Daisypath Valentines tickers

Tuesday, December 13, 2011

Menguap

Posted by Ija at 10:23 PM 0 comments
Perasan tak kalau satu orang menguap, orang lain pun ikut menguap juga ?
Penyelidik menyatakan dalam 40-60% orang yang tengok gambar orang menguap akan turut menguap. Kalau baca perkataan "Menguap" pun kadang2 boleh buat orang ikut menguap.

Bukan manusia saja yang menguap. Binatang pun menguap juga.
Kalau korang tengok kucing yang korang pelihara tu, boleh nampak kucing tu pun menguap.

Kenapa kita menguap ?

Penerangan saintifik menyatakan yang kita menguap disebabkan oleh keperluan fizikal kita. Selain daripada kepenatan, kita juga menguap kalau darah kita kekurangan oxygen. Ada juga teori yang menyatakan menguap dapat melaraskan suhu badan kita. Sesetengah orang berpikiran yang kita menguap kalau kita rasa bosan.


Kepercayaan orang dahulu kala

Ada juga terdapat kepercayaan yang berasal dari Greeks yang menyatakan kita mesti tutup mulut bila menguap untuk elakkan roh kita dari terlepas melalui mulut. Sesetengah orang pada zaman dahulu percaya bila seseorang tu menguap, dia akan ditimpa bahaya.


So kenapa menguap boleh berjangkit ?

Bila kita lihat orang menguap, otak kita proses informasi dan informasi itu disalurkan ke brain circuitry yang menganalisis dan meniru gaya yang dilakukan oleh orang lain. Circuitry ini dipanggil “mirror-neuron system” kerana ia mengandungi sel otak yang special yang menjadi aktif bila kita membuat sesuatu atau bila kita melihat orang lain membuat sesuatu lalu meniru aksi orang lain.


Selain daripada pengajian itu, penyelidik membuat teori bahawa kejangkitan menguap ini dapat menolong kita berkomunisai kita punya level of alertness kepada orang lain. Dengan itu, kita dapat coordinate masa tidur kita dengan orang lain.






Madu asli atau tiruan ?

Posted by Ija at 10:20 PM 0 comments

Berikut adalah tips2 untuk membezakan madu asli dan madu tiruan :-

1. Tuang sedikit madu di dalam bekas kemudian campurkan sedikit air dan digoyangkan perlahan-lahan. Jika membentuk sarang lebah menandakan ia adalah madu asli dan tulen tetapi jika sebaliknya seperti rekahan dan sebagainya, menandakan adanya campuran. Keistimewaan ini menunjukkan bagaimana bentuk sarang lebah begitulah bentuk madunya apabila di uji.

2. Apabila menuang di atas bekas , madu tidak terputus-putus kerana ianya pekat. Manakala madu biasa akan terputus-putus.

3. Apabila madu dititiskan di atas bekas atau tapak tangan ia secara semula jadi akan membentuk bulatan 100 peratus, ia tidak akan leper walau sekecil mana sekalipun titisan itu.

4. Madu yang benar-benar asli tidak beku apabila di simpan di dalam peti sejuk dan tahan lama sehingga lima tahun bahkan boleh mencapai ratusan tahun , manakala madu tiruan akan beku apabila di simpan di dalam peti sejuk dan akan mengeluarkan buih di bahagian atas.

5. Pecahkan sebiji telur ayam dan campurkan bersama sesudu madu. Madu asli akan menyebabkan isi telur masak, tetapi tidak bagi madu tiruan

6. Madu asli tidak disukai semut kerana tiada kandungan gula, sedangkan madu tiruan sebaliknya.

7. Madu asli tidak mudah tembus pada kertas.

8. Akan terdapat mendapan pada dasar botol madu (gula) jika di biarkan untuk tempoh yang lama.

9. Celup kepala mancis pada madu dan cuba nyalakan. Jika menyala mancis itu maka madu tersebut adalah madu asli.

10. Bawa madu balik ke rumah. Jika kena belasah dengan bini anda maka madu itu 100% asli. Ahahahaahha.













Ermm

Posted by Ija at 1:31 PM 0 comments



Lama rasa nya tak update blog bkn mls tp kesuntukan masa utk mencari info
Yg berguna utk dikongsi mungkin minggu ni
Sy letak 2 or 3 info utk dikongsi bersama

Tunggu jgn tak tunggu

P/s
Pada yg sudi singgah kat blog ni tq sesangat
Bab korong sudi tgk blog sy

Wednesday, August 31, 2011

Tips Pemilihan dan Penjagaan Tudung

Posted by Ija at 11:39 PM 0 comments
Pilih tudung daripada jenis kain yang sesuai dan selesa.

1. Pastikan saiz tudung sesuai dengan bentuk muka.

2. Jika menggunakan kain yang tidak licin, tidak perlu guna anak tudung. Ini akan memberikan keselesaan kepada pemakai.

3. Antara kain yang sesuai untuk dijadikan tudung ialah kain bawal, cita campuran, viscose, sutera dan sifon.

4. Jika menggunakan cekak untuk menggantikan anak tudung, guna cekak yang nipis dan leper.

5. Pastikan anak tudung tidak dipamerkan sama dengan tudung. Penampilan akan lebih awet muda jika anak tudung tersorok.

6. Jika guna tudung bercorak, pastikan coraknya samar-samar.

7. Pilihlah susunan corak yang tidak terlalu tertumpu di sekeliling wajah.

8. Untuk tudung yang mempunyai kaki di sekelilingnya, pastikan kaki hanya tertumpu di bahagian hujung. Pastikan kawasan kepala bebas daripada sebarang corak.

9. Gunakan kain polos yang berhias kerawang atau jemeki secara berselerak atau tertumpu di kaki tudung saja jika menghadiri majlis rasmi atau tidak rasmi.

10. Jangan guna corak abstrak yang kontras dengan budaya Islam seperti kepala buah catur atau unsur binatang seperti harimau atau kuda belang. Unsur ini dianggap kurang sesuai dan tidak sopan.

11. Jika memilih corak bunga (seperti yang biasa terdapat pada tudung Turki) jangan campur adukkan dengan baju yang bercorak bunga jenis kontras.

