Friday, November 6, 2009

7 Sebab Isteri Bosan Di Ranjang

Senikmat manapun seks itu, ia akan menjadi sesuatu yang sangat menyebalkan jika dilakukan dengan rutin yang ‘itu-itu saja’. Apatah lagi bagi kaum wanita yang perlu melayani suami.


Sekiranya dihidangkan dengan aksi-aksi yang biasa sudah tentu mood untuk melayani suami akan kurang. Walaupun hasrat masih ada tapi perasaan bosan dengan rutin seks yang biasa boleh menyebabkan acara seks tertunda.


Oleh itu suami haruslah pandai-pandai menjaga suasana, jangan sampai siteri kebosanan untuk melakukan seks. Caranya tak sesukar yang difikirkan sebab kebosanan itu sebenarnya timbul dari hal kecil yang timbul disekitar anda. Semak fakta-fakta yang kerap membuatkan wanita bosan melakukan seks.


1. Tindakan Mudah Dijangka.
Bertahun-tahun melayari hidup bersama membolehkan isteri mengenali pasangan secara mendalam. Dia juga mungkin boleh menjangka apa tindakan anda dan ini termasuklah dalam aktiviti seks. Kadangkala sebaik saja berbaring di ranjang, isteri sudah dapat mengagak apa yang akan dilakukan oleh suami. Ini juga boleh jadi masalah. Salah satu alasan mengapa malam pertama itu sangat ‘hot’ adalah anda dan isteri tak pernah tahu apa yang terjadi. Jika anda ingin terus meningkatkan kehangatan hubungan seks dengan pasangan sebaiknya anda menjaga suasana seks tetap segar.




2. Takut Cuba Perkara Baru.
Sebaiknya jangan biarkan pasangan tahu apa yang akan anda lakukan selanjutnya ketika berhubungan intim. Misalkan sekiranya anda hanya melakukan pemanasan yang singkat kali ini lakukan dengan lebih lama. Lakukan perkara yang sama sekali tidak dapat dijangka oleh isteri dan anda juga mungkin takkan pernah tahu apa yang akan terjadi selanjutnya. Terus berikan kejutan yang membuat isteri semakin berghairah dan teruja.




3. Terlalu Kerap.
Kebanyakan wanita setuju bahawa seks tanpa hasrat sangatlah membosankan. Seks yang kerap juga menyebabkan isteri berasa bosan kerana akan timbul perasaan diri diperlakukan seperti boneka. Oleh itu aturlah jadual seks agar tidak terlalu kerap dan tidak perlu terlalu sedikit. Tapi paling kurang seminggu sekali aktiviti seks harus ada.




4. Lokasi Yang Sama.
Suasana seks yang sama mampu membuatkan ghairah yang padam kerana kurangnya sensasi. Ketika ini apa yang disarankan adalah cuba melakukan seks di tempat yang baru. Sebagai contoh, di bilik hoel, ruang tamu, kamar mandi, atau di mana sahaja asalkan privasi anda berdua terjaga dan tidak melampaui batas susila.




5. Sunyi Tanpa Suara.
Seks yang sunyi tanpa suara desahan dari suami mahupun isteri boleh menimbulkan kebosanan. Sebabnya keduanya tidak akan tahu sama ada persembahan seks yang dilakukan itu disukai atau sebaliknya. Oleh itu belajarlah untuk bersuara, sesekali mengerang atau mengucapkan kata-kata. Ia lebih baik dari berdiam saja. Tapi jangan pula sampai suara tersebut kedengaran oleh anak atau jiran tetangga.



6. Tiada Posisi Baru.
Sekali dua kali gerakan yang sama mungkin akan memberi kesan yang sangat membahagiakan. Namun jika terlalu kerap melakukannya, sudah tentu sensasinya kurang. Oleh itu cubalah posisi baru, keluarkan fantasi, ungkapkannya kepada pasangan dan biarkan hubungan berlangsung dengan sendirinya.



7. Kekasaran.
Jika selalunya anda hanya terus ‘menerkam’ isteri ketika menginginkannya apa kata kali ini ubah tingkahlaku tersebut. Perlakukan isteri dengan lembut. Minta izin dari isteri untuk betcinta. Umumnya wanita mengakui lelaki akan kelihatan lebih seksi jika mereka secara gentleman meminta izin pada isteri untuk bersama.




Punca kebosanan wanita di ranjang sudah diketahui, sekarang tiba masa anda untuk mempraktikkannya. Tapi tak perlulah terburu-buru membuat perubahan, lakukan dengan perlahan. Tapi apa yang penting adalah anda perlu jadi seorang yang spontan dan tak terduga.

