Daisypath Valentines tickers

Thursday, May 28, 2009

cinta sejati langit dah laut

Posted by Ija at 6:10 PM 0 comments






Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta.
Mereka salingmenyukai di antara satu sama lain.
Oleh sebab sangat sukanya laut terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit.
Oleh sebab sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama denga warna laut.


Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata `Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langit mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-merahan.



Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya mahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkan dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.



Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.

Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah-pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagiuntuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasa terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.



Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih.Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran.

I'm Yours Versi Melayu

Posted by Ija at 1:18 PM 0 comments

Kau tahu kau buat ku rasa begini

Jauh ku kembara tetapi ku ingin kembali

Biarpun berlabuh malam?

tidak ku berhentiSebelum terlewat ingin yang terbaik untukmu

Takkan siapa mampu menghalang azamku

Inilah masanya pelajari sesuatu

Takkan ku tunggu lagi

kini aku milik kamu

Buka mata cuba kau lihat

Bukalah minda kau kan bebas

Buka hatimu dan kau temu cinta

Dengarlah muzik ini lagu juga irama

Kita semua bersama

Punya hati jiwa untuk mahu dicinta cinta

Dan takkan ku sangsi

Aku pasti takkan tunggu lagi

Usah ragui masa lalu

Kini aku milik kamu

Dengar bisikan hatiku

Kau kan tahu cerita

Lama benar ku membelek diri di depan cermin

Berpusing menari pabila tiada sesiapa

Melihat rentakku sendiriku tertawa

Kini aku sedar tentang kehidupan ini

Tak perlu pura-pura jadilah diri sendiri

Itulah diriku dan kamu pun tahu

Takkan ku tunggu lagi

kini aku milik kamu

Buka mata cuba kau lihat

Bukalah minda kau kan bebas

Buka hatimu dan kau tahu luas dunia

Dengar dengar dengarlah

Ikutlah rentak kita

Inilah masa untuk kamu percaya

cinta

Wednesday, May 27, 2009

PETUA

Posted by Ija at 3:03 PM 0 comments

Teknik Belajar 5R-STUV

1. Recopy [salin semula] 2. Rework all model 5 x [buat semula contoh/cepat/5x]
3. Recite out loud Repeatedly [lafaz kuat berulang kali]
4. Recheck [semak semula]
5. Reasonnablenes [jawapan berpatutan/sebaliknya]
6. S-sumarize [ringkaskan nota penting]
7. T-test your self [uji diri anda]
8. U-use [gunakan]
9. V-visualize [bayangkan selalu]



Teknik Belajar Secara Pembayangan

Kita mempunyai apa yang dinamakan otak kanan dan otak kiri. Otak kiri melibatkan pemikiran bercorak 'akademik' seperti perkataan, nombor, kebolehan saintifik, matematik, bahasa, analisisi dan penggunaan tangan kanan. Otak kanan pula melibatkan aktiviti bersangkutan irama, imaginasi, warna, khayalan, ilham, corak, dimensi dan penggunaan tangan kiri.

Persoalan yang timbul adakah kita menggunakan kedua-dua bahagian otak dengan bijaksana. Umpamanya adakah kita selalu menggunakan otak kanan kita untuk menghayalkan pelajaran atau atau adakah ia selalu digunakan untuk menghayalkan dan mengimaginasi masalah peribadi, angan-angan kosong, dendam, hasad-dengki,amalan ilmu hitam dan perasaan yang tidak berhubungkait dengan pelajaran.

Jika otak bahagian kanan ini belum lagi digunakan sepenuhnya untuk mengkhayalkan pelajaran, maka masanya telah tiba kita mengkikis semua khayalan dan imaginasi kosong dan segerakan gunakan setiap saaat yang ada untuk khayalan digunakan untuk membayangkan pelajaran. Teknik pembayangan perlu penumpuan. Penumpuan yang serius amat perlu. Sebaik-baik suasana ialah yang sunyi sepi seperti semasa berehat, semasa berbaring sebelum tidur malam, semasa duduk berseorangan menenangkan fikiran, semasa menumpang bas atau teksi, semasa di stesen bas dan lain-lain.

Sebagai contoh kita ambil suasana berbaring sebelum tidur. Bilik sudah gelap Keadaan sunyi sepi. Dalam suasana ini, tenangkan fikiran. Mula bayangkan soalan-soalan, raja, sifir, graf dan apa juga yang telah dipelajari. Bayang ia satu demi satu. Untuk menguatkan tumpuan tulis, lukis apa yang diingat di atas tilam dengan menggunakan telunjuk anda. Amalakan ini setiap malam. soal diri anda, satu ke satu soalan, mata pelajaran ke mata pelajaran sehinggalah tertidur. Ulangi bila terbangun di tengah malam. Amalkan ia dari sehari ke sehari, seminggu ke seminggu, sebulan ke sebulan bermula dari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6. Bila ruangan khayalan ini dipositifkan dengan fikiran sehat, anda akan rasakan hasil usaha ini. Bagi anda yang belum mengamalkannnya, cuba mula dari sekarang.




Monday, May 25, 2009

kesatlah air matamu wahai wanita...

Posted by Ija at 4:34 PM 0 comments
Apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada dunia - si gadis dengan sifat sopan dan malu, anak yang taat kepada ibu bapa, isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya pada suami."Bait-bait kata itu aku tatapi dalam-dalam. Penuh penghayatan. Kata-kata yang dinukilkan dalam sebuah majalah yang ku baca.


Alangkah indahnya jika aku bisa menjadi perhiasan dunia seperti yang dikatakan itu. Ku bulatkan tekad di hatiku. Aku ingin menjadi seorang gadis yang sopan, anak yang taat kepada ibu bapaku dan aku jua ingin menjadi seorang isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suami, kerana Allah.Menjadi seorang isteri....kepada insan yang disayangi.....idaman setiap wanita.



Alhamdulillah, kesyukuran aku panjatkan ke hadrat Ilahi atas nikmat yang dikurniakan kepadaku.Baru petang tadi, aku sah menjadi seorang isteri setelah mengikat tali pertunangan 6 bulan yang lalu. Suamiku, Muhammad Harris, alhamdulillah menepati ciri-ciri seorang muslim yang baik. Aku berazam untuk menjadi isteri yang sebaik mungkin kepadanya."Assalamualaikum," satu suara menyapa pendengaranku membuatkan aku gugup seketika."Waalaikumusalam," jawabku sepatah.


Serentak dengan itu, ku lontarkan satu senyuman paling ikhlas dan paling manis untuk suamiku. Dengan perlahan dia melangkah menghampiriku."Ain buat apa dalam bilik ni ? Puas abang cari Ain dekat luar tadi. Rupanya kat sini buah hati abang ni bersembunyi. ..'Aku tersenyum mendengar bicaranya.


Terasa panas pipiku ini. Inilah kali pertama aku mendengar ucapan ..abang' dari bibirnya.Dan itulah juga pertama kali dia membahasakan diriku ini sebagai ..buah hati' nya. Aku sungguh senang mendengar ucapan itu. Perlahan-lahan ku dongakkan wajahku dan aku memberanikan diri menatap pandangan matanya.Betapa murninya sinaran cinta yang terpancar dari matanya, betapa indahnya senyumannya, dan betapa bermaknanya renungannya itu. Aku tenggelam dalam renungannya, seolah-olah hanya kami berdua di dunia ini.Seketika aku tersedar kembali ke alam nyata. "Ain baru je masuk. Nak mandi.



Lagipun dah masuk Maghrib kan ? ..' ujarku...' Ha'ah dah maghrib. Ain mandi dulu. Nanti abang mandi dan kita solat Maghrib sama-sama ye ? ..'Dia tersenyum lagi. Senyum yang menggugah hati kewanitaanku. Alangkah beruntungnya aku memilikimu, suamiku.Selesai solat Maghrib dan berdoa, dia berpusing mengadapku. Dengan penuh kasih, ku salami dan ku cium tangannya, lama.Aku ingin dia tahu betapa dalam kasih ini hanya untuknya. Dan aku dapat merasai tangannya yang gagah itu mengusap kepalaku dengan lembut.



Dengan perlahan aku menatap wajahnya."Abang....." aku terdiam seketika. Terasa segan menyebut kalimah itu di hadapannya. Tangan kami masih lagi saling berpautan. Seakan tidak mahu dilepaskan. Erat terasa genggamannya."Ya sayang..." Ahhh....bicaranya biarpun satu kalimah, amat menyentuh perasaanku."Abang... terima kasih atas kesudian abang memilih Ain sebagai isteri biarpun banyak kelemahan Ain. Ain insan yang lemah, masih perlu banyak tunjuk ajar dari abang. Ain harap abang sudi pandu Ain.