12. Jangan pakai tudung yang sedondon dari segi warna dan corak dengan baju. Ia tidak menarik.

13. Pilihan tudung yang tepat adalah dengan memilih warna tanah pada baju untuk dijadikan warna tudung. Jika warna baju cerah, pilih warna tanah tudung yang lembut daripada kategori yang sama. Jika warna tanah baju gelap atau suram, pilih warna paling lembut yang terdapat pada baju.


PANDUAN PENJAGAAN TUDUNG

1. Sebaiknya cuci tudung dengan tangan menggunakan bahan pencuci yang lembuat, diikuti penggunaan bahan pelembut.

2. Ketika mencuci jangan campurkan tudung dengan pakaian lain.

3. Jangan jemur di tempat terlalu panas, cukup sekadar menganginkan di tempat teduh.

4. Sebaiknya gantung tudung apabila menyimpannya.

5. Elakkan memakai tudung ketika rambut masih basah


Fabrik adalah satu faktor penting apabila memilih tudung. Pilihan kain voile(bawal) adalah bertepatan kerana :

1. Terletak cantik di atas kepala serta memberi keseimbangan.

2. Ia melekap pada rambut.

3. Mengalir angin keluar masuk ke kepala.

4. Menyerap peluh.

5. Memang selesa dipakai untuk jangka waktu yang panjang.

6. Baik untuk kesihatan rambut.

7. Bersesuian dengan cuaca yang panas.















Senarai fobia

Posted by Ija at 11:34 PM 0 comments
Apa itu fobia? Fobia adalah ketakutan yang tak rasional, yang tidak waras dan persisten terhadap sesuatu benda atau situasi yang memaksa seseorang itu mengelakkan diri dari apa yang ditakutinya.

Di sini disediakan senarai pelbagai jenis fobia yang diketahui dan ada diantaranya boleh dianggap pelik :-

Ablutophobia- Takut mandi atau dibasuh.
Acarophobia- Takut kepada kegatalan atau serangga yang menyebabkan gatal.
Acerophobia- Takut kepada rasa masam.
Achluophobia- Takut kepada kegelapan.
Acousticophobia- Takut kepada kebisingan.
Acrophobia- Takut kepada ketinggian.
Aerophobia- Fear of drafts, air swallowing, or airbourne noxious substances.
Aeroacrophobia- Takut kepada tempat terbuka yang tinggi.
Aeronausiphobia- Takut kepada muntah yang disebabkan mabuk udara.
Afrophobia- Takut atau benci dengan Orang Afrika, budaya dan keturunannya.
Agateophobia- Takut kepada kegilaan.
Agliophobia- Takut kepada rasa sakit.
Agoraphobia- Takut kepada tempat terbuka,tempat yang terdapat ramai orang. Takut meninggalkan tempat selamat.
Agraphobia- Takut kepada gangguan seksual.
Agrizoophobia- Takut kepada haiwan liar.
Agyrophobia- Takut kepada jalan raya atau melintas jalan.
Aibohphobia- Takut dengan palindromes (perkataan yang diterbalikkan bunyinya sama; malam, taat, katak, tamat...)
Aichmophobia- Takut kepada jarum atau benda tajam.
Ailurophobia- Takut akan kucing.
Albuminurophobia- Takut kepada sakit buah pinggang.
Alektorophobia- Takut kepada ayam.
Algophobia- Takut kepada rasa sakit.
Alliumphobia- Takut kepada bawang putih.
Allodoxaphobia- Takut menerima pandangan atau pendapat.
Altophobia- Takut kepada ketinggian.
Amathophobia- Takut kepada debu dan habuk.
Amaxophobia- Takut berada didalam kereta.
Ambulophobia- Takut untuk berjalan atau berdiri.
Amnesiphobia- Takut kepada amnesia (hilang ingatan).
Amychophobia- Takut kepada cakaran atau dicakar.
Anablephobia- Takut untuk memandang keatas.
Ancraophobia- Takut akan angin (Anemophobia)
Androphobia- Takut kepada lelaki.
Anemophobia- Takut dengan angin.(Ancraophobia)
Anginophobia- Takut tercekik.
Anglophobia- Takut kepada England, orang Inggeris, budaya mereka,...
Angrophobia - Takut kepada kemarahan dan menjadi marah.
Ankylophobia- Takut kepada ketidak-boleh-gerakan sendi.
Anthrophobia or Anthophobia- Takut kepada bunga.
Anthropophobia- Takut kepada orang ramai dan masyarakat.
Antidaeophobia- Takut setiap masa, dimana jua anda berada, seekor itik sedang memerhatikan anda.
Antlophobia- Takut kepada banjir.
Anuptaphobia- Takut menjadi bujang.
Apeirophobia- Takut dengan keabadian.
Aphenphosmphobia- Takut kepada sentuhan. (Haphephobia)
Apiphobia- Takut kepada lebah.
Apotemnophobia- Takut kepada orang yang kudung.
Aquaphobia - Takut akan air. Secara spesifiknya takutkan lemas.
Arachibutyrophobia- Takut kepada keadaan dimana peanut butter melekat di lelangit mulut.
Arcanophobia - Takut dengan magik
Arachnephobia atau Arachnophobia- Takut kepada labah-labah.
Arithmophobia- Takut akan nombor.
Arrhenphobia- Takut kepada lelaki.
Arsonphobia- Takut akan api.
Asthenophobia- Takut akan pengsan atau berasa lemah.
Astraphobia or Astrapophobia- Takut akan guruh dan petir.(Ceraunophobia, Keraunophobia)
Astrophobia- Takut akan bintang-bintang dan ruang angkasa.
Asymmetriphobia- Takut kepada benda simetri.
Ataxiophobia- Takut kepada ataxia. (Otot tidak seimbang)
Ataxophobia- Takut akan perkara yang tak teratur atau tidak kemas.
Atelophobia- Takut dengan perasaan tidak sempurna.
Atephobia- Takut kepada tinggalan lama (ruin).
Athazagoraphobia- Takut dilupakan, tidak dipedulikan.
Atomosophobia- Takut kepada letupan atom.
Atychiphobia- Takut kepada kegagalan.
Aulophobia- Takut akan seruling/serunai.
Aurophobia- Takut akan emas.
Auroraphobia- Takut akan fenomena 'cahaya utara' (Northern lights).
Australophobia, Novahollandiaphobia- Takut dengan Australia, rakyat dan budayanya.
Autodysomophobia- Takut kepada orang yang berbau tajam.
Automatonophobia- Takut kepada patung ventriloquist's, robot, patung lilin, patung.
Automysophobia- Takut menjadi kotor.
Autophobia- Takut akan keseorangan atau dibiar berseorangan.
Aviophobia or Aviatophobia- Takut untuk terbang.