Petua 8P Ustazah Siti Nurbahyah

1) P yang pertama ialah ‘puji’ iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan. Jangan lah terlebih puji pulak naik tochang nanti susah pulak


2) Katanya, P kedua ialah ‘peluk’ yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang. Peluk je jangan lebih2 pulak


3) P seterusnya ialah ‘penghargaan’ di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.. Yang ni lah yang kureng sikit, selalu complain aje



4) ‘Perhatian’ adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda. Setuju sangat.



5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili ‘persefahaman’ amat penting



6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud ‘pergaulan’ iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga. Sendiri ingat la….. Takut nanti bukan ketiga je, keempat pun boleh jadi…..



7) Beliau berkata, satu lagi P adalah ‘percutian’ di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.Ni yang suseh sikit ni, gerabak tu nak tinggalkan kat mana kalau kepala dia dah tak de????



8] Katanya, P yang terakhir ialah ‘permohonan’ iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia. Amin. Ini lah yang teramat penting sebagai Hamba Allah.

RINDU

Aku sunyi aku rindu
Aku rindu suara mu
Aku rindu ayat-ayat
yang keluar dari mulut mu
Aku rindu nakal mu
Selalu membuat ku

ceria
Aku rindu ketawa mu
Aku rindu nasihat mu
Aku rindu sentuhan mu
Aku rindu senyuman mu
Yang paling aku rindu...
AKU RINDU KAMU

tapi
Adakah kau merindui aku
Seperti aku merindui kamu
Adakah kau mengerti, pahami
rasa seperti apa yang aku rasa
Dapatkah kau selami hati aku ini ???

Thursday, November 5, 2009

5 Sifat Wanita Paling Di Benci Lelaki

Memang diakui manusia tidak sempurna dan mempunyai banyak kelemahan. Namun ketidaksempurnaan itu boleh dikurangkan jika anda bijak untuk mengawalnya. Apa yang penting, jangan jadikan segala ketidaksempurnaan dan kelemahan yang ada di dalam diri anda, sebagai punca perbalahan dengan pasangan.


Sebagai wanita, anda perlu bijak menarik perhatian si dia dan jangan sekali-kali menunjukkan sikap buruk anda di hadapannya. Tidak kisahlah jika anda dilabel hipokrit oleh teman-teman lain asalkan anda terus mendapat tempat di hati si dia. Ini kerana kebanyakan lelaki apabila ditanya apa yang membuatkan mereka tidak selesa dengan wanita, jawapannya adalah sifat buruk yang hampir dimiliki oleh semua wanita.



Berikut adalah antara sifat buruk wanita yang menjadi kebencian lelaki. Andainya ada di antara anda yang memiliki sifat-sifat yang disenaraikan ini, segeralah berubah sekiranya anda tidak mahu kehilangan insan tersayang.



1. Tidak Puas
Walaupun lelaki memiliki sifat tidak pernah puas, namun berdasarkan kajian yang dilakukan, wanita lebih sukar untuk dipuaskan di dalam apa jua aspek.

Mereka tidak pernah puas dengan apa sahaja yang diberikan oleh lelaki termasuklah layanan di ranjang. Wanita juga dikatakan sukar untuk menahan diri daripada mahu memiliki sesuatu yang sempurna.

Malah mereka sanggup merayu-rayu sehingga kehilangan harga diri asalkan apa yang mereka hajati diperolehi. Sikap sebegini amat menjengkelkan lelaki kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang sentiasa menghargai dan berterima kasih dengan apa sahaja pemberian.


2. Mata Duitan
Sangat menipu jika wanita sedikitpun tidak tertarik dengan wang. Ini kerana lelaki akan tertarik dengan wanita disebabkan oleh tarikan seks manakala wanita tertarik dengan lelaki disebabkan oleh dorongan wang dan kemewahan.

Wanita yang mempunyai sikap mata duitan yang keterlaluan, kebanyakannya sukar untuk mendapatkan cinta yang sejati. Ini kerana tidak ramai lelaki yang sanggup melayan kehendaknya.



3. Suka Mengatur
Tidak dinafikan semua wanita di dunia ini mengharapkan Prince Charming di dalam hidup mereka. Namun bukan semua wanita berpeluang untuk memilikinya. Oleh sebab itu, ramai wanita yang mula mengatur teman lelaki mereka agar menjadi seperti lelaki idaman yang mereka mahukan.


Mereka tidak sedar sikap sebegitu bukan dapat menambah baik hubungan yang terjalin sebaliknya hanya akan membinasakan. Ini kerana lelaki lebih gemar jika diri mereka diterima seadanya.



4. Cemburu Buta
Ada orang berpendapat cemburu tandanya sayang. Namun sikap cemburu yang keterlaluan hanya akan membuatkan lelaki rasa terkongkong serta tidak dipercayai.