Sama-sama kita melangkah hidup baru, menuju keredhaan Allah." Tutur bicaraku ku susun satu persatu."Ain, sepatutnya abang yang harus berterima kasih kerana Ain sudi terima abang dalam hidup Ain. Abang sayangkan Ain. Abang juga makhluk yang lemah, banyak kekurangan. Abang harap Ain boleh terima abang seadanya. Kita sama-sama lalui hidup baru demi redhaNya."..'Insya Allah abang....Ain sayangkan abang. ..'..'Abang juga sayangkan Ain. Sayang sepenuh hati abang.''Dengan telekung yang masih tersarung, aku tenggelam dalam pelukan suamiku.Hari-hari yang mendatang aku lalui dengan penuh kesyukuran.


Suamiku, ternyata seorang yang cukup penyayang dan penyabar. Sebagai wanita aku tidak dapat lari daripada rajuk dan tangis.Setiap kali aku merajuk apabila dia pulang lewat, dia dengan penuh mesra memujukku, membelaiku. Membuatku rasa bersalah. Tak wajar ku sambut kepulangannya dengan wajah yang mencuka dan dengan tangisan.Bukankah aku ingin menjadi perhiasan yang menyejukkan hati suami? Sedangkan Khadijah dulu juga selalu ditinggalkan Rasulullah untuk berkhalwat di Gua Hira'.Lalu, ku cium tangannya, ku pohon ampun dan maaf. Ku hadiahkan senyuman untuknya.


Katanya senyumku bila aku lepas menangis, cantik!Ahhh....dia pandai mengambil hatiku. Aku semakin sayang padanya. Nampaknya hatiku masih belum sepenuhnya terikat dengan Allah. Lantaran itulah aku masih belum mampu menyerahkan seluruh kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suami...' Isteri yang paling baik ialah apabila kamu memandangnya, kamu merasa senang, apabila kamu menyuruh, dia taat dan apabila kamu berpergian, dia menjaga maruahnya dan hartamu ...'Aku teringat akan potongan hadis itu. Aku ingin merebut gelaran isteri solehah. Aku ingin segala yang menyenangkan buat suamiku.


Tuturku ku lapis dengan sebaik mungkin agar tidak tercalar hatinya dengan perkataanku. Ku hiaskan wajahku hanya untuk tatapannya semata-mata.Makan minumnya ku jaga dengan sempurna. Biarpun aku jua sibuk lantaran aku juga berkerjaya.


Pernah sekali, aku mengalirkan air mata lantaran aku terlalu penat menguruskan rumah tangga apabila kembali dari kerja. Segalanya perlu aku uruskan. Aku terasa seperti dia tidak memahami kepenatanku sedangkan kami sama-sama memerah keringat mencari rezeki.Namun, aku teringat akan kisah Siti Fatimah, puteri Rasulullah yang menangis kerana terlalu penat menguruskan rumah tangga.Aku teringat akan besarnya pahala seorang isteri yang menyiapkan segala keperluan suaminya. Hatiku menjadi sejuk sendiri.


Ya Allah, aku lakukan segala ini ikhlas keranaMu. Aku ingin mengejar redha suamiku demi untuk mengejar redhaMu. Berilah aku kekuatan, Ya Allah." Ain baik, cantik. Abang sayang Ain...' Ungkapan itu tidak lekang dari bibirnya. Membuatkan aku terasa benar-benar dihargai. Tidak sia-sia pengorbananku selama ini. Betapa bahagianya menjadi isteri yang solehah.


Kehidupan yang ku lalui benar-benar bermakna, apatah lagi dengan kehadiran 2 orang putera dan seorang puteri. Kehadiran mereka melengkapkan kebahagiaanku.Kami gembira dan bersyukur kepada Allah atas nikmat yang dikurniakan kepada kami.Namun, pada suatu hari, aku telah dikejutkan dengan permintaannya yang tidak terduga."Ain.....abang ada sesuatu nak cakap dengan Ain.""Apa dia abang?" tanyaku kembali. Aku menatap wajahnya dengan penuh kasih. ..' Ain isteri yang baik. Abang cukup bahagia dengan Ain. Abang bertuah punya Ain sebagai isteri," bicaranya terhenti setakat itu. Aku tersenyum.



Namun benakku dihinggap persoalan. Takkan hanya itu?"Abang ada masalah ke?" Aku cuba meneka."Tidak Ain. Sebenarnya......," bicaranya terhenti lagi. Menambah kehairanan dan mencambahkan kerisauan di hatiku. Entah apa yang ingin diucapkannya."Ain......abang.....abang nak minta izin Ain......untuk berkahwin lagi," ujarnya perlahan namun sudah cukup untuk membuat aku tersentak. Seketika aku kehilangan kata."A.....Abang.....nak kahwin lagi?" aku seakan tidak percaya mendengar permintaannya itu.


Ku sangka dia telah cukup bahagia dengannku. Aku sangka aku telah memberikan seluruh kegembiraan padanya. Aku sangka hatinya telah dipenuhi dengan limpahan kasih sayangku seorang.Rupanya aku silap. Kasihku masih kurang. Hatinya masih punya ruang untuk insan selain aku.Tanpa bicara, dia mengangguk. ..' Dengan siapa abang ? ..' Aku bertanya. Aku tidak tahu dari mana datang kekuatan untuk tidak mengalirkan air mata.



Tapi....hatiku... hanya Allah yang tahu betapa azab dan pedih hati ini...' Faizah. Ain kenal dia, kan ? ..'Ya, aku kenal dengan insan yang bernama Faizah itu. Juniorku di universiti. Rakan satu jemaah. Suamiku aktif dalam jemaah dan aku tahu Faizah juga aktif berjemaah.Orangnya aku kenali baik budi pekerti, sopan tingkah laku, indah tutur kata dan ayu paras rupa. Tidakku sangka, dalam diam suamiku menaruh hati pada Faizah." A....Abang......Apa salah Ain abang?" nada suaraku mula bergetar.


Aku cuba menahan air mataku daripada gugur. Aku menatap wajah Abang Harris sedalam-dalamnya. Aku cuba mencari masih adakah cintanya untukku."Ain tak salah apa-apa sayang. Ain baik. Cukup baik. Abang sayang pada Ain.""Tapi....Faizah. Abang juga sayang pada Faizah....bermakna.....sayang abang tidak sepenuh hati untuk Ain lagi.""Ain.....sayang abang pada Ain tidak berubah. Ain cinta pertama abang.


Abang rasa ini jalan terbaik. Tugasan dalam jemaah memerlukan abang banyak berurusan dengan Faizah....Abang tak mahu wujud fitnah antara kami.Lagipun....abang lelaki Ain. Abang berhak untuk berkahwin lebih dari satu. ..'Bicara itu kurasakan amat tajam, mencalar hatiku. Merobek jiwa ragaku. Aku mengasihinya sepenuh hatiku. Ketaatanku padanya tidak pernah luntur. Kasih sayangku padanya tidak pernah pudar. Aku telah cuba memberikan layanan yang terbaik untuknya.


Tapi inikah hadiahnya untukku?Sesungguhnya aku tidak menolak hukum Tuhan. Aku tahu dia berhak. Namun, alangkah pedihnya hatiku ini mendengar ucapan itu terbit dari bibirnya. Bibir insan yang amat ku kasihi.Malam itu, tidurku berendam air mata. Dalam kesayuan, aku memandang wajah Abang Harris penuh kasih. Nyenyak sekali tidurnya.Sesekali terdetik dalam hatiku, bagaimana dia mampu melelapkan mata semudah itu setelah hatiku ini digurisnya dengan sembilu.Tidak fahamkah dia derita hati ini? Tak cukupkah selama ini pengorbananku untuknya? Alangkah peritnya menahan kepedihan ini. Alangkah pedihnya!Selama seminggu, aku menjadi pendiam apabila bersama dengannya.



