Daisypath Valentines tickers

Monday, October 12, 2009

perhatian

Posted by Ija at 8:09 PM 0 comments
sori lah
blog ni tak ade entry br bab bz dgn assigment yg berlambak
tp sempat post satu aje...de masa kita post lagi

salam kasih dr ija

Golongan Lelaki yg Akan Ditarik masuk Ke dalam Neraka

Posted by Ija at 8:05 PM 0 comments
Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarikmasuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah merekayg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjagaamanah itu. Mereka ialah:


1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikananak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikansegala keperluan agama seperti mengajar solat,mengajidan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidakmenutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberikemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik keneraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah halkeadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kaumengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?..pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya,maka bersedialah utk menjadi bahan bakar nerakajahannam.)



2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tandukisterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskandiri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki ygbukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupunseorang yg alim dimana solatnya tidak pernahbertangguh, saumnya tidak tinggal, maka diaakan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlmneraka.


(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah halkeadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia?Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganyamengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat ygkau akansehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)



3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjagamaruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudaralelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkankeluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dariajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhiratkelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgnhanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas...kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhiratkelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgnmaksiat... dan tidak menutup aurat.)



4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibumembuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengatadan sebagainya...maka anak itu akan disoal dandipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikantarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu....nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibujuga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa...selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jikatidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

................................................


Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukansahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begituhebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abangatau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah S.W.T;

"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimudari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia,jin dan batu-batu...."

Saturday, October 10, 2009

Petua berkesan supaya suami ringan tulang

Posted by Ija at 12:45 PM 0 comments
Bagi memastikan anda dan pasangan tidak terjebak dalam sindrom 'suami tak mahu kerja berat takut nanti reput tulang', maka eloklah dari awal lagi anda ‘mendidik’ suami untuk membantu urusan rumahtangga.


Bagaimana untuk melakukannya? Di bawah disenaraikan cara yang paling halus tetapi berkesan untuk membuatkan suami turun padang membantu anda menangani kerja-kerja di rumah.


Tip 1 - Pastikan suami tidak terlalu penat

Suami adalah ketua keluarga. Dia punya tanggungjawap yang besar untuk menyara keluarga, terutama sekali jika isteri tidak bekerja. Dari awal pagi hingga petang bahkan sampai lewat malam suami mungkin menghabiskan harinya dengan bekerja. Jadi jika anda ingin meminta bantuannya melakukan kerja rumah, anda harus pastikan dia tidak dalam keadaan terlalu penat. Janganlah meminta suami menyidai kain, sebaik saja dia baru pulang dari kerja. Kalau itu yang anda lakukan, bererti anda seorang isteri yang tidak peka dan kurang menghargai peranan suami sebagai pencari nafkah.



Tips 2 – Berikan alasan yang logik

Lelaki adalah manusia yang mementingkan akal fikiran yang logik. Oleh itu, ketepikan emosi anda seperti marah, merajuk, menarik muka, sedih dan sebagainya ketika meminta bantuan daripada suami. Beritahu suami alasan-alasan logik kenapa anda perlu bantuannya dalam menyelesaikan kerja-kerja rumahtangga. Contoh alasan logik yang boleh dikemukakan adalan anda terlampau penat, kerja terlalu berat untuk wanita atau ada beberapa tugas di rumah yang menurut anda lebih elok hasilnya jika dilakukan oleh suami.


Tips 3 – Tawarkan suami melakukan tugas ‘berat’

Tugas itu meliputi mencuci kereta, membersihkan bilik air, memotong rumput, membersihkan longkang/saluran air, membaiki barang rosak (seperti sinki dll) dan pekerjaan-pekerjaan lain yang memerlukan tenaga ekstra. Biasanya lelaki cukup suka wanita menghargai tenaganya. Ia akan membuatkan mereka berasa ‘macho’.

Selain itu, tugas yang memerlukan kepakaran lelaki juga dapat dialihkan kepada mereka, seperti membersihkan peti ais, menyapu sawang, mencuci bilah kipas angin, menukar mentol, dan sebagainya. Terangkan bahawa kalau anda yang membuatnya, anda mungkin tersalah langkah kerana lelaki umumnya lebih faham tentang elektrik dan barang elektronik.


Tips 4 – Sentuh perasaannya

Suami anda pasti menyintai anda dan ingin anda bahagia. Cubalah ‘merayu’ suami dengan menyentuh perasaannya. Tapi caranya bukan dengan menyatakan, “Kalau abang sayangkan saya, abang mesti tolong saya buat kerja di dapur” atau menyindir, “Abang sebelum saya bising, baik abang tolong saya”.