Ini kerana ramai wanita yang cemburu berlebih-lebihan semata-mata untuk mendapatkan perhatian daripada insan tersayang. Apatah lagi jika teman lelakinya boleh dikategorikan sebagai kacak dan mempunyai kerjaya yang teguh.


Kepada wanita yang mempunyai sikap sebegini, segeralah berubah kerana teman lelaki anda tidak akan mampu bertahan selamanya dengan sikap anda yang sebegitu.



5. Emosional
Wanita sering menjadikan air mata sebagai senjata untuk melembutkan hati lelaki. Malah ketika berdepan dengan sebarang masalah, wanita sering emosional tanpa memikirkan sesuatu secara logik.

Apabila ditegur, mudah melenting dan sukar untuk menerima sebarang pandangan yang diutarakan oleh orang lain. Wanita juga selalu tersinggung dan terasa untuk perkara yang tidak perlu.

Sikap wanita yang sebegini hanya merimaskan lelaki dan akhirnya menjauhkan diri daripada mereka.

Hindarkan Dari 7c & 8g

7 'C' yang boleh menyebabkan lelaki hilang minat atau benci kepada seseorang wanita.


1. Comot
Terdapat wanita yang cantik tetapi comot. Comot yang dimaksudkan ini boleh melibatkan wajah seseorang wanita itu, penampilannya yang selekeh, kerja yang dilakukannya serta tindak-tanduknya.


2. Cerewet
Kata ulama hati wanita terletak di mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya.


3. Cemburu
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yang terlampau cemburu sehingga pasangannya merasa terkongkong akan membawapadah kepada perhubungan mereka. Ini memandangkan lelaki akan merasakan dirimereka tidak dipercayai.


4. Cuai
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam tiga tetapi pada masa yang ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, ini akan membuat mereka benci kerana situasi itu.


5. Celupar
Menurut Dr. Fadzilah, wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar.


6. Cabul
Cabul di sini membawa maksud keji dan segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak ada malu. Misalnya bergaul bebas dengan lelaki-lelaki yang bukan muhrimnya tanpa menghirau batas pergaulan itu.

7. Cabar
Lelaki mempunyai ego mereka yang tersendiri. Oleh itu mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Misalnya mencabar dengan kata-kata seperti, saya cabar awak... ... ..



8G pada lelaki yang dibenci oleh wanita

1. Garang
Garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh.. macam ler dia betul semua, atau seumpamanya.

2. Ganas
Kaki pukul, dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebab perempuan bukan lawannya.


3. Gementar
Takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain dan seumpamanya.


4. Gabrah
Tak boleh/pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan aje, dan sebagainya.


5. Gentleman
tiada Langsung Tak gentle, pentingkan diri sendiri, ambil kesempatan dan sebagainya.


6. Gerumal
Bahasa kedah-bohong atau tipu.


7. Ganggo
Keterlaluan Lembut sangat, pemalu sangat, pendiam sangat, macho sangat dan seumpamanya.

8. Gatal
Miang keladi dengan perempuan lain selain dengan isteri sendiri.

Mengenali Lelaki Dan Perempuan

Baguslah kalau kita sudah tahu akan perkara ini sekurang-kurangnya kita tidak cepat melenting jika berlaku apa-apa isu antara kaum ADAM dan HAWA dan saya juga ingin tambah iaitu betapa beratnya menjadi seorang lelaki, diantaranya adalah seperti berikut:-



Lelaki


1. Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang

ditanggung oleh bapanya.


2. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yangbelum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN !

3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua,manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuatbaik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.

BERATKAN !


4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteriboleh membantu.Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagimenggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yangbergelar suami perlu tanggung. Kalau nak di bayangkan beratnya dosa-dosa yangditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orangperempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat denganberatnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yangdianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadiperempuan.

Begitulah kira-kiranya.





Wanita

1. - Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2. - Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidaksebaliknya.


3. - Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.


4. - Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.


5. - Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.


6. - Wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak perlu taat pd isterinya (taat kepadaibunya).


7. - Talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.


8. - Wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelaiserta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat.

Sudah pasti intan permata tidakakan dibiar bersepah-sepah bukan?

Itulah bandingannya dgn seorg wanita.

Wanita perlutaat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.

Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya,manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dananak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumiini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampunALLAH (dosa kecil).



Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.



Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.


Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj: Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. (betulkan jika saya tersilap).



Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.


MasyaALLAH.. . sayangnya ALLAH pada wanita .... kan?

10 Perkara Bukti Lelaki itu Rumit

1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.


2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.


3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.


4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.



5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.


6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan.Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya. .


7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh .Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.



8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai.Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.


9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar untuk dijaga hati.


10. Jika kamu mengirimkan ini pada mereka yg bernama lelaki, mereka pasti bersumpah semua ini tidak benar..

Jom Chat

Large Ads