Bukan aku sengaja tetapi aku tidak mampu membohongi hatiku sendiri. Tugasku sebagai seorang isteri aku laksanakan sebaik mungkin, tapi aku merasakan segalanya tawar. Aku melaksanakannya tidak sepenuh hati.Oh Tuhan.....ampuni daku. Aku sayang suamiku, tapi aku terluka dengan permintaannya itu.Apabila bertembung dua kehendak, kehendak mana yang harus /> dituruti. Kehendak diri sendiri atau kehendak Dia ?Pastinya kehendak Dia. Apa lagi yang aku ragukan? Pasti ada hikmah Allah yang tersembunyi di sebalik ujian yang Dia turunkan buatku ini. Aku berasa amat serba-salah berada dalam keadaan demikian.Aku rindukan suasana yang dulu. Riang bergurau senda dengan suamiku. Kini, aku hanya terhibur dengan keletah anak-anak.Senyumku untuk Abang Harris telah tawar, tidak berperisa. Yang nyata, aku tidak mampu bertentang mata dengannya lagi. Aku benar-benar terluka.Namun, Abang Harris masih seperti dulu. Tidak jemu dia memelukku setelah pulang dari kerja walau sambutan hambar. Tidak jemu dia mencuri pandang merenung wajahku walau aku selalu melarikan pandangan dari anak matanya.Tidak jemu ucapan kasihnya untukku. Aku keliru.


Benar-benar keliru. Adakah Abang Harris benar-benar tidak berubah sayangnya padaku atau dia hanya sekadar ingin mengambil hatiku untuk membolehkan dia berkahwin lagi?..Oh Tuhan...berilah aku petunjukMu.' Dalam kegelapan malam, aku bangkit sujud menyembahNya, mohon petunjuk dariNya. Aku mengkoreksi kembali matlamat hidupku.Untuk apa segala pengorbananku selama ini untuk suamiku ? Untuk mengejar cintanya atau untuk mengejar redha Allah ?Ya Allah, seandainya ujian ini Engkau timpakan ke atas ku untuk menguji keimananku, aku rela Ya Allah. Aku rela.Biarlah... Bukan cinta manusia yang ku kejar. Aku hanya mengejar cinta Allah. Cinta manusia hanya pemangkin.



Bukankah aku telah berazam, aku inginkan segala yang menyenangkan buat suamiku?Dengan hati yang tercalar seguris luka, aku mengizinkan Abang Harris berkahwin lagi. Dan, demi untuk mendidik hati ini, aku sendiri yang menyampaikan hasrat Abang Harris itu kepada Faizah.Suamiku pada mulanya agak terkejut apabila aku menawarkan diri untuk merisik Faizah."Ain?......Ain serius?""Ya abang. Ain sendiri akan cakap pada Faizah. Ain lakukan ini semua atas kerelaan hati Ain sendiri. Abang jangan risau...Ain jujur terhadap abang. Ain tak akan khianati abang. Ain hanya mahu lihat abang bahagia," ujarku dengan senyuman tawar. Aku masih perlu masa untuk mengubat luka ini. Dan inilah satu caranya.



Ibarat menyapu ubat luka. Pedih, tetapi cepat sembuhnya.Aku mengumpul kekuatan untuk menjemput Faizah datang ke rumahku. Waktu itu, suamiku tiada di rumah dan dia telah memberi keizinan untuk menerima kedatangan Faizah. Faizah dengan segala senang hati menerima undanganku.Sememangnya aku bukanlah asing baginya. Malah dia juga mesra dengan anak-anakku...' Izah......akak jemput Izah ke mari sebab ada hal yang akak nakcakapkan, ..' setelah aku merasakan cukup kuat, aku memulakan bicara...' Apa dia, Kak Ain. Cakaplah, ..' lembut nada suaranya."Abang Harris ada pernah cakap apa-apa pada Faizah?""Maksud Kak Ain, Ustaz Harris?" Ada nada kehairanan pada suaranya.


Sememangnya kami memanggil rakan satu jemaah dengan panggilan Ustaz dan Uztazah. Aku hanya mengangguk." Pernah dia cakap dia sukakan Izah?""Sukakan Izah? Isyyy....tak mungkinlah Kak Ain. Izah kenal Ustaz Harris. Dia kan amat sayangkan akak. Takkanlah dia nak sukakan saya pula. Kenapa Kak Ain tanya macam tu? Kak Ain ada dengar cerita dari orang ke ni? ..'..' Tidak Izah. Tiada siapa yang membawa cerita......." Aku terdiam seketika. "Izah, kalau Kak Ain cakap dia sukakan Izah dan nak ambil Izah jadi isterinya, Izah suka?" Dengan amat berat hati, aku tuturkankalimah itu." Kak Ain!" jelas riak kejutan terpapar di wajahnya. ..' Apa yang Kak Ain cakap ni ? Jangan bergurau hal sebegini Kak Ain, ..' kata Faizah seakan tidak percaya. Mungkin kerana aku sendiri yang menutur ayat itu. Isteri kepada Muhammad Harris sendiri merisik calon isteri kedua suaminya."Tidak Izah. Akak tak bergurau......Izah sudi jadi saudara Kak Ain?" ujarku lagi. Air mataku seolah ingin mengalir tapi tetap aku tahan. Faizah memandang tepat ke wajahku."Kak Ain. Soal ini bukan kecil Kak Ain. Kak Ain pastikah yang......Ustaz Harris.....mahu... melamar saya?"Dari nada suaranya, aku tahu Faizah jelas tidak tahu apa-apa. Faizah gadis yang baik.



Aku yakin dia tidak pernah menduga suamiku akan membuat permintaan seperti ini. Lantas, aku menceritakan kepada Faizah akan hasrat suamiku.Demi untuk memudahkan urusan jemaah, untuk mengelakkan fitnah. Faizah termenung mendengar penjelasanku."Kak Ain.....saya tidak tahu bagaimana Kak Ain boleh hadapi semuanya ini dengan tabah. Saya kagum dengan semangat Kak Ain. Saya minta maaf kak. Saya tak tahu ini akan berlaku. Saya tak pernah menyangka saya menjadi punca hati Kak Ain terluka," ujarnya sebak. Matanya ku lihat berkaca-kaca."Izah...Kak Ain tahu kamu tak salah. Kak Ain juga tak salahkan AbangHarris. Mungkin dia fikir ini jalan terbaik. Dan akak tahu, dia berhak dan mampu untuk melaksanakannya. Mungkin ini ujian untuk menguji keimanan Kak Ain.""Kak...maafkan Izah." Dengan deraian air mata, Faizah meraihku ke dalam elukannya.


Aku juga tidak mampu menahan sebak lagi. Air mataku terhambur jua. Hati wanita. Biarpun bukan dia yang menerima kepedihan ini, tetapi tersentuh jua hatinya dengan kelukaan yang ku alami. Memang hanya wanita yang memahami hati wanita yang lain."Jadi...Izah setuju?" Soalku apabila tangisan kami telah reda...' Kak Ain....ini semua kejutan buat Izah. Izah tak tahu nak cakap. Izah tak mahu lukakan hati Kak Ain.""Soal Kak Ain....Izah jangan risau, hati Kak Ain...Insya Allah tahulah akak mendidiknya.


Yang penting akak mahu Abang Harris bahagia. Dan akak sebenarnya gembira kerana Faizah pilihannya. Bukannya gadis lain yang akak tak tahu hati budinya. Insya Allah Izah. Sepanjang Kak Ain mengenali Abang Harris dan sepanjang akak hidup sebumbung dengannya, dia seorang yang baik, seorang suami yang soleh, penyayang dan penyabar. Selama ini akak gembira dengan dia. Dia seorang calon yang baik buat Izah. ..'"Akak.....Izah terharu dengan kebaikan hati akak. Tapi bagi Izah masa dan Izah perlu tanya ibu bapa Izah dulu.""Seeloknya begitulah. Kalau Izah setuju, Kak Ain akan cuba cakap pada ibu bapa Izah."Pertemuan kami petang itu berakhir. Aku berasa puas kerana telah menyampaikan hasrat suamiku.


..Ya Allah.....inilah pengorbananku untuk membahagiakan suamiku. Aku lakukan ini hanya semata-mata demi redhaMu.'Pada mulanya, keluarga Faizah agak keberatan untuk membenarkan Faizah menjadi isteri kedua Abang Harris. Mereka khuatir Faizah akan terabai dan bimbang jika dikata anak gadis mereka merampas suami orang.Namun, aku yakinkan mereka akan kemampuan suamiku. Alhamdulillah, keluarga Faizah juga adalah keluarga yang menitikberatkan ajaran agama.


Akhirnya, majlis pertunangan antara suamiku dan Faizah diadakan jua."Ain.....abang minta maaf sayang," ujar suamiku pada suatu hari,beberapa minggu sebelum tarikh pernikahannya dengan Faizah."Kenapa?""Abang rasa serba salah. Abang tahu abang telah lukakan hati Ain. Tapi....Ain sedikit pun tidak marahkan abang. Ain terima segalanya demi untuk abang. Abang terharu. Abang....malu dengan Ain.""Abang....syurga seorang isteri itu terletak di bawah tapak kaki suaminya. Redha abang pada Ain Insya Allah, menjanjikan redha Allah pada Ain. Itu yang Ain cari abang. Ain sayangkan abang. Ain mahu abang gembira. Ain anggap ini semua ujian Allah abang. ..'..' Ain....Insya Allah abang tak akan sia-siakan pengorbanan Ain ini.Abang bangga sayang. Abang bangga punya isteri seperti Ain. Ain adalah cinta abang selamanya. Abang cintakan Ain.