Bacillophobia- Takut kepada microbes dan kuman.
Bacteriophobia- Takut kepada bakteria.
Ballistophobia- Takut kepada peluru berpandu dan peluru.
Barleyphobia - Takut dengan barli.
Bananaphobia - Takut dengan buah pisang.
Bolshephobia- Takut kepada Bolsheviks.
Barophobia- Takut kepada graviti.
Basophobia or Basiphobia- Ketidakmampuan berdiri. Takut untuk berjalan atau jatuh.
Bathmophobia- Takut kepada tangga atau tebing curam.
Bathophobia- Takut kepada kedalaman.
Batophobia- Takut kepada ketinggian atau berada hampir dengan bangunan tinggi.
Batrachophobia- Takut kepada haiwan amfibia, seperti katak, sesumpah, salamanders,...
Belonephobia- Takut kepada pin dan jarum. (Aichmophobia)
Bibliophobia- Takut akan buku.
Blennophobia- Takut dengan lendiran.
Bogyphobia- Takut kepada bogeys atau bogeyman (Raksasa yang tinggal bawah katil anda).
Botanophobia- Takut kepada tumbuhan.
Briophobia- Takut dengan tapak kaki manusia.
Bromidrosiphobia or Bromidrophobia- Takut akan bau badan
Brontophobia- Takut kepada petir dan guruh.
Bufonophobia- Takut kepada katak dan kodok.
Button phobia - Takut dengan butang.

Cacophobia- Takut kepada keburukan.
Cainophobia or Cainotophobia- Takut kepada sesuatu yang baru.
Caligynephobia- Takut kepada perempuan cantik.
Cancerophobia or Carcinophobia- Takut akan penyakit barah.
Carbophobia - Takut dengan karbohidrat (contoh: mengamalkan diet Atkin's).
Cardiophobia- Takut dengan penyakit jantung.
Carnophobia- Takut dengan daging.
Catagelophobia- Takut diperbodohkan orang lain.
Catapedaphobia- Takut untuk melompat dari tempat tinggi dan rendah.
Cathisophobia- Takut untuk duduk.
Catoptrophobia- Takut dengan cermin.
Cenophobia or Centophobia- Takut bilik kosong.
Ceraunophobia or Keraunophobia- Takut kepada petir dan guruh.(Astraphobia, Astrapophobia)
Chaetophobia- Takut dengan rambut.
Cheimaphobia or Cheimatophobia- Takut dengan kesejukkan.(Frigophobia, Psychophobia)
Chelonaphobia - Takut dengan penyu.
Chemophobia- Takut dengan bahan kimia atau bekerja dengannya.
Cherophobia- Takut dengan suasana meriah.
Chinophobia - Takut dengan orang Cina dan budaya mereka.
Chionophobia- Takut dengan salji.
Chiraptophobia- Takut untuk disentuh.
Chirophobia- Takut dengan tangan.
Chlorophobia - Takut dengan warna hijau.
Cholerophobia- Takut akan kemarahan atau takut kepada penyakit taun.
Chorophobia- Takut untuk menari.
Christophobia - Takut dengan agama Kristian.
Chrometophobia or Chrematophobia- Takut dengan duit.
Chromophobia or Chromatophobia- Takut dengan warna.
Chronophobia- Takut dengan masa.
Chronomentrophobia- Takut dengan jam.
Chrysophobia - Takut dengan warna jingga.
Cibophobia- Takut dengan makanan.(Sitophobia, Sitiophobia)
Claustrophobia- Takut dengan ruang tertutup.
Cleithrophobia or Cleisiophobia- Takut terkunci didalam ruang yang tertutup.
Cleptophobia- Takut dengan kecurian.
Climacophobia- Takut dengan tangga, mendaki tangga, atau jatuh tangga.
Clinophobia- Takut untuk tidur.
Clithrophobia or Cleithrophobia- Takut terperangkap.
Cnidophobia- Takut dengan sengatan.
Cometophobia- Takut dengan komet.
Coimetrophobia- Takut dengan kubur.
Coitophobia- Takut dengan coitus.
Contreltophobia- Takut dengan gangguan seksual.
Coprastasophobia- Takut untuk membuang air besar atau secara saintifiknya berak.
Coprophobia- Takut dengan tahi.
Coulrophobia- Takut dengan badut.
Counterphobia- Rujukan kepada seorang phobia dengan situasi phobianya.
Cremnophobia- Takut akan jurang di gunung ganang.
Cryophobia- Takut dengan kesejukkan melampau, ais dan fros.
Crystallophobia- Takut dengan kristal atau kaca.
Cyberphobia- Takut dengan komputer atau menggunakan komputer.
Cyclophobia- Takut dengan basikal.
Cymophobia or Kymophobia- Takut dengan ombak atau pergerakan berombak.
Cynophobia- Takut dengan anjing atau penyakit anjing gila.
Cypridophobia or Cypriphobia or Cyprianophobia or Cyprinophobia - Takut dengan pelacur atau penyakit kelamin.

