleh karena itu, wanita pun tak malu lagi menarik hati si dia dengan berbagai cara


Sentuhan
Wanita yang mulai memberikan sentuhan kepada Anda, berarti dia siap memberikan kehangatan. Anda pun tinggal mengamati seberapa besar aksi wanita tersebut.


Mempelajari mimik tubuh Anda
Wanita yang rajin memperhatikan bahasa tubuh Anda dengan tatapan tajam, berarti ingin mengajak Anda ke tahap yang lebih serius. Misalnya, memerhatikan cara Anda memegang segelas wine di kafe.


Menutup diri dari pria lain
Umumnya, wanita yang sedang tergoda dengan seorang pria akan menutup hatinya untuk orang lain. Di matanya, hanya Andalah yang berhasil mencuri hatinya.


Ekspos bagian bibir
Wanita yang sedang jatuh cinta berusaha menarik perhatian targetnya. Wanita berusaha menarik perhatian dengan memoles bibirnya dengan lisptik merah menyala.

Senyum
Saat situasi tidak menyenangkan pun wanita tetap melempar senyum termanis di hadapan pria pujaan. Harapannya, Anda bisa jatuh dalam pelukannya.

Fisiologi Seks Wanita

Posted by Ija at 7:03 PM 0 comments
Usia 1 hari - 1 tahun

Jantina bayi boleh dikenal pasti selepas bayi dilahirkan.Jika sudah pasti perempuan, bersyukurlah.Pada amalan Syariat Islam, seseorang kanak-kanak perempuan mesti di SUNNATKAN bukan diWAJIBKAN untuk melakukan upacara bersunat dengan melalui buloh kecil berulang kali keatas kelintit (clotoris) TANPA membuang atau menghiris kelintit.


Jangan menzalim anak-anak perempuan dengan membaung terus kelintit, kerana ini akan menyebabkan hilang nafsu seks diwaktu dewasa dan ini adalah satu KEZALIMAN yang anda lakukan terhadap anak gadis anda


Usir 1 hingga 10 tahun


kanak-kanak perempuan cepat membesar dari lelaki, pada peringkat ini sedikit demi sedikit kelihatan kegadisannya menonjol seperti lagak jalanan, suara, jenis permainan, buah dada, punggong.


Usir 11 hingga 19 tahun

Alam remaja, haid datang buat pertama kali. Alat kelamin mula membesar dan menonjol


.Usia 15-16, 17


anak-anak remaja perempuan mula pandai berbohong dan pandai jumpa boy friend. Mula meminati lelaki dan cakap soal lelaki.Mula mencari jalan untuk jumpa dengan boy friend.Berkhayal untuk bermesra dengan lelaki.Jika melakukan seks diwaktu ini, ia boleh menghamilkan seseorang perempuan.

Awas !Jangan terlalu bebas diwaktu ini, amat merungsingkan bagi ibu bapa.


20 hingga 28 tahun

Sudah pandai seks dan alam rumah tangga.Mengurus rumah tangga.Waktu ini harus banyak bersabar, kerana banyak hal-hal berlaku dalam rumah tangga diluar dugaan.


29- 40 tahun

Sibuk dengan anak-anak dan rumah tangga. Kadang-kadang layanan seks untuk suami tidak dihiraukan.Sebab mudah, diwaktu suami mengajak untuk melakukan hubungan badan, anak menangis meminta susu ibu.Ibu terpaksa melayan anak, suami menjadi kesepian.
Bila hal ini berlalu terlampau kerap, si bapa akan keluar rumah 'mencari sesuatu yang hilang' dirumah untuk menghiburkan kesepian.

Nafsu seks perempuan mula menurun sebab sibuk dengan urusan anak-anak dan rumah tangga. Badan tidak dijaga lagi, suami tidak terurus.


Ini adalah sifat semulajadi - fitrah alam yang harus anda tempuhi.sayang-sayanglah suami anda, sayang-sayanglah rumah tangga anda.


Untuk membinanya anda memerlukan 15 tahun dan lebih tetapi untuk memusnahkan, memadai hanya 3 patah perkataan 'aku cerai kamu' !

Cara untuk break-up dengan aweks

Posted by Ija at 6:58 PM 0 comments
Ini adalah petua untuk break-up dengan aweks. Penggunaannya adalah atas risiko sendiri.


1.) Dapatkan awek.

2.) Fikir korang akan bahagia selamanya.

3.) Ingat korang akan bahagia selamanya.

4.) Rasa korang akan bahagia selamanya.

5.) Gaduh kecik pasal duit.

6.) Gaduh besar pasal duit.

7.) Gaduh tahap raksakse sampai korang lupe apasal korang gaduh.


8.) Break-up.

9.) Hidup bujang.