""Tapi...abang harus ingat. Tanggungjawab abang akan jadi semakin berat. Abang ada dua amanah yang perlu dijaga. Ain harap abang dapat laksanakan tanggungjawab abang sebaik mungkin.""Insya Allah abang akan cuba berlaku seadilnya." Dengan lembut dia mengucup dahiku. Masih hangat seperti dulu. Aku tahu kasihnya padaku tidak pernah luntur. Aku terasa air jernih yang hangat mula membasahi pipiku.



Cukuplah aku tahu, dia masih sayangkan aku seperti dulu walaupun masanya bersamaku nanti akan terbatas.Pada hari pertama pernikahan mereka, aku menjadi lemah. Tidak bermaya. Aku tiada daya untuk bergembira. Hari itu sememangnya amat perit bagiku walau aku telah bersedia untuk menghadapinya.Malam pertama mereka disahkan sebagai suami isteri adalah malam pertama aku ditinggalkan sendirian menganyam sepi.


Aku sungguh sedih. Maha hebat gelora perasaan yang ku alami. Aku tidak mampu lena walau sepicing pun. Hatiku melayang terkenangkan Abang Harris dan Faizah. Pasti mereka berdua bahagia menjadi pengantin baru.Bahagia melayari kehidupan bersama, sedangkan aku ? Berendam air mata mengubat rasa kesepian ini. Alhamdulillah. Aku punya anak-anak. Merekalah temanbermainku.Seminggu selepas itu, barulah Abang Harris pulang ke rumah. Aku memelukknya seakan tidak mahu ku lepaskan.


Seminggu berjauhan, terasa seperti setahun. Alangkah rindunya hati ini. Sekali lagi air mata ku rembeskan tanpa dapat ditahan...' Kenapa sayang abang menangis ni? Tak suka abang balik ke?" ujarnya lembut."Ain rindu abang. Rindu sangat. ..' Tangisku makin menjadi-jadi. Aku mengeratkan pelukanku. Dan dia juga membalas dengan penuh kehangatan...' Abang pun rindu Ain. Abang rindu senyuman Ain. Boleh Ain senyum pada abang ? ..' Lembut tangannya memegang daguku dan mengangkat wajahku...'Abang ada teman baru. Mungkinkah abang masih rindu pada Ain ? ..'Aku menduga keikhlasan bicaranya...' Teman baru tidak mungkin sama dengan yang lama. Kan abang dah kata, sayang abang pada Ain masih seperti dulu. Tidak pernah berubah, malah semakin sayang. Seminggu abang berjauhan dari Ain, tentulah abang rindu. Rindu pada senyuman Ain, suara Ain, masakan Ain, sentuhan Ain. Semuanya itu tiada di tempat lain, hanya pada Ain saja. Senyumlah sayang, untuk abang. ..'Aku mengukir senyum penuh ikhlas. Aku yakin dengan kata-katanya. Aku tahu sayangnya masih utuh buatku.Kini, genap sebulan Faizah menjadi maduku. Aku melayannya seperti adik sendiri.



Hubungan kami yang dulunya baik bertambah mesra. Apa tidaknya, kami berkongsi sesuatu yang amat dekat di hati.Dan, Faizah, menyedari dirinya adalah orang baru dalam keluarga, sentiasa berlapang dada menerima teguranku. Katanya, aku lebih mengenali Abang Harris dan dia tidak perlu bersusah payah untuk cuba mengorek sendiri apa yang disukai dan apa yang tidak disukai oleh Abang Harris. Aku, sebagai kakak, juga sentiasa berpesan kepada Faizah supaya sentiasa menghormati dan menjaga hati Abang Harris. Aku bersyukur, Faizah tidak pernah mengongkong suamiku. Giliran kami dihormatinya.Walaupun kini masa untuk aku bersama dengan suamiku terbatas, tetapi aku dapat merasakan kebahagiaan yang semakin bertambah apabila kami bersama.


Benarlah, perpisahan sementara menjadikan kami semakin rindu. Waktu bersama, kami manfaatkan sebaiknya. Alhamdulillah, suamiku tidak pernah mengabaikan aku dan Faizah. Aku tidak merasa kurang daripada kasih sayangnya malah aku merasakan sayangnya padaku bertambah. Kepulangannya kini sentiasa bersama sekurang-kurangnya sekuntum mawar merah. Dia menjadi semakin penyayang, semakin romantik.


Aku rasa aku harus berterima kasih pada Faizah kerana kata suamiku, Faizahlah yang selalu mengingatkannya supaya jangan mensia-akan kasih sayangku padanya.Memang aku tidak dapat menafikan, adakalanya aku digigit rindu apabila dia pulang untuk bersama-sama dengan Faizah. Rindu itu, aku ubati dengan zikrullah. Aku gunakan kesempatan ketiadaannya di rumah dengan menghabiskan masa bersama Kekasih Yang Agung. Aku habiskan masaku dengan mengalunkan ayat-ayatNya sebanyak mungkin. Sedikit demi sedikit kesedihan yang ku alami mula pudar.


Ia diganti dengan rasa ketenangan. Aku tenang beribadat kepadaNya. Terasa diriku ini lebih hampir dengan Maha Pencipta.Soal anak-anak, aku tidak mempunyai masalah kerana sememangnya aku mempunyai pembantu rumah setelah aku melahirkan anak kedua. Cuma, sewaktu mula-mula dulu, mereka kerap juga bertanya kemana abah mereka pergi, tak pulang ke rumah. Aku terangkan secara baik dengan mereka. Mereka punyai ibu baru.


Makcik Faizah. Abah perlu temankan Makcik Faizah seperti abah temankan mama. Anak-anakku suka bila mengetahui Faizah juga menjadi ..ibu' mereka. Kata mereka, Makcik Izah baik. Mereka suka ada dua ibu. Lebih dari orang lain. Ahhh...anak-anak kecil. Apa yang kita terapkan itulah yang mereka terima. Aku tidak pernah menunjukkan riak kesedihan bila mereka bertanya tentang Faizah. Bagiku Faizah seperti adikku sendiri.Kadang-kadang, bila memikirkan suamiku menyayangi seorang perempuan lain selain aku, memang aku rasa cemburu, rasa terluka. Aku cemburu mengingatkan belaian kasihnya itu dilimpahkan kepada orang lain. Aku terluka kerana di hatinya ada orang lain yang menjadi penghuni. Aisyah, isteri Rasulullah jua cemburukan Khadijah, insan yang telah tiada.



Inikan pula aku, manusia biasa. Tapi..... ku kikis segala perasaan itu. Cemburu itukan fitrah wanita, tanda sayangkan suami.Tetapi cemburu itu tidak harus dilayan. Kelak hati sendiri yang merana. Bagiku, kasih dan redha suami padaku itu yang penting, bukan kasihnya pada orang lain. Selagi aku tahu, kasihnya masih utuh buatku, aku sudah cukup bahagia. Dan aku yakin, ketaatan, kesetiaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepadanya itulah kunci kasihnya kepadaku. Aku ingin nafasku terhenti dalam keadaan redhanya padaku, supaya nanti Allah jua meredhai aku.


Kerana sabda Rasulullah s.a.w"Mana-mana wanita (isteri) yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya meredhainya, maka ia akan masuk ke dalam syurga." (Riwayat-Tirmizi, al-Hakim dan Ibnu Majah).Sungguh bukan mudah aku melalui semuanya itu. Saban hari aku berperang dengan perasaan. Perasaan sayang, luka, marah, geram, cemburu semuanya bercampur aduk. Jiwaku sentiasa berperang antara kewarasan akal dan emosi.


Pedih hatiku hanya Tuhan yang tahu. KepadaNyalah aku pohon kekuatan untuk menempuhi segala kepedihan itu. KepadaNyalah aku pinta kerahmatan dan kasih sayang, semoga keresahan hati ini kan berkurangan.Namun, jika aku punya pilihan, pastinya aku tidak mahu bermadu. Kerana ia sesungguhnya memeritkan. Perlukan ketabahan dan kesabaran.



Walau bagaimanapun, aku amat bersyukur kerana suamiku tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya. Dan aku juga bersyukur kerana menjadi intan terpilih untuk menerima ujian ini.

