Wednesday, August 31, 2011

Tips Pemilihan dan Penjagaan Tudung

Posted by Ija at 11:39 PM
Pilih tudung daripada jenis kain yang sesuai dan selesa.

1. Pastikan saiz tudung sesuai dengan bentuk muka.

2. Jika menggunakan kain yang tidak licin, tidak perlu guna anak tudung. Ini akan memberikan keselesaan kepada pemakai.

3. Antara kain yang sesuai untuk dijadikan tudung ialah kain bawal, cita campuran, viscose, sutera dan sifon.

4. Jika menggunakan cekak untuk menggantikan anak tudung, guna cekak yang nipis dan leper.

5. Pastikan anak tudung tidak dipamerkan sama dengan tudung. Penampilan akan lebih awet muda jika anak tudung tersorok.

6. Jika guna tudung bercorak, pastikan coraknya samar-samar.

7. Pilihlah susunan corak yang tidak terlalu tertumpu di sekeliling wajah.

8. Untuk tudung yang mempunyai kaki di sekelilingnya, pastikan kaki hanya tertumpu di bahagian hujung. Pastikan kawasan kepala bebas daripada sebarang corak.

9. Gunakan kain polos yang berhias kerawang atau jemeki secara berselerak atau tertumpu di kaki tudung saja jika menghadiri majlis rasmi atau tidak rasmi.

10. Jangan guna corak abstrak yang kontras dengan budaya Islam seperti kepala buah catur atau unsur binatang seperti harimau atau kuda belang. Unsur ini