Seharusnya anda perlu mempastikan suami faham kenapa anda memerlukan bantuan daripadanya. Misalnya, setelah seharian anda membersihkan seluruh rumah dan memasak di hujung minggu, katakan bahawa anda sedikit penat untuk membereskan meja makan dan pinggan mangkuk setelah makan malam. Kalau caranya tepat dan menyentuh hatinya yang peka, anda akan dapat membuatkan suami terus saja menawarkan diri membantu anda kerana dia menyintai anda.


Tips 5 – Rayu dengan hadiah

Cara ini kadang-kadang berjaya. Hadiah yang boleh anda tawarkan misalnya memasak masakan kesukaannya, melakukan sesuatu yang selama ini anda hindari tapi sebenarnya diinginkan oleh suami, melakukan hobi bersama-sama, hinggalah ‘servis’ ekstra di ranjang malam nanti.


Tips 6 – Jangan mendesak atau mengarah

Suami memang pantang memerima arahan isteri. Seeloknya mulakan dengan perkataan ‘tolong’ dan ucapan ndalam nada yang lembut, seakan-akan merayu. Pasti suami tidak akan menolak permintaan anda.


Tips 7 – Masa yang sesuai

Meminta suami membantu urusan rumahtangga juga memerlukan masa yang tepat. Paling baik adalah ketika suami sedang bersantai dan moodnya elok. Misalnya ketika sedang menonton televisyen, makan bersama atau sebelum tidur.


Tips 8 – Ucapkan terima kasih

Ucapkan terima kasih jika suami mahu membantu anda. Biasanya motivasi ini akan membuatkan suami anda cukup bahagia kerana dapat meringankan beban isteri tercinta. Selain ucapan terima kasih, berikan juga pujian setiap kali suami selesai membantu anda. Dua kalimat ini wajib diucapkan agar dia lebih senang membantu anda di kemudian hari.




Buatlah komitmen dalam hati untuk tidak memulakan pertengkaran dan tidak terpancing dengan emosi. Hindari juga daripada mengomel, membebel, membentak, menyindir dan sebagainya kerana ini akan membuatkan suami semakin keras kepala dan langsung enggan membantu.


Tugas menguruskan rumahtangga dan anak-anak bukanlah tugas dan tanggugnjawap isteri sahaja. Sebaik-baiknya, lakukanlah bersama-sama, insya Allah akan bertambah semarak cinta anda.

Khasiat dan kelebihan

Posted by Ija at 12:32 PM 0 comments
Pakar perubatan kini cenderung kembali pada pola makan yang semulajadi (natural food), baik yang berasal dari tumbuh-tumbuhan herba mahupun dari haiwan. Demikian halnya, penggunaan susu kambing sebagai perubatan penyakit, bahkan pola ini sudah digunakan sejak ribuan tahun lalu.


Di zaman Mesir kuno, ratu cantik Cleopatra, menggunakan susu kambing sebagai bahan untuk mempercantikkan wajah dengan cara mengkonsumsinya serta digunakan untuk mandi susu bagi menjaga kehalusan kulit dan keindahan tubuhnya


Dari hasil kajian perubatan dan bukti sejarah telah banyak membuktikan bahwa ternyata susu kambing mempunyai banyak kelebihan jika dibandingkan dengan susu haiwan ruminan yang lain seperti susu lembu, susu unta, susu kuda dan lain-lain.



Susu kambing sangat baik bagi penderita penyakit kulit, enzima serta gatal-gatal pada kulit sebagai mana yang pernah dilakukan oleh Dr. George Dermit dari Ohio, Amerika Syarikat. Dia menggunakaan terapi susu kambing bagi anak-anak yang menderita penyakit kulit tersebut. Bahkan para pakar penyakit kulit dari New Zealand, menggunakan susu kambing terhadap para pesakitnya sebagai agen meningkatkan kesihatan kulit terutama pada bahagian wajah dan ternyata ia berjaya menyembuh.



Khasiat susu kambing mengandung gizi yang tinggi, ia dapat mempercepatkan proses pertumbuhan gigi dan tulang. Juga untuk mengembalikan kesihatan seseorang ibu yang baru melahirkan anaknya akibat pendarahan sesudah melahirkan, memberikan zat besi sesudah haid, juga dapat membantu bagi seorang yang mengalami penyakit kekurangan darah (Anemia). Bagi mereka yang sudah berusia lanjut, kandungan pelbagai mineral dalam susu kambing akan mengurangkan kerapuhan tulang (Osteoporosis) .



Susu kambing juga sangat berkhasiat untuk mengatasi gangguan pernafasan terapi TBC, infeksi akut pada paru-paru seperti Astma. Juga mampu mengawal kadar kolesterol dalam darah dan menyembuhkan asid urat tinggi serta masalah buah pinggang yang di sebut Nepbratic Syndrom.