Gay Bukan Penyakit

Posted by Ija at 4:17 PM 0 comments
INDIVIDU homoseksual, baik lelaki atau perempuan, mempunyai naluri atau minat berciri seksual kepada kaum sama jenis. Untuk lelaki, istilah digunakan ialah ‘gay’ manakala perempuan dikenali sebagai ‘lesbian’.


Kadangkala istilah ‘queer’ digunakan kepada individu yang menunjukkan minat kepada kaum sejenis walaupun mereka menafikan. Ia satu tindak balas biasa apabila mereka terasa diri mereka mendapat perhatian kawan.


Seorang pembaca bertanya saya, apakah cara terbaik untuk mengubat lelaki homoseksual, terutama yang pernah berasmara dengan lelaki gay lain dan langsung tiada keinginan pada wanita. Malangnya, keadaan dialami mereka bukan satu penyakit. Ia lebih kepada perasaan kendiri individu itu memilih pilihan naluri kepada kaum sejenis.Jadi, tidak hairan jika mereka mendapati mereka langsung tiada tarikan kepada kaum yang berlainan jenis.



Walaupun mereka mencuba dan kadangkala melakukan perbuatan yang terlanjur dengan individu kaum bukan sejenis dengan tujuan mengetepikan naluri mereka kepada sesama lelaki, mereka masih kekal dengan pendirian seronok dengan kaum sejenis.


Ada juga di kalangan mereka boleh bergaul dan berintiman dengan kaum bukan sejenis dan mereka dikenali sebagai ‘biseksual’. Pasangan mereka akan rasa diri dipergunakan apabila tahu perangai mereka kerana pasangan mereka bukan jenis begitu! Kedua-dua situasi sedemikian iaitu homoseksual dan biseksual adalah keadaan yang tidak diterima masyarakat umum walaupun boleh diterima sesetengah kawan dan individu yang simpati kepada mereka. Mereka yang bersifat begitu akan dicemuh.


Jadi mereka terpaksa mendiamkan diri saja sambil meneruskan naluri pilihan mereka dalam keadaan berperasaan serba salah. Tiada rawatan untuk keadaan dialami ini, kecuali dia mengawal perasaan minatnya dengan tidak bermain cinta, menjauhi individu kaum sejenis yang diminati dan tumpukan perhatian kepada kerjaya atau aktiviti kemasyarakatan disamping mendekatkan diri pada agama. Mungkin mereka boleh berubah, tetapi ini hanya melalui kesungguhan usaha mereka sendiri.

21 tips utk memenangi hati lelaki

Posted by Ija at 4:01 PM 0 comments
Dalam menjalinkan hubungan antara lelaki dan perempuan, setiap perlakuan, pergerakan, tutur kata dan bahasa badan diperhatikan.


1 - Banyak lelaki yang sukakan wanita yang mempunyai sikap berterus terang dan tidak berpura-pura. Jadi janganlah menunjukkan sikap hipokrit kerana lama-kelamaan tembelang anda akan pecah juga.

2- Tahu menjaga diri dan membuatkan diri dihormati sebagai seorang wanita. Jarang ada lelaki yang mahu mengambil kesempatan ke atas wanita yang pandai menjaga harga diri.


3- Bijak bergaya. Tidak seharusnya memperagakan tubuh badan tetapi berpakaianlah mengikut kesesuaian tempat dan suasana


.4- Penyayang, manja, lemah-lembut dan romantik.


5- Berkaliber dan boleh dibawa berbincang.


6- Penghibur, suka tersenyum dan sentiasa riang.


7- Menghormati perasaan orang lain.


8- Pandai menjaga personaliti diri agar sentiasa nampak kemasdan menarik.

9- Lemah-Lembut dalam tutur kata dan pandai menyusun ayat.


10- Berfikiran terbuka dan boleh dibawa ketengah dan ke tepi.


11- Tidak terlalu gemuk dan tidak terlalu kurus.

12- Menpunyai karier dan cita-cita. Lelaki suka jika pasangannyamempunyai pengatahuan yang luas.


13- Pandai mengambil hati orang tua.


14- Lelaki tidak suka wanita yang kasar, suka bertepuk tamparatau mencubit walau baru pertama kali berjumpa.


15- Jangan menunjuk-nunjuk barang kemas dan memakai terlalu banyak kerana ada lelaki yang berasa anda mata duitan.


16- Elakan sikap suka berbohong kerana ia akan membuatkan lelaki sukar untuk mempercayakan anda lagi.


17- Jangan suka merengek..


18- Jangan suka mengarah lelaki.


19- Jangan meninggi suara atau menengking walau kita tidakberniat untuk berbuat begitu.

20- Biarkan pasangan membayarr bila dia mahu berbuat begitukerana bila kita menolak dia merasakan egonya tercabar.


21- Jangan ketawa mengilai-gilai.

Antara sebab wanita lambat berkahwin

Posted by Ija at 3:34 PM 0 comments
1. Gemuk / Badan Saiz besar - lelaki kurang berminat dgn wanita
gemuk kerana yg pasti tidak seksi ( Lelaki Afrika saja yg mengatakan wanita gemuk / besar seksi )



2. Terlalu tinggi - ketinggian luar biasa menyebabkan lelaki takut bersama mereka rasa janggal .


3. Cantik tetapi tidak menarik -ramai lelaki suka kepada wanita cantik tetapi mrk suka memiliki wanita menarik.


4. Cantik tetapi tiada karisma sebagai isteri/ibu - ramai wanita cantik tetapi lelaki suka wanita yg ada karisma sebagai isteri dan ibu kepada anak mrk.


5. Terlebih solek - lelaki takut kpd wanita terlebih solek , mrk x larat nak belikan alat makeup yg mahal jika sudah berkahwin nanti.


6. Terlebih umur - lelaki lebih senang memiliki pasangan yg lebih muda antara 5 - 10 tahun . Pasal wanita cepat tua terutama setelah berkahwin.


7. Terlebih kaya - lelaki takut wanita terlalu kaya psl mrk bimbang tiada kuasa setelah berkahwin


8. Pendidikan tinggi- lelaki juga kurang senang jika pasangan mrk mempunyai pendidikan dan kerjaya yg lebih tinggi . Ini kerana ego lelaki.


9. Tiada pegangan ugama langsung - lelaki akan mencari wanita yg mempunyai asas agama sebagai isteri tetapi mrk suka wanita yg tiada agama sebagai gf


10. Terlebih sosial - lelaki suka wanita sosial tetapi untuk dijadikan isteri sorry la.


11. Tiada pekerjaan tetap - lelaki skrg lebih suka wanita berkerjaya psl keperluan hidup


12. Pembohong - lelaki juga berbohong tetapi mrk paling benci dgn wanita berbohong


13. Fashion terlalu branded - lelaki kurang minat wanita seperti ini kerana takut gaji habis untuk beli baju dan handbag isteri aje.


14. Kuat merajuk - lelaki suka wanita merajuk tetapi kalau selalu sgt merajuk mrk boring.


15. Banyak cakap - lelaki kurang berminat dgn mulut murai psl bimbang masa bertengkar dia lagi kuat menjawab


16. Banyak Penyakit - lelaki kurang berminat untuk terus bersama wanitayang selalu sakit , migrin pasal mrk risau terpaksa bertugas sebagai jururawat setelah berkahwin.


17. Selalu naik angin / pemarah - lelaki dari awal hilang minat bersama wanita selalu naik angin / pemarah..


Akhir sekali apa-apa pun sikap wanita , lelaki saja yg berkuasa menentukan nak kawin atau tidak . Hebat atau cantik macam manapun kalau lelaki tidak berminat dia tidak boleh buat apa-apa .

Sunday, May 17, 2009

Kuasa Seorang Perempuan!!

Posted by Ija at 12:30 AM 0 comments
KUASA LAYANAN PEREMPUAN

* Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah



KUASA DOA PEREMPUAN

* Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw: "Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya "Kenapa ya Rasulllah?" Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."


KUASA TAQWA PEREMPUAN

* Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan
membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.



* Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.


* Kekuasaan taqwa ini pula adalah kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.


* Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw: "Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasannya.

Jasamu Dikenang

Posted by Ija at 12:01 AM 0 comments
sajak ni aku khas kan buat cikgu2 aku yg pernah mengajar diri ku
tak kira siapa yg perah mengajar ku



Segala bakti yang engkau curahkan
mengajar mendidik anak bangsa
segala jasa yang engkau taburkan
menjadi kenangan tak akan kami lupakan


Engkau laksana pelita di malam gelita
memancarkan sinar sepenuh rela
jiwamu tabah hatimu cekal
kasihmu sud semangatmu berkobar
yang tak pernah mengenal erti putus asa
yang tak pernah meminta puji dan puja.