Decidophobia- Takut untuk membuat keputusan.
Defecaloesiophobia- Takut dengan pergerakan dalam usus yang menyakitkan.
Deipnophobia- Takut akan perbualan semasa makan.
Dementophobia- Takut dengan kegilaan.
Demonophobia or Daemonophobia- Takut dengan syaitan.
Demophobia- Takut dengan orang ramai. (Agoraphobia)
Dendrophobia- Takut dengan pokok.
Dentophobia- Takut dengan doktor gigi.
Dermatophobia- Takut dengan penyakit kulit.
Dermatosiophobia or Dermatophobia or Dermatopathophobia- Takut dengan penyakit kulit.
Dextrophobia- Takut dengan objek yang berada di sebelah kanan tubuh.
Diabetophobia- Takut dengan penyakit kencing manis.
Didaskaleinophobia- Takut untuk pergi ke sekolah.
Dikephobia- Takut dengan keadilan (justice).
Dinophobia- Takut dengan rasa pening.
Diplophobia- Takut dengan penglihatan dua imej (double vision).
Dipsophobia- Takut untuk minum.
Dishabiliophobia- Takut untuk membuka baju di hadapan orang.
Domatophobia- Takut dengan rumah atau berada dalam rumah.(Eicophobia, Oikophobia)
Doraphobia- Takut dengan bulu atau kulit haiwan.
Doxophobia- Takut untuk mengeluarkan pendapat atau menerima pujian.
Dromophobia- Takut untuk melintas jalan.
Dutchphobia- Takut dengan orang Belanda.
Dysmorphophobia- Takut dengan benda yang tidak terbentuk dengan sempurna (cacat).
Dystychiphobia- Takut dengan kemalangan.

Ecclesiophobia- Takut dengan gereja.
Ecophobia- Takut dengan tempat tinggal.
Eicophobia- Takut dengan keadaan di sekeliling tempat tinggal.(Domatophobia, Oikophobia)
Eisoptrophobia- Takut dengan cermin atau melihat diri dalam cermin.
Electrophobia- Takut dengan elektrik.
Eleutherophobia- Takut dengan kebebasan.
Elurophobia- Takut dengan kucing. (Ailurophobia)
Emetophobia- Takut dengan muntah.
Enetophobia- Takut dengan pin.
Enochlophobia- Takut dengan tempat ramai orang.
Enosiophobia or Enissophobia- Takut akan tertuduh melakukan dosa besar atau dikritik.
Entomophobia- Takut dengan serangga.
Eosophobia- Takut dengan waktu subuh atau cahaya siang.
Ephebiphobia- Takut dengan remaja.
Epistaxiophobia- Takut dengan keadaan hidung berdarah.
Epistemophobia- Takut dengan ilmu pengetahuan.
Epistolophobia - Takut untuk menulis surat.
Equinophobia- Takut dengan kuda.
Eremophobia- Takut keseorangan atau ditinggalkan keseorangan.
Ereuthrophobia- Takut dengan perasaan malu.
Ergasiophobia- 1) Takut untuk bekerja atau berfungsi. 2) Takut seorang doktor bedah terhadap pembedahan.
Ergophobia- Takut dengan kerja.
Erotophobia- Takut dengan cinta seksual atau persoalan seksual.
Euphobia- Takut untuk mendengar berita baik.
Eurotophobia- Takut dengan organ seksual wanita
Europhobia - Takut kepada Eropah, orang eropah atau Kesatuan Eropah (EU).
Erythrophobia or Erytophobia or Ereuthophobia- Takut kepada 1) lampu merah. 2) Perasaan merah padam. 3) Warna merah.

Fearaphobia - Takut dengan perkataan 'takut' (fear).
Febriphobia or Fibriphobia or Fibriophobia- Takut akan demam.
Fecophobia, Coprophobia, Scatophobia - Takut dengan tahi.
Felinophobia- Takut dengan kucing. (Ailurophobia, Elurophobia, Galeophobia, Gatophobia)
Francophobia- Takut dengan negara Perancis, rakyat dan budayanya. (Gallophobia, Galiophobia)
Frigophobia- Takut akan kesejukkan dan benda sejuk.(Cheimaphobia, Cheimatophobia, Psychrophobia)
Ferrumphobia - Takut dengan sebarang objek besi.

Gatophobia- Takut akan kucing.
Galeophobia - Takut dengan jerung.
Gallophobia or Galiophobia- Takut dengan negara Perancis, rakyat dan budayanya. (Francophobia)
Gamophobia- Takut dengan perkahwinan.
Geliophobia- Takut dengan ketawa.
Geniophobia- Takut dengan dagu. (ada apa dengan dagu)
Genophobia- Takut akan seks.
Genuphobia- Takut dengan lutut.
Gephyrophobia or Gephydrophobia or Gephysrophobia- Takut untuk meyeberangi jambatan.
Germanophobia- Takut dengan negara Jerman, rakyat dan budayanya.
Gerascophobia- Takut untuk menjadi tua.
Gerontophobia- Takut dengan orang tua dan menjadi tua.
Geumaphobia or Geumophobia- Takut dengan rasa (lidah).
Glossophobia- Takut untuk bercakap di tempat awam atau memulakan percakapan.
Gnosiophobia- Takut dengan ilmu pengetahuan.
Graphophobia- Takut untuk menulis atau dengan tulisan tangan.
Gymnophobia- Takut untuk berbogel.
Gynephobia or Gynophobia- Takut akan wanita.

Hadephobia- Takut akan neraka.
Hagiophobia- Takut dengan wali (saints) atau benda-benda suci.
Hamartophobia- Takut untuk membuat dosa.
Haphephobia or Haptephobia- Takut untuk disentuh.
Harpaxophobia- Takut dirompak.
Hedonophobia- Takut dengan kepuasan perasaan.
Heliophobia- Takut dengan matahari.
Hellenologophobia- Takut dengan perkataan Greek atau terma saintifik yang kompleks.
Helminthophobia- Takut menghadapi jangkitan cacing.
Hemophobia or Hemaphobia or Hematophobia- Takut dengan darah.
Heresyphobia or Hereiophobia- Takut dengan perubahan radikal.
Herpetophobia- Takut dengan reptilia atau haiwan yang merayap dan menyusur.
Heterophobia- Takut dengan jantina lain. (Sexophobia)
Hexakosioihexekontahexaphobia - takut dengan nombor 666.
Hierophobia- Takut akan paderi atau benda keramat.
Hippophobia- Takut dengan kuda.
Hippopotomonstrosesquippedalio phobia- Takut dengan perkataan yang panjang. (Nama pun dah gerun)
Hobophobia- Takut dengan peminta sedekah atau fakir.
Hodophobia- Takut dengan perjalanan darat.
Hormephobia- Takut terkejut.
Homichlophobia- Takut dengan kabus.
Homilophobia- Takut denga khutbah.
Hominophobia- Takut dengan lelaki.
Homophobia- Takut dengan perasaan yang sama, homoseksual atau menjadi homoseksual.
Hoplophobia- Takut dengan senjata api.
Hydrargyophobia- Takut dengan ubatan merkurial?.
Hydrophobia- Takut dengan air atau cecair yang boleh membawa penyakit berjangkit.
Hydrophobophobia- Takut dengan cecair yang boleh membawa penyakit berjangkit.
Hyelophobia or Hyalophobia- Takut dengan kaca.
Hygrophobia- Takut dengan cecair, kebasahan atau kelembapan.
Hylephobia- Takut menjadi materialistik atau takut akan sawan.
Hylophobia- Takut dengan hutan.
Hypengyophobia or Hypegiaphobia- Takut untuk bertanggungjawab.
Hypnophobia- Takut untuk tidur atau dihipnotize.
Hypsiphobia- Takut akan ketinggian.

