Daisypath Valentines tickers

Sunday, November 9, 2014

DIY Makeup Brushes holder

Posted by Ija at 9:00 AM 0 comments

Hari ini saya nak buat DIY makeup brushes holder
apa itu... ianya adalah tempat untuk meletakkan semua
brushes makeup kita di satu tempat supaya mudah untuk
kita mencarinya jika ingin menggunakannya
sekarang nie terlalu lalu banyak cara yang ada kalau nak beli
terus dah siap pon boleh kalau nak buat deko sendiri pon boleh
semuanya terpulang pada diri kita nak yang mana satu
lagi pula kita nak mencantikkan betul tak?
dah bersedia mari kita mulakan
sebelum itu saya sekadar menerangkan saja tanpa ada gambar
harap anda semua boleh faham nanti saya akan letak gambar
hasil DIY orang lain

Bahan-bahan:

Pertama anda memerlukan glass atau apa saja yang anda rasa boleh 
dijadikan sebagai tempat meletakkan kesemua brush makeup anda
saya pernah cuba menggunakan botol daripada peanut butter
jenis plastick

Kedua segala benda yang anda suka untuk dijadikan perhiasan
sebagai contoh riben, glitter, cat, batu perhiasan bunga sticker
dan lain-lain

ketiga anda memerlukan sesuatu untuk menegakkan brushes anda
supaya tidak jatuh sebagai contoh beras, biji kopi, batu-batu, pasir,
batu ikan hiasan apa saja yang anda rasa boleh diletakkan

Keempat anda memerlukan gum kalau boleh gum yang panas lagi
bagus supaya perhiasan anda tidak mudah tertanggal

Kelima brushes makeup yang anda ingin meletakkannya

Cara-caranya

Jika glass seperti pasu kecil anda boleh bersihkan terlebih
dahulu kita tidak mahu sebarang habuk melekat nanti akan
menggangu proses

anda boleh deko jika menggunakan cat atau pon glitter
dibahagian dalam glass atau apa saja yang anda gunakan
kalau glitter cari gam yang sebetulnya kalau cara diy
yang lain kebanyakkan guna mod podge 
mod podge boleh di cari di kedai craft & art

selesai deko seperti yang anda impikan cat atau glitter
atau anda rasa tidak mahu deko di bahagian dalam
letakkan beras atau biji kopi atau batu perhiasan atau pasir
perhiasan ke dalam bekas itu tadi
jangan penuhkan cukup sekadar separuh sahaja
atau bahagian mana yang boleh meletakkan kesemua brushes
yang telah pon anda pilih

ikatkan riben atau pun lekatkan segala perhiasan yang anda
inginkan di sekeliling atau pun satu bahagian saja
terpulang pada anda inginkan deko sebagai mana

dan yang terakhir setelah semuanya selesai
kalau cat pastikan sudah kering dahulu sebelum mulakan
step yang seterusnya ya takut tak kering kemudian
anda campurkan dengan next step nanti tak lawa pula kan

Selesai semuanya masukkan brushes yang anda pilih
dan tara betapa cantiknya deko yang anda pilih

di sini saya sertakan gambar sebagai contoh kalau tidak faham
kalau anda nak mencari idea idea yang lain mudah saja
anda google DIY Makeup Brushes Holder atau pun
DIY Brushes Holder jika ingin tahu lebih lanjut jangan risau
kat youtube ada banyak DIY yang anda boleh pilih 
sangat seronok apabila hasil yang kita deko mendapat pujian
dari kawan-kawan ataupun ahli keluarga
dan saya tahu kita tidak mungkin menggunakan beras ataupun
biji kopi tak mengapa ada banyak cara yang kita boleh gunakan
saya menggunakan pasir perhiasan untuk dijadikan sebagai
tempat untuk berdirinya brushes
tak semestinya anda harus membeli yang baru kitar semula
apa yang anda rasa boleh untuk pakai seperti tempat bekas lilin
tin daripada susu manis botol plastik 
ini adalah sebahagian contoh supaya anda faham apa yang saya
katakan
 

  
    

Gambar terakhir tu contoh bila kita menggunakan cat sebagai
deko ianya di cat melalui dalam kalau tak berapa nak faham
cara boleh cari di youtube ada di ajar caranya seperti mana
selamat mencuba semua


 

Sunday, October 19, 2014

Magnetic Makeup Board

Posted by Ija at 4:15 PM 0 comments
 

Magnetic makeup board sangat sesuai buat wanita-wanita yang
ingin bersiap cepat tanpa perlu buka laci mencari barang 
makeup
buat seperti ini untuk makeup harian pasti memudahkan anda semua
tanpa perlu mencari dalam laci
tanpa perlu membongkar tempat bahagian makeup
cara yang paling senang dan tidak risau kalau dah terlambat nak pergi
kerja sangat-sangat mudah
jangan risau ada banyak cara dan tutorial yang boleh anda tengok
mana nak lebih senang buat begini atau pun selongkar laci
dan juga bag untuk mencari barang makeup?
brush pon boleh letak sekali jadi senang 
mascara eyeshadow blusher semua yang kita pilih
untuk dijadikan sebagai makeup harian 
tapi kalau nak letak yang lain-lain pun boleh saja
memudahkan untuk kita bersiap 

Sini saya nak share dari video youtube jadi mudah sangat

 Selamat mencuba kawan-kawan







Jom Chat

Large Ads

 

★~RainBow LanD~☆ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review