Jasamu tak akan luput dalam ingatan kami
sepanjang hayat mekar di sudut had
tiap sepatah katamu mengisi erti
tiap madahmu mengandungi hikmat
pembentuk peribadi penegak kebenaran
pengatur hidup petunjuk kebahagiaan.


Hanya kata-kata ini yang dapat kami lafazkan
terkumpul dari seribu hati menjadi satu
menadah tangan dengan doa restu
kepada Tuhan yang menjanjikan pembalasan
kepadamu guru-guru yang berjiwa mulia
pembimbing petunjuk ke arah maju jaya.



Jujur dan ikhlas engkau berbakti
di kota dan desa atau di huj'ung negeri
cekal dan tabah menempuh dugaan
hidupmu bagalkan pelita di tengah malam
membakar diri menerangi yang kelam
jasamu akan karra kenang sepanjang zaman.




Saturday, May 16, 2009

AKHIRNYA MENJADI CINTA SIA-SIA

Posted by Ija at 11:47 PM 0 comments
Aku terkenang kisah lampau
sejarah cinta monyetku
yang menjadi pengajaran hidup
tatkala aku meniti usia remaja
berbasikal menonton televisyen
di sebuah kampung, awal 70-an.


Waktu itu, selesai solat menghrib
aku mengayuh basikal hampir 2 km
untuk menonton tv berbayar 20 sen
dan dari situ aku banyak tahu
hal peristiwa negara, dunia dan wanita.



Dari situ juga, aku mencari pengalaman
dan belajar mengenal diri seorang wanita
termasuk rakan wanita sekolahku
lantas aku menjadi lelaki yang suka berkawan.



Aku juga belajar mengenal hati wanita
yang kusangka dia menjadi kekasihku
dari gambaran wajahnya
dan mesra yang terpapar dalam pertemuan
demi pertemuan.


Suatu ketika, hati gemuruhku bertanya
satu soalan 'bodoh' lalu jawabnya,
" Entahlah, awak yang perasan kot! "

Aku jadi malu berpanjangan
dan menjadi sejarah hitamku
dimalukan begitu;
rupanya aku tertipu terpedaya
oleh perasan sendiri yang
akhirnya menjadi cinta sia-sia.

10 Tip Melupakan Kekasih

Posted by Ija at 11:34 PM 0 comments
1.Anda tulislah 10 pucuk surat dan anda poskan kat diri anda sendiri, pastu balaslah balik kesemua surat-surat tersebut... Lakukan setiap hari, 3 kali sehari...


2.Jauhkan diri anda daripada filem-filem Hindustan dan juga drama-drama swasta yang tangkap raung


3.Join ruangan berkenalan di dalam majalah-majalah atau buat sesi berkenalan tepi-tepi jalan... . Bukak lah warong khas untuk sesi interview tuh... Alaaa... bunga bukan sekuntum, kumbang lak berlambak lagi..


4.Buat perusahaan menternak itik... Nanti bila itik dah bertambah, pasti akan lupa kat pasangan anda tu, sebab terlalu sibuk menjaga itik-itik gembo... .

5.Sibukkan diri dengan bekerja... Bantai overtime bebanyak... Bila duit dah berjuta nanti, cari ajer yang lain, kawin terus, senang hidup tak payah susah-susah nak sakitkan kepala...


6. pi ngadap cermin yang sememangnya setia ngan anda... buat ler lawak giler yang tak masuk di akal, pastu gelak ler sendiri...


7.Ulang perbuatan nih sampai 3x... ikut tau... Uhh huuu Uhh huuu...


8.Kalo still teringat kat pasangan anda tuh, anda pi cari tangga, alaa cari je lah kat umah mana-mana atau pun bangunan berhampiran, buat-buatlah terjatuh dari tangga, sampai terus hilang ingatan, nescaya ler.. akan lupakan terus pasangan anda tuh... dengan diri sendiri pun anda tak akan ingat lagi..


9.Kalo ingatan anda masih ada, pi je rumah jiran sebelah, minjam tukul, pastu buat ler tak tau sambil ketuk pala sendiri sampailer ilang ingatan...

NOTE: A.kalo jiran anda tak bagi minjam tukul, curikk je, pastu lari ler..takkan dok buat sesi berkenalan ngan jiran anda lak.. B.Kalo susah sangat... hantuk je kepala tu kat dinding rumah, buat ler sampai rasa dah bosan dengan hantukan tuh...


10.Gantung gambar si dia kat dinding .. kutuk, karate, gusti, gigit, mamam, telan... buat lah apa-apa je asal hati rasa pueih..


korang cuba lah mana tau btl ke ape yg dia kata
buat masa ni aku blm tahap ni lagi ......hehhehe

Friday, May 15, 2009

Bahasa Bunga Dan Rahsianya…

Posted by Ija at 10:58 AM 0 comments
Jika tiba-tiba seorang jejaka menghadiahkan kamu sekuntum atau mungkin sejambak bunga , jangan cepat dilanda perasaan dulu ye.. Ini kerana bukan semua bunga yang dihadiahkan dari seorang lelaki itu memberi makna dan pengertian yang sama . Mungkin secara tidak sengaja si jejaka telah melahirkan apa yang sedang difikirkannya ketika itu . Jadi awek-awek sekelian, jangan mudah tertipu dengan janji-janji manis tau. Jom intai-intai apa makna bunga yang dihadiahkan oleh si jejaka…


Bluebell (bunga loceng)
Saya akan sentiasa setia pada awak

Buttercup
Kecantikkan awak sangat memikat hati saya


Carnation
-Pink- Terima kasih
-Merah- Saya perlu berjumpa dengan awak
-Putih- Saya serahkan sepenuh cinta saya kepada awak


Chrysanthemum (kekwa)
-Gangsa- Saya suka awak tapi saya tak mungkin jatuh cinta dengan awak
-Kuning- Saya sukakan awak tapi sebenarnya hati saya telah dimiliki orang lain
-Putih- Saya sangat-sangat mempercayai kesetiaan awak dan tidak mungkin akan berpaling kepada yang lain!


Daffodil
Maaf! Saya tidak dpt membalas cinta yang awak hulurkan

Evening Primrose
Saya meminati awak


Fuschia
Berhati-hati! Orang yang kamu cintai ini sebenarnya membawa banyak masalah pada dirimu


Gladiolus
Kata-katamu melukakan hatiku


honeysuckle
Terimalah bunga ini sebagai tanda cinta yang mendalam terhadap dirimu


Iris
Kamu dah nyalakan api cinta yang membara di dalam jiwaku ini


Ivy
Jumpa saya malam ini.


Lilac
-Ungu- Kamulah cinta pertama saya
-Putih-Kamu sungguh menawan dan semangatmu sangat ku kagumi


Lily
-Tiger lilies- Cintaku tidak mengenal erti sempadan dan sentiasa mewangi untukmu
-Lily putih- Lupakan diriku kerana sesungguhnya aku tidak sepadan untukmu
- Lily of the valley- Saya hanya mahu kamu sebagai kawan biasa, tidak lebih dari itu


Poppy
Boleh tolong sabar sikit tak? Kamu terlalu memaksa saya!


Rose
-Merah- I love you!
-Kuning- Saya dah jatuh cinta dengan orang lain Maafkan saya!
-Putih- Saya tidak cintakan kamu. Harap kamu akan faham


Sweet
-peaSaya sangat menghargai setiap kenangan kita bersama. Harap awak pun begitu


Tulip
I’m crazy about you! Only you!



Violet
You’re so sweet


Wallflower
Biar apa yang berlaku, saya akan sentiasa menyintai awak

Nak Tau Camner Pompuan Dah Tangkap Cintan

Posted by Ija at 10:51 AM 0 comments
LELAKI mana pun selalu berusaha untuk menaklukkan gadis idamannya. Dia akan berusaha dengan segala cara agar wanita pujaan hati terjerat cinta kepadanya.


Namun tak sedikit wanita yang berhasil terpanah asmara sulit mengatakan dirinya menerima cinta seorang lelaki. Karena itu Anda tak perlu khawatir dan bingung membaca jalan fikiran seorang wanita. Kini 'Askmen' akan berkongsi rahsia mengenai tanda-tanda seorang wanita telah jatuh hati kepada seorang lelaki, di antaranya:


Wanita cemburu bila Anda bicara dengan wanita lain

Wanita yang sedang jatuh cinta sering kali mudah cemburu jika lelaki yang sedang ditaksirnya berbicara intim dengan wanita lain. Saat itu, dia pun akan memilih menghindari Anda untuk sementara waktu agar hatinya yang sedang kalut untuk tenang kembali.