Iatrophobia- Takut untuk berjumpa dengan doktor atau dengan doktor sendiri.
Ichthyophobia- Takut dengan ikan.
Iconophobia - Takut akan imej dan ikon.
Ideophobia- Takut dengan idea.
Illyngophobia- Takut berasa pening apabila melihat ke bawah dari tempat tinggi (vertigo).
Iophobia- Takut akan racun.
Islamophobia - Takut dengan agama Islam.
Islandophobia - Takut dengan Iceland, rakyat dan budayanya.
Insectophobia - Takut dengan serangga.
Isolophobia- Takut akan keseorangan.
Isopterophobia- Takut dengan anai-anai, atau serangga yang makan kayu.
Ithyphallophobia- Takut dilihat, difikirkan oleh orang lain atau takut kemaluan menjadi tegang

Japanophobia- Takut dengan Orang Jepun.
Judeophobia- Takut dengan Orang Yahudi.

Katikomindicaphobia - Takut dengan RNI (Resident Non-Indian).
Kainolophobia or Kainophobia- Takut dengan sesuatu yang baru.
Kakorrhaphiophobia- Takut akan gagal atau tertewas.
Katagelophobia- Takut diperbodohkan.
Kathisophobia- Takut untuk duduk.
Kenophobia- Takut dengan ruang kosong.
Keraunophobia or Ceraunophobia- Takut dengan gurh dan petir.(Astraphobia, Astrapophobia)
Kinetophobia or Kinesophobia- Takut dengan sebarang pergerakkan.
Klismaphobia - Takutkan 'Enemas'.
Kneemaphobia - Takut akan lutut membengkok kebelakang.
Kleptophobia- Takut dengan kecurian.
Koinoniphobia- Takut dengan bilik.
Kolpophobia- Takut dengan organ seks, terutamanya wanita
Kopophobia- Takut dengan keletihan.
Koniophobia- Takut dengan debu. (Amathophobia)
Kosmikophobia- Takut dengan fenomena kosmik.
Kymophobia- Takut dengan ombak/gelombang. (Cymophobia)
Kynophobia- Takut dengan penyakit gila.
Kyphophobia- Takut dengan kebongkokan.

Lachanophobia- Takut dengan sayuran.
Laliophobia or Lalophobia- Takut untuk bercakap.
Leporiphobia - Takut dengan arnab.
Leprophobia or Lepraphobia- Takut dengan penyakit yang merosakkan tubuh (seperti kusta).
Leukophobia- Takut dengan warna putih.
Levophobia- Takut dengan benda yang berada di sebelah kiri tubuh.
Ligyrophobia- Takut dengan bunyi yang sangat kuat.
Lilapsophobia- Takut dengan puting beliung dan taufan.
Limnophobia- Takut dengan tasik.
Linonophobia- Takut dengan tali.
Liticaphobia- Takut dengan 'lawsuits' (Perkara bukan jenayah yang dibawa ke mahkamah seperti saman-menyaman).
Lockiophobia- Takut dengan kelahiran.
Logizomechanophobia- Takut dengan komputer.
Logophobia- Takut dengan perkataan.
Luiphobia- Takut dengan penyakit siflis
Lutraphobia- Takut dengan memerang.
Lygophobia- Takut dengan kegelapan.
Lyssophobia- Takut dengan penyakit gila atau takut menjadi gila.

Macroxenoglossophobia - Takut dengan perkataan yang panjang dan pelik.
Macrophobia- Takut untuk menunggu lama.
Maimouphobia, Pithikosophobia - Takut akan monyet.
Mageirocophobia- Takut untuk memasak.
Maieusiophobia- Takut dengan kelahiran.
Malaxophobia- Takut dengan babak cinta. (Sarmassophobia)
Maniaphobia- Takut dengan kegilaan.
Mastigophobia- Takut dengan balasan atau denda.
Mechanophobia- Takut dengan mesin.
Medomalacuphobia- Takut kehilangan ketegangan (ereksi).
Medorthophobia- Takut dengan kemaluan yang tegang.
Megalophobia- Takut dengan benda-benda besar.
Melissophobia- Takut dengan lebah.
Melanophobia- Takut dengan warna hitam.
Melophobia- Takut atau benci dengan muzik.
Meningitophobia- Takut dengan penyakit otak.
Meningitophobia - Takut dengan penyakit yang disebabkan oleh onani.
Menophobia- Takut akan kedatangan haid.
Merinthophobia- Takut diikat.
Metallophobia- Takut dengan besi.
Metathesiophobia- Takut dengan perubahan.
Meteorophobia- Takut dengan meteor.
Methyphobia- Takut dengan alkohol.
Metrophobia- Takut atau benci dengan puisi.
Microbiophobia- Takut dengan microbes. (Bacillophobia)
Microphobia- Takut dengan benda-benda kecil.
Misophobia or Mysophobia- Takut terkena kotoran dan jangkitan kuman.
Mnemophobia- Takut dengan memori.
Molysmophobia or Molysomophobia- Takut dengan kotoran dan jangkitan.
Monophobia- Takut dibiarkan seorang atau takut keseorangan.
Monopathophobia- Takut dengan sesuatu penyakit.
Motorphobia- Takut dengan kenderaan bermotor.
Mottephobia- Takut dengan kupu-kupu.
Musophobia or Muriphobia- Takut akan tikus.
Mycophobia- Takut dengan cendawan.
Mycrophobia- Takut dengan benda-benda kecil.
Myctophobia- Takut akan kegelapan.
Myrmecophobia- Takut dengan semut.
Mythophobia- Takut dengan khabar angin atau cerita palsu.
Myxophobia- Takut dengan lendiran. (Blennophobia)