10.) Enjoy, pegi kelab malam, dengar musik pelik, tengok citer barbie, layan wonderpet, naik motor sambil rempit, tackle aweks orang dan buat panggilan palsu 999.1

1.) Rujuk balik.

12.) Cakap betapa rindunye korang.

13.) Fikir betape rindunye korang.

14.) Ingat betape rindunye korang.

15.) Tengok wayang.

16.) Gaduh pasal fesyen korang.

17.) Gaduh pasal kerje korang.

18.) Gaduh tahap kalah raksakse sampai korang lupe ape yang digaduhkan.

19.) Break-up, hidup bujang sampai korang dah sedia balik.

20.) Mulakan balik dari no.1.I


ni die petua bijak dari aku, kepada jantan machola boleh la cube, EJG jangan marah ye.

Sampaikan Kepada Wanita

Posted by Ija at 6:54 PM 0 comments
1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.


2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.


3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.


4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.


5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.


6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.


7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.


8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.


9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.


10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.


11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.


12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.


13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.


14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.


15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.


16.Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.16. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.


17. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

18. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.


19. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.


20. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.


21. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.


22. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.


23. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.


24. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.


Pandangan : Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan? Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela. Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.


Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail.Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan

10 Pesanan Berguna Dalam Melayari Kehidupan

Posted by Ija at 6:51 PM 1 comments
1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.

2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.

3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.


5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.


6. Orang yang sudah hilang sifat marah - dayus, cepat melahirkan sifat marah - lemah mujahadah. Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.


7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.


8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.


9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan Allah, ini adalah hakNya pula.


10. Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.

Tuesday, June 23, 2009

terima kasih

Posted by Ija at 12:06 AM 0 comments
terima kasih atas wish2 yg sy telah dpt masa hr jadik sy
terima kasi pada family sy yg buat sambutan birthday utk sy pada hr jumaat yg lepas,sepatutnya hr isnin tp di sebab kan masing bz pilih lah hr jumaat

pd sahabat2 ku yg telah sama2 raih kan birthday sy pd 22.6 tq very much ..sy akan kenang sepanjang hayat ku

pd mien,pasha,cerek,lin,shah,adek ku,miss fad,mis mai,wafi,ami, is,naz,aim dan kwan2 ku yg laen yg telah wish sy ...tq bebanyak

nanti ade masa nak uplod pic2 birthday ku,,tp tak buat masa ni asgment tengah menimbul byk sgt tak de masa nak post pe2

bye tq very much
muahhhhhhhhhhhhhhhh

Thursday, June 11, 2009

ASSIGNMENT BYK

Posted by Ija at 11:26 PM 0 comments
hari pertama ade masuk kelas dah ade assigment 2 lak tu bila lah dpt siapkan
aku geram tul lah dah siap pastu ink dah bis cm nak nagis tu lah

pe2 aku hr dpt siap kan dlm mlm ni gak
bab minggu depan dah nak kena hantar

makin lama aku tunggu makin byk keja nak kena buat ]
cm2 nak kena buat pastu nak baca buku lagi tensennnnnnn

mak tlg anak mu ni
wahahahahahahaha

Monday, June 8, 2009

fakta yang menarik

Posted by Ija at 12:00 AM 0 comments
1. Rama-rama merasa makanannya dengan kaki.

2. Bunyi itik tidak menghasilkan talun (echo).

3. Dalam tempoh 10 minit, taufan membebaskan lebih banyak tenaga berbanding keseluruhan tenaga yang boleh dibebaskan dari senjata nuklear yang terdapat di bumi.

4. Secara purata, ramai manusia lebih takut labab-labah daripada takut mati.

5. Gajah adalah satu-satu mamalia yang tidak boleh melompat

.6. Satu dari dua billion manusia akan dapat hidup sehingga 116 tahun atau lebih.

7. Tidak mustahil bagi lembu menaiki tangga, tetapi ia tidak boleh menuruni tangga.

8. Wanita berkelip mata dua kali lebih banyak dari lelaki.

9. Secara fizikal semulajadi, adalah mustahil untuk anda menjilat siku sendiri.


10. Siput boleh tidur sehingga tiga tahun.


11. Saiz mata manusia tetap sama sejak dilahirkan, tetapi tumbesaran hidung dan telinga tidak pernah berhenti sewaktu hidup.


12. Semua beruang kutub adalah kidal.


13. Mata burung unta adalah lebih besar dari saiz otaknya.


14. TYPEWRITER adalah perkataan terpanjang yang boleh dibina dari huruf-huruf yang terdapat dalam satu barisan yang sama pada papan kekunci.


15. Hampir semua pembacaakan cuba untuk menjilat sikunya.Anda bagaimana?
tak tau lah yg 15 ni korang buat ..aq tak buat k

Jom Chat

Large Ads

 

★~RainBow LanD~☆ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review