Dia menginginkan Anda untuk masa depannya

Jika wanita itu serius dengan Anda, tentu saja dia berharap agar Anda menjadi satu-satunya lelaki yang akan menemaninya sepanjang hidup.



Dia ingin tahu tentang Anda lebih dalam

Seorang wanita yang sedang jatuh cinta pasti ingin mengetahui segala sesuatu tentang hidup Anda. Cubalah Anda membiarkannya mengetahui tentang hidup Anda, karena ini akan mempermudah jalan Anda bersatu dengannya.


Dia selalu meluangkan waktunya untuk Anda

Wanita yang menyukai seorang lelaki pasti akan meluangkan waktu untuknya. Bahkan, boleh jadi bukan Anda kali ini yang mengajaknya berdating, tetapi justru dia yang lebih aktif mengajak Anda berdating.


Dia selalu menatap kedua bola mata Anda

Dia yang sedang jatuh cinta sulit sekali mengungkapkan kata-kata cinta secara vulgar. Dia pun lebih sering mengisyaratkan cinta melalui tatapan tajam ke arah kedua bola mata lelaki pujaannya. Wanita berharap cara tersebut membuat lelaki yang disukainya dapat merasakan cinta yang sama dengannya.

Ciri-Ciri Suami Dan Isteri Idaman

Posted by Ija at 10:47 AM 0 comments
Ciri-ciri isteri idaman lelaki mukmin


T Taat pada suami
A Allah diutamakan
Q Quran dijunjung
W Wanita solehah
A Amanah tunai tanggungjawab


T Tunjuk kasih sayang
A Anak pandai dididik
A Akhlak mulia
T Tutup keaiban suami

S Solat dijaga
O Orang tua dihormati
P Puasa dikerjakan
A Aurat dipelihara
N Nabi dicontohi


Ciri-ciri suami idaman wanita muslimah

T Takutkan Allah
A Agama dipelihara
Q Quran dijunjung
W Wibawa pimpin keluarga
A Amanah tunai tanggungjawab

S Solat dijaga
O Otak sihat
L Lelaki sejati
E Ekonomi agak kukuh
H Halal pendapatan

Thursday, May 14, 2009

LIFE

Posted by Ija at 12:16 PM 0 comments

Life is an echo;all comes back,
The good,the bad,the false,and the true
So,give the world the best u have &
The best will come back to u.

IBU

Posted by Ija at 12:12 PM 0 comments
ibu,
9 bulan kau kandungkan aku,
sekian lamanya kau besarkanku,
kau curahkan didikan sempurna,
terkadang tak terlayan karenahku….

ibu,

sejak kecil hingga kedewasaan ini…
aku tak pernah mengenal erti pengorbananmu. .
bila tangisan kau mengalir dikala malam menjelma..
hanya nya sahaja yang mengerti apa yang bermain di jiwamu…

ibu,

ku cuba berikan hadiah terbaik buatmu,
ku hulurka tangan- tangan kerinduan ini..
disaat kau berjauhan..
disaat aku meniti hari-hari yang mendatang,

ibu,

senyumlah…
berikanlah aku sedikit sinar pengharapan…
pada sebuah kepayahan…..
ajarlah kau erti kehidupan yang kau beri…..
kerna aku jua insan biasa………

ibu….

masih ku ingat lambaian terakhirmu..
kau menitiskan airmata emasmu…
ku terasa kehibaan…..
kau ibu mirsali… ibu sejati…
kau kupuja….
khas buat mu ibu………

biarpun hari ibu tak seceria namun jasa dan pengorbanan mu tetap menjadi nadi darah dalm ingatan ku….
kau ibu yang bertakhta di hatiku…
tiada penganti sebaikmu….




Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan.Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan tahu.


rasanya tak lambat aku utk post pasal hr ibu
bab tak de masa
but aku dah pon sambut hr ibu hr ahad tu

Monday, May 11, 2009

Buatmu Teman....

Posted by Ija at 9:10 PM 0 comments
Telah ku ciptakan
Satu lagu buatmu teman
Jika sumbang jangan kau kutuk
Jika irama mengasyikkan
Aku atk perlu kau puji
Kerana bagiku sudah cukup
Bila melihat kau tersenyum


Ingin ku lagukan segalanya
Yang telah menghubungkan aku
Kepada seorang teman
Yang cukup istimewa
Bilamana aku memandangnya
Hatiku sejuk sekali
Teringin aku memeluknya
Namun ku tahu batas susila
Adat kemelayuanku


Buatmu teman

Ingin ku hadiahkan
Sebuah senyuman paling manis

Hingga tak mungkin kau lupakan
Bahawa kau punyai aku
Dan aku milikmu


Teman


Andai badai datang nanti
Jangan kau salahkannya
Mungkin ia datang dari Yang Esa
Mungkin Dia sengaja mahu menduga kita
Apakah tali ukhwah yang dibina
Akan terlerai kerana kurangnya iman
Lemahnya diri ataupun keterburuan kita nanti


Bersabarlah teman


Andai kau tak mampu menghadapinya
Yakinlah kau punyai kekuatan
Yang telah diaugerahkan
Cuma kau perlu menyedari
Bahawa kau takkan kuat
Jika kau sendiri
Dan terus bersendirian... ... ...



Dari aku seorang teman...

9 Ciri-ciri Gadis Yang Bukan Favorit Dijadikan Isteri

Posted by Ija at 8:51 PM 0 comments
Pertama: Gadis Pencemburu
Pencemburu adalah sifat pertama kali yang dihindari oleh para pemuda dari calon istri-istri mereka. Cemburu disini bermakna keraguan. Para pemuda itu menuntut adanya sebagian sifat cemburu yang memperkuat ikatan cinta, akan tetapi mereka menolak ketidak percayaan (keraguan) yang menimbulkan petaka dalam kehidupan rumah tangga. Mereka menginginkan kepercayaan dari para istri mereka, dan tidak suka jika mereka menceritakan atau mengungkap setiap langkah yang dilaluinya.



Kedua: Gadis Egois, sok menjadi ratu
Adapun gadis yang kedua adalah gadis yang egois, ingin berkuasa, menginginkan dari suaminya segenap kecintaan, ketundukan, dan kepasrahan hanya kepadanya saja. Dia akan marah jika melihat suaminya lebih mementingkan orang lain atau mencintai selain dirinya. Seperti cemburu kepada kerabat suami, atau teman-temannya. Perbuatan ini kadang menimbulkan banyak permasalahan. Dengan sikap seperti itu, dia telah mempersempit kepribadian suami, dan menyebabkan timbulnya permasalahan dengan kerabatnya. Dengan sikap seperti itu, dia telah menjadikan suami benci dengan kehidupan rumah tangganya. Sikap yang demikian tidak termasuk cinta, tetapi ambisi kepemilikan dan penguasaan. Maka wajib bagi gadis ini untuk menyadari bahwa mereka adalah kerabat suami, yang tidak mungkin ia bebas lepas dari mereka, begitu pula sebaliknya mereka tidak mungkin bebas lepas darinya.


Ketiga: Gadis Durhaka
Yaitu istri yang tidak ridha dengan kehidupannya. Dia senantiasa membangkang pada suami dan menggerutu tentang segala sesuatu. Dia tidak bersikap qonaah (menerima apa adanya), senantiasa menginginkan tambahan dan lebih. Dengan sikap seperti ini, dia telah menekan suami hingga mau memenuhi keinginannya. Dia tidak peduli darimana sang suami bisa memenuhi berbagai tuntutan itu, dan bagaimana ia bisa mendapatkan harta tersebut. Dia adalah jenis istri perusak. Dia hanya mencari untuk diri dan kebahagiannya sendiri, terutama harta, bukan cinta. Dia tidak menjaga suami atau rumahnya. Biasanya keadaan yang seperti ini berakhir dengan perceraian.


Keempat: Gadis yang cuek dan masa bodoh
Gadis ini tidak layak disebut sebagai seorang istri. Dia sama sekali tidak menaruh perhatian pada suami, tidak juga pada rumahnya. Tidak berusaha memenuhi kebutuhan suami atau permintaannya. Di sini sang suami merasa bahwa si istri tidak mencintainya, atau tidak menganggapnya. Kadang yang demikian membuat sang suami bersikap kasar kepada istri sebagai usaha untuk meluruskannya. Akan tetapi jika sang istri memiliki sifat seperti ini, maka akan sulit merubahnya. Hal ini menjadikan sang suami tidak menaruh perhatian terhadap istri, tidak mesra dengannya dalam segala hal, dan bisa menyebabkan perpisahan. Maka mulai sekarang seharusnya istri mulai memberikan perhatian terhadap suami.