Nebulaphobia- Takut dengan kabus. (Homichlophobia)
Necrophobia- Takut akan kematian atau takut dengan benda mati.
Nelophobia- Takut dengan kaca.
Neopharmaphobia- Takut dengan dadah yang baru.
Neophobia- Takut dengan sebarang benda baru.
Nephophobia- Takut dengan awan.
Nihilophobia - Takut dengan sesuatu yang tiada.
Noctiphobia- Takut dengan malam.
Nomatophobia- Takut dengan nama-nama.
Nosocomephobia- Takut dengan hospital.
Nosophobia or Nosemaphobia- Takut untuk jatuh sakit.
Nostophobia- Takut untuk pulang ke rumah.
Novercaphobia- Takut dengan ibu tiri.
Nucleomituphobia- Takut dengan senjata nuklear.
Nudophobia- Takut dengan perkara bogel.
Numerophobia- Takut dengan nombor.
Nyctohylophobia- Takut akan malam
Nyctophobia- Takut dengan kegelapan atau takutkan malam.

Obesophobia- Takut berat badan meningkat.(Pocrescophobia)
Ochlophobia- Takut dengan keadaan ramai orang atau rusuhan.
Ochophobia- Takut dengan sebarang kenderaan.
Octophobia - Takut dengan nombor lapan (8).
Odontophobia- Takut dengan gigi atau takut dengan pembedahan pergigian.
Odynophobia or Odynephobia- Takut dengan kesakitan. (Algophobia)
Oenophobia- Takut dengan wain.
Oikophobia- Takut dengan keadaan sekeliling rumah atau dengan rumah.(Domatophobia, Eicophobia)
Olfactophobia- Takut dengan bau-bauan.
Ombrophobia- Takut dengan hujan atau takut ditimpa hujan.
Ommetaphobia or Ommatophobia- Takut dengan mata.
Oneirophobia- Takut dengan mimpi.
Oneirogmophobia- Takut dengan mimpi emisi.
Onomatophobia- Takut untuk mendengar sesuatu perkataan atau nama.
Ophidiophobia- Takut dengan ular. (Snakephobia)
Ophthalmophobia- Takut ditenung oleh orang lain.
Opiophobia- Fear medical doctors experience of prescribing needed pain medications for patients.
Optophobia- Takut untuk membuka mata.
Ornithophobia- Takut dengan burung.
Orthophobia- Takut dengan hakmilik.
Osmophobia or Osphresiophobia- Takut dengan bau-bauan.
Ostraconophobia- Takut dengan perangai pentingkan diri.
Ouranophobia or Uranophobia- Takut dengan syurga.

Pagophobia- Takut ais dan fros.
Panthophobia- Takut menderita penyakit.
Panophobia or Pantophobia- Takut segala-galanya.
Papaphobia- Takut akan Pope.
Papyrophobia- Takut dengan kertas.
Paralipophobia- Takut tidak bertanggungjawab atau tidak melakukan tugas.
Paraphobia- Takut akan sexual perversion.
Parasitophobia- Takut dengan parasit.
Paraskavedekatriaphobia- Takut dengan Friday the 13th.
Parthenophobia- Takut dengan anak dara.
Pathophobia- Takut dengan penyakit.
Patroiophobia- Takut akan perkara turun temurun.
Parturiphobia- Takutkan kelahiran.
Peccatophobia- Takut melakukan dosa.
Pediculophobia- Takut dengan serangga kecil yang hidup di badan seperti kutu.
Pediophobia- Takut dengan anak patung.
Pedophobia- Takut dengan budak.
Peladophobia- Takut dengan orang botak.
Pellagrophobia- Takutkan pellagra.
Peniaphobia- Takutkan kemiskinan.
Pentheraphobia- Takutkan ibu mertua. (Novercaphobia)
Phagophobia- Takut menelan, makan atau dimakan.
Phalacrophobia- Takut menjadi botak.
Phallophobia- Takut dengan kemaluan terutama menegang.
Pharmacophobia- Takut mengambil ubat.
Phasmophobia- Takutkan hantu.
Phengophobia- Takut dengan cahaya siang.
Philemaphobia or Philematophobia- Takut dengan ciuman.
Philophobia- Takut jatuh cinta atau dicintai.
Philosophobia- Takut dengan perkara philosophy.
Phobophobia- Takut dengan fobia.
Photoaugliaphobia- Takut dengan cahaya.
Photophobia- Takut dengan cahaya.
Phonophobia- Takut dengan suara atau telefon.
Phronemophobia- Takut untuk berfikir.
Phthiriophobia- Takut dengan serangga kecil yang hidup di badan seperti kutu.. (Pediculophobia)
Phthisiophobia- Takut dengan penyakit usus.
Placophobia- Takut dengan batu nisan.
Plutophobia- Takut dengan kekayaan.
Pluviophobia- Takutkan hujan.
Pneumatiphobia- Takut dengan roh.
Pnigophobia or Pnigerophobia- Takut tercekik.
Pocrescophobia-Takut menjadi gemuk. (Obesophobia)
Pogonophobia- Takut dengan janggut.
Poliosophobia- Takut menghidap polio.
Politicophobia- Takut dengan ahli politik.
Polyphobia- Takut dengan banyak perkara.
Poinephobia- Takut dengan denda.
Ponophobia- Takut kerja berlebihan atau sakit.
Porphyrophobia- Takut warna ungu.
Potamophobia- Takut dengan sungai atau air mengalir.
Potophobia- Takutkan dengan alkohol.
Pharmacophobia- Takut dengan dadah.
Proctophobia- Takut dengan rektum.
Prosophobia- Takutkan perjalanan (progress).
Psychophobia- Takutkan fikiran.
Psychrophobia- Takutkan kesejukan.
Pteromerhanophobia- Takut untuk terbang.
Pteronophobia- Takut digelikan dengan bulu ayam.
Pupaphobia - Takut dengan boneka.
Pyrexiophobia- Takut demam.
Pyrophobia- Takutkan api.