Sumber dari buku yang berjudul khasiat dan manfaaat susu kambing, "Susu terbaik dari hewan Ruminansia" yang di tulis oleh Dr. Rini Damayanti Moedji, dipl. CN & Bernardius T Wahyu Wiryanta, Penerbit PT. Agro Media Pustaka, Oktober 2002 Depok Jakarta, Halaman 6 dan 7, mengungkapkan beberapa kelebihan susu kambing dibanding dengan susu dari binatang lainya antaranya:


  • Mempunyai sifat antiseptik, alami dan dapat membantu menggurangkan pembiakan bakteri jahat dalam tubuh. Hal ini di sebabkan adanya Flourine yang kadarnya 10-100 kali lebih besar dari susu lembu.
  • Bersifat alkali (Alkaline Food), sangat sesuai bagi tubuh dan paling hampir dengan susu ibu.
  • Proteinnya lembut dan kesan laktosanya ringan, sehingga tidak menyebabkan cirit-birit.
  • Lemaknya mudah dicerna kerana mempunyai tekstur yang lembut dan halus lebih kecil dibandingkan dengan butiran lemak susu lembu atau susu lainya. Dan juga bersifat Homogen alami. Hal ini mempermudah untuk dicerna sehingga mengelakkan timbulnya reaksi-reaksi alergi.

Dengan adanya Sodium (Na), Fluorine (F), Kalsium (C), dan Fosfor (P) sebagai elemen kimia yang dominan serta kandungan nutrisi lainya, maka susu kambing berkhasiat:

  • Membantu pencernaan dan menuntralkan asid perut.
  • Menyembuhkan kesan-kesan alergi pada kulit, saluran pernafasan dan pencernaan.
  • Menyembuhkan bermacam-macam penyakit paru-paru, seperti Astma, TBC, serta infeksi- infeksi penyakit lainya pada paru-paru.
  • Menyembuhkan beberapa masalah ginjal, seperti Nepbrotic Syndrom infeksi-infeksi ginjal serta asid urat tinggi.
  • Kandungan Kalsium (Ca) yang tinggi dapat membantu menyembuhkan rematik dan mencegah kerapuhan tulang (Osteoporosis) .
  • Meningkatkan antibodi dan daya tahan tubuh.
  • Mengatasi masalah impotensi dan ghairah seksual, baik bagi lelaki mahupun wanita.

Berdasarkan beberapa penelitian dan kajian di Amerika Syarikat, susu kambing terbukti mempunyai kebaikan sebagai anti kanser.

Susu kambing mungkin sedikit asing bagi sebahagian orang dalam hal khasiat dahsyatnya, namun bagi penderita beberapa penyakit yang sembuh setelah mengkonsumsi susu kambing ini pasti akan menggalakkan kita meminumnya. Jabatan Pertanian Amerika (USDA) melakukan penelitian kandungan zat yang bermanfaat bagi tubuh kita dengan membandingkannya dengan susu lembu mahupun ASI sekalipun.

Mengkonsumsi susu kambing organik secara teratur akan membantu mengatasi gangguan kesihatan seperti:


  • Pencernaan, asid berlebihan dalam perut yang menyebabkan Gastrik (kembung), Maag Kronis dll.
  • Alergi pada kulit dan organ tubuh (pernafasan dan pencernaan).
  • Asma, TBC dan infeksi paru-paru akut/menahun.
  • Masalah fungsi buah pinggang (Neprotic Sindrom) atau infeksi, termasuk asid urat tinggi.
  • Masalah tulang seperti Reumatik dan Osteophorosis.
  • Stamina dan daya tahan tubuh menurun atau tenaga menurun.
  • Impotensi/Frigidita s (ghairah seksual turun).
  • Kekurangan nutrisi dan gangguan metabolisme tubuh.

Kelebihan susu kambing organik dibandingkan susu kuda/lembu:

  • Kandungan Flourine (mineral pelindung paru-paru) 10- 100 kali ganda lebih besar dari pada susu kuda/lembu. Disarankan supaya tidak meletakkan air panas yang mendidih (100 darjah celcius) kerana akan merosakkan kandungan Flourine yang sangat berfaedah bagi tubuh.
  • Mempunyai khasiat antiseptik alami yang menggurangkan pertumbuhan bakteri jahat.
    Bersifat alkali (alkali food) sehingga sesuai dengan tubuh (untuk pencernaan). Sama dengan susu ibu (manusia) juga bersifat alkali.
  • Kandungan protein yang lembut dan kesan laktosa yang ringan sehingga tidak menyebabkan cirit-birit.
  • Kandungan lemak yang bertekstur lembut dan halus, bersifat homogen, mudah dicerna sehingga menggurangkan timbulnya reaksi alergi.
  • Mempunyai kandungan zat anti Cancer.
  • Sesuai dikonsumsi bagi mereka yang alergi terhadap susu lembu atau yang lainnya

Jom Chat

Large Ads

 

★~RainBow LanD~☆ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review