Kelima: Gadis yang Kekanak-kanakkan
Yaitu gadis yang senantiasa tergantung pada ibunya, dan terus terikat dengannya, bersandar kepadanya dalam segala hal. Dia bertindak dengan malu, tidak mampu mengemban tanggung jawab. Kebanyakan ibunyalah yang memberikan keputusan dan berkuasa pada seluruh urusan rumah. Maka sang putripun bersandar kepadanya dalam segala hal seperti apa yang dia kerjakan saat masih kanak-kanak. Dengan sifat seperti itu, dia tidak layak menjadi seorang ibu bagi putra-putranya, dikarenakan putra-putranya akan menjadi pribadi-pribadi yang terputus, tidak utuh. Adapun sang suami, maka ia merasa seolah-olah telah menikahi ibu mertuanya, karena dialah yang mengatur segala keperluannya. Maka wajib bagi para gadis untuk belajar memikul tanggung jawab dan berbuat secara dewasa.



Keenam: Gadis yang meninggalkan Tugas Rumah Tangga
Kebanyakan gadis seperti ini adalah gadis yang bekerja (wanita karir). Akan tetapi, ada perbedaan antara istri yang bekerja dan istri yang pergi meninggalkan tanggung jawab rumah. Artinya ada banyak istri yang bekerja, tetapi mereka dapat melakukan segenap pekerjaan rumah tangga dan memberikan perhatian terhadap berbagai keperluan suami dan anak-anak mereka. Pekerjaan mereka tidak membuat mereka durhaka terhadap keluarga. Maka istri harus menyeimbangkan antara pekerjaan dengan suami dan anak-anaknya. Janganlah pekerjaan membuat keluarga terhalangi dari perhatian dan kasih sayangnya. Sehingga sang suami merasa kehilangan kemesraan, akhirnya timbullah permasalahan diantara mereka.


Ketujuh: Gadis yang Lemah
Yaitu seorang gadis yang terbiasa pasrah terhadap keadaan di sekitarnya, apakah terhadap keluarga atau teman-temannya. Dia sangat lemah untuk bisa mengambil keputusan dengan dirinya sendiri, tidak berusaha mengadakan musyawarah atau menampakkan pendapat apapun. Kepribadian yang lemah, penurut, dan tidak terbiasa memikul tanggung jawab. Kebanyakan penyebabnya adalah keluarga, yaitu dengan sikap keras sang ayah, dan diamnya ibu. Maka sang suamipun kehilangan teman yang bisa memberikan nasihat, atau masukan-masukan dalam berbagai urusannya.



Kedelapan: Gadis yang membuat was was
Yaitu gadis yang menggambarkan suaminya dengan gambaran yang terburuk. Sebagai contoh, jika suami terkena penyakit mulas, maka sang istri membesar-besarkanny a serta meyakininya bahwa sang suami menderita usus buntu. Jika panas sang suami meningkat dia berkata bahwa dia telah terkena demam. Jika sang suami terlambat, dia berkeyakinan telah terjadi kecelakaan atau terkena sesuatu yang tidak disukai. Istri semacam ini akan mendorong suami untuk selalu was-was dan berkhayal macam-macam serta selalu khawatir.


Kesembilan: Gadis yang Sok Sempurna
Yaitu gadis yang berambisi untuk mengerjakan sesuatu dengan benar, dan terlalu berlebih-lebihan di dalamnya sehingga sang suami dan orang-orang yang tinggal di sekitarnya terkadang merasa jengkel. Sifat seperti itu membuatnya fanatik buta dalam kehidupan rumah tangga. Dia menginginkan kesempurnaan dalam segala hal. Jika pergi salah seorang teman maka harus membawa hadiah berharga dan mahal dibungkus dengan bungkus yang mewah dan seterusnya. Sifat seperti ini dimungkinkan akan membuat suami melakukan respon yang mungkin bisa menjadi seorang laki-laki yang keras dan menolak apa saja yang dilakukan istri, sekalipun perbuatan itu untuk kepentingannya, dan dia tidak lagi mementingkan keridhaan istrinya

Sunday, May 3, 2009

SAHABAT

Posted by Ija at 10:50 PM 0 comments
ETIKA BERSAHABAT

Dalam kita menjalinkan persahabatan tentu kadangkala ada masalah atau problem yang melanda. Ini berlaku kadangkala kerana tiada persefahaman atau saling tidak mengalah. Dalam mencari penyelesaian ini, marilah kita sama-sama merenung dan beramal bagaimana untuk mengeratkan


1. KESABARAN
Belajarlah bersabar sekiranya sikap teman baikmu itu menyinggung perasaanmu, mungkin dengan kesabaranmu, temanmu itu akan mulai berubah dan mula berfikir tentang hati dan perasaan orang lain.

2. BERTERUS TERANG
Jangan sesekali kamu memendam perasaan jika kamu tidak menyenangi sikap teman - teman di sekelilingmu. Cuba berbincang dan berterus terang agar masalah yang membelenggu dirimu akan selesai dan jangan meninggikan suara ketika berbincang.


3. IKHLAS
Sentiasa bersikap ikhlas dan jangan terlalu berkira dengan orang lain. Sikap ikhlas kita akan menjadikan teman disekeliling akan lebih menghormati kita.

4. SALING MENGHORMATI
Saling hormat menghormati. Hormatilah orang disekelilingmu dan sudah tentu orang lain juga akan menghormatimu.

5. JUJUR
Belajarlah menjadi seorang yang jujur. Saling percaya mempercayai menjadi hubungan persahabatan yang dijalinkan akan berjaya. Sebaiknya, buang jauh - jauh sikap bermuka-muka kerana ianya sikap merenggangkan persahabatan.


6. SALING FAHAM MEMAHAMI
Saling faham memahami dan tidak berprasangka buruk adalah resepi utama dalam membina sebuah persahabatan yang berjaya.


7. SALING MEMAAFKAN
Jadilah seorang yang pemaaf sekiranya teman baikmu menyinggung perasaanmu. Dan ketahuilah, sikap pemaaf itu merupakan satu perbuatan yang mulia. Malah dia dapat memberikan kesan positif terhadap diri kamu sendiri.


8. BERTOLAK ANSUR
Saling bertolak ansur juga merupakan satu faktor penting untuk membina sebuah perhubungan yang murni. Sifat begini akan memberi manfaat pada diri kamu dan orang lain. Namun usah mengharapkan hanya orang lain yang perlu bertolak ansur dengan kamu dan dalam masa yang sama kamu pula mengambil kesempatan ke atas mereka. Ini tidak adil namanya!


9. JAGA TUTUR KATA
Jagalah tutur kata dan jangan terlalu celupar ketika berbicara bersama teman-teman sekeliling kamu. Sikap lepas kata begini akan mengundang perselisihan faham antara satu sama lain.


10. NASIHAT MENASIHATI
Saling tegur menegur dan nasihat menasihati antara satu sama lain.Teguran hendaklah secara baik dan bukannya dengan melulu dan mengkritik. Bukankah saling ingat mengingatkan itu satu perbuatan yang mulia?


11. AMBIL BERAT
Jangan pentingkan diri sendiri, sebaliknya ambil berat antara satu sama lain. Contohnya, jika temanmu sedang dilanda masalah. Berada disisinya ketika dia sedang susah merupakan satu pengorbanan besar dan tanda setia kawan. Ia memberikan kekuatan dan sedikit beban masalah yang ditanggunginya akan berkurangan. Tapi awas! Jangan nanti sampai kamu tak tahan telinga jika saban hari terpaksa mendengar luahan masalahnya. Kadangkala kamu juga punya masalah yang perlu diselasaikan!

12. SALING BERHUBUNG
Jauh di mata, dekat di hati. Walaupun mungkin kamu dipisahkan oleh jarak dan kesibukan, apa kata kamu eratkan persahabatan dengan bertanya khabar. Telefon @ sekadar menghantar sms pun dah mencukupi tanda ingatan kamu kepadanya.


13. BERTELINGKAH
Sesekali bertelingkah yang berlaku akan menjadikan perhubungan bertambah baik. Kita lebih saling mengenali dan memahami antara satu sama lain. Tapi haruslah diingat, bergaduh tanpa bermaafan tak guna juga. Sekurang kurangnya kita kenalah beralah dan bermaaf-maafan agar kekeruhan yang melanda akan jernih semula

Jom Chat

Large Ads

 

★~RainBow LanD~☆ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review