Radiophobia- Takut dengan radiasi atau sinar-x.
Ranidaphobia- Takut dengan katak.
Rectophobia- Takut dengan rektum atau penyakit berkaitan rektum seperti buasir.
Rhabdophobia- Takut didera dengan batang kayu/besi.
Rhypophobia- Takut akan defecation.
Rhytiphobia- Takut mendapat wrinkles.
Rupophobia- Takut dengan kotoran.
Russophobia- Takut dengan orang Rusia.

Samhainophobia- Takut dengan sambutan Halloween.
Sarmassophobia- Takut dengan permainan cinta. (Malaxophobia)
Satanophobia- Takut dengan syaitan.
Scabiophobia- Fear of scabies.
Scatophobia- Fear of fecal matter.
Scelerophibia- Takut dengan orang jahat atau perompak.
Sciophobia Sciaphobia- Takut dengan bayang-bayang.
Scoleciphobia- Takut dengan cacing.
Scolionophobia- Takut dengan sekolah.
Scopophobia or Scoptophobia- Takut dilihat atau direnung orang lain.
Scotomaphobia- Takut dengan kebutaan..
Scotophobia- Takut dengan kegelapan. (Achluophobia)
Scriptophobia- Takut untuk menulis di tempat awam.
Selachophobia- Takut dengan ikan jerung.
Selaphobia- Takut dengan sinaran lembut.
Selenophobia- Takut dengan bulan.
Seplophobia- Takut dengan benda-benda yang mereput.
Sesquipedalophobia- Takut dengan perkataan yang panjang.
Sexophobia- Takut dengan jantina yang berlawanan. (Heterophobia)
Siderodromophobia- Takut dengan keretapi, jalan keretapi atau menggunakan keretapi.
Siderophobia- Takut dengan bintang.
Sinistrophobia- Takut dengan benda-benda di sebelah kiri atau kidal.
Sinophobia- Takut dengan kaum Cina dan budaya mereka.
Sitophobia or Sitiophobia- Takut dengan makanan atau makan. (Cibophobia)
Snakephobia- Takut dengan ular. (Ophidiophobia)
Soceraphobia- Takut dengan ibubapa mertua.
Social Phobia- Takut dinilai secara negatif dalam situasi sosial.
Sociophobia- Takut dengan masyarakat dan orang ramai.
Somniphobia- Takut untuk tidur.
Sophophobia- Takut untuk belajar.
Soteriophobia - Takut untuk bergantung atau menjadi tanggungan orang lain.
Spacephobia- Takut dengan angkasa lepas.
Spectrophobia- Takut dengan hantu.
Spermatophobia or Spermophobia- Takut dengan kuman.
Spheksophobia- Takut dengan penyengat (wasps).
Stasibasiphobia or Stasiphobia- Takut untuk berdiri dan berjalan. (Ambulophobia)
Staurophobia- Takut dengan salib atau benda bersilang.
Stenophobia- Takut dengan benda atau tempat yang sempit.
Stygiophobia or Stigiophobia- Takut akan neraka.
Suriphobia- Takut dengan tikus.
Symbolophobia- Takut dengan perkara-perkara berkaitan simbol.
Symmetrophobia- Takut dengan sesuatu yang simetri.
Syngenesophobia- Takut dengan ahli keluarga.
Syphilophobia- Takut dengan penyakit siflis.

Tachophobia- Takut dengan kelajuan.
Taeniophobia or Teniophobia- Takut dengan cacing pita (yang hidup dalam perut).
Taphephobia Taphophobia- Takut ditanam hidup-hidup dan tanah perkuburan.
Tapinophobia- Fear of being contagious.
Taurophobia- Takut dengan lembu.
Technophobia- Takut dengan teknologi.
Teleophobia- 1) Takut dengan perancangan tetap. 2) upacara keagamaan.
Telephonophobia- Takut dengan telefon.
Teratophobia- Takut mendapat anak tak sempurna atau raksasa atau orang cacat.
Testophobia- Takut untuk mengambil ujian.
Tetanophobia- Takut menghidapi kancing gigi (tetanus).
Teutophobia- Takut dengan Jerman atau berkaitan Jerman.
Textophobia- Takut dengan sesuatu jenis fabrik.
Thaasophobia- Takut untuk duduk.
Thalassophobia- Takut dengan laut.
Thanatophobia or Thantophobia- Takut untuk mati atau takutkan kematian.
Theatrophobia- Takut dengan teater.
Theologicophobia- Takut dengan ilmu ketuhanan (theologi).
Theophobia- Takut dengan Tuhan atau agama.
Thermophobia- Takut dengan haba.
Tocophobia- Takut mengandung atau melahirkan anak.
Tomophobia- Takut dengan pembedahan surgeri.
Tonitrophobia- Takut dengan guruh.
Topophobia- Takut terhadap sesuatu tempat atau situasi, 'stage fright'.
Toxiphobia or Toxophobia or Toxicophobia- Takut dengan racun atau diracun.
Traumatophobia- Takut dengan sebarang kecederaan.
Tremophobia- Takut menggeletar.
Trichinophobia- Takut dengan trichinosis.
Trichopathophobia or Trichophobia- Takut dengan rambut atau bulu. (Chaetophobia, Hypertrichophobia)
Triskaidekaphobia- Takut dengan nombor 13.
Tropophobia- Takut untuk bergerak atau perubahan.
Trypanophobia- Takut dengan suntikan.
Tuberculophobia- Takut dengan penyakit batuk kering.
Tyrannophobia- Takut dengan pemerintah yang zalim.

Uranophobia or Ouranophobia- Takut dengan syurga.
Urophobia- Takut dengan air kencing atau takut hendak kencing.

Vaccinophobia- Takut dengan suntikan vaksin.
Venustraphobia- Takut dengan perempuan cantik.
Verbophobia- Takut dengan perkataan.
Verminophobia- Takut dengan kuman.
Vestiphobia- Takut dengan pakaian.
Virginitiphobia- Takut dirogol.
Vitricophobia- Takut dengan bapa tiri.
Vuteuthindion - Takut untuk berpicnic.

Walloonphobia- Takut dengan bangsa Walloons dan bahasanya.
Wiccaphobia: Takut dengan nenek kebayan dan seninya (witchcraft).

Xanthophobia- Takut dengan warna kuning atau perkataan kuning itu sendiri.
Xenoglossophobia- Takut dengan bahasa asing.
Xenophobia- Takut dengan orang yang tak dikenali atau orang luar.
Xerophobia- Takut dengan kekeringan.
Xylophobia- 1) Takut dengan benda kayu-kayuan. 2) Hutan.
Xyrophobia- Takut dengan pisau cukur.

Ymophobia - Takut dengan perkara yang bertentangan atau kontra.

Zelophobia- Takut dengan perasaan cemburu.
Zeusophobia- Takut dengan Tuhan atau dewa.
Zemmiphobia- Takut dengan tikus tanah.
Zoophobia- Takut dengan binatang.


































Tuesday, May 31, 2011

salam kembali

Posted by Ija at 3:54 PM 0 comments


lama gile tak post ape2 kat sini bz sgt dgn keja br ni
cm2 dh ku lalui sejak keja baru ni
kdg2 hapi kdg ssedey pon ade
sakit ati lagi byk hahha'
but sy enjoy keja kat sini















Friday, March 18, 2011

Di Sebalik Tidur Anda

Posted by Ija at 3:45 PM 0 comments
1. Tidur telentang dengan kedua-dua telapak tangan diletakkan di belakang kepalaKamu adalah individu yang sangat pintar dan sentiasa bersemangat untuk belajar. Kadangkala kamu sering memberikan idea yang bernas dan unik yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh individu lain. Keluarga adalah agenda utama dalam hidup mu dan kamu menjaga keluarga mu sebaik mungkin! Tetapi kamu sukar untuk bercinta mungkin disebabkan diri mu yang agak memilih.

2. Selubung seluruh badan dengan selimut Kamu sering berpenampilan macho di hadapan orang ramai namun hakikatnya jauh di dalam diri kamu itu, kamu adalah individu yang pemalu dan lemah. Kamu terlalu menyimpan rasa dan sekiranya kamu berhadapan dengan sesuatu masalah, kamu lebih gemar emendamnya dan menghadapinya secara bersendirian tanpa meminta bantuan orang lain. Tidak hairanlah mengapa kamu sering meracau sewaktu dalam tidurmu.

3. Tidur dengan kedua-dua tangan diletakkan di belakang kepada dan kaki bersilang Sesiapa yang tidur dengan gaya kaki bersilang dianggap terlalu mementingkan perasaannya sendiri dan sukar untuk menerima perubahan dalam diri. Kamu lebih gemar bersendiri walau bagaimanapun sikap toleransi yang yang ada dalam diri kamu memang dipuji.

4. Tidur meringkuk Kamu berasa keseorangan dan kecewa kerana masa silam sering menghantui diri kamu. Kamu sering teragak-agak dan berbelah bagi untuk memberi cinta kepada pasangan mu. Kamu beranggapan cinta telah lama hilang dalam hidupmu.

5. Tidur mengiring dan meringkuk Pentingkan diri sendiri, cemburu dan pendendam adalah antara perkataan yang mampu menjelaskan personaliti mu. Individu yang berada di sekeliling mu harus sentiasa berhati-hati supaya tidak menyakiti diri mu kerana kamu dengan mudah akan meradang terhadap individu berkenaan.

6. Tidur mengiring dengan salah satu kaki dibengkokkan Kamu adalah individu yang cerewet dan selalu mengkritik dan merungut. �Si gemuruh� itu adalah nama kedua untuk diri mu. Selain itu kamu juga mudah bosan dan kadangkala terlebih ghairah untuk sesuatu perkara yang kecil/kurang penting. Hakikatnya, kehidupan bukanlah sesuatu yang sukar sebaliknya kamu harus belajar uuntuk lebih bertenang.

7. Tidur mengiring dengan beralaskan lengan tangan di kepala Berbeza dari individu yang tidur dengan gaya tidur mengiring dan meringkuk tadi. Kamu adalah individu yang berani, bersopan santun, lebih jujur dan penyayang. Walau bagaimanapun, tiada manusia yang sempurna 100% di dunia ini. Justeru, kamu perlu membina keyakinan diri yang lebih utuh di dalam diri dan sentiasa belajar menerima kesilapan dan kekurangan yang ada dalam diri kamu itu. Sekiranya kamu mempraktikkan semua ini, kegembiraan akan menjadi milik mu yang abadi.

8. Tidur meringkuk di satu arah Gaya tidur sebegini melambangkan kamu adalah individu yang yakin pada diri sendiri. Kamu akan mellihat kejayaan dalam setiap perkara yang kamu lakukan. Kamu akan berusaha untuk merealisasikannya sebaik mungkin. Individu yang tidur mengiring pada arah kanannya dengan meletakkan tangan kanannya di kepala, dikatakan memiliki masa depan yang cerah.

9. Tidur telentang dengan tangan dan kaki sedikit mendepa Gaya tidur sebegini memperlihatkan identiti diri mu yang sebenar. Kamu cintakan kebebasan, keselesaan dan kecantikan. Selain itu kamu juga adalah tergolong dalam kategori pemboros namun kamu beruntung kerana pendapatan yang kamu miliki tidak kurang hebatnya. Sikap penyibuk dan gemar bergosip juga ada dalam diri kamu... jadi, siapa pula yang kamu maksudkan dalam cerita rekaan mu baru-baru ini?

10. Tidur meniarap Sekiranya kamu tidur dengan gaya meniarap sepanjang malam, kamu adalah individu yang berfikiran agak sempit. Fikiran kamu terlalu tertumpu dan sering memaksa individu lain untuk memenuhi impian diri kamu sendiri. Kamu juga adalah individu yang lalai dan tidak teratur! Jadi, sudah tiba masanya untuk kamu berubah... apa kata kamu ubah gaya tidur mu itu dulu

Jom Chat

Large Ads

 

★~RainBow LanD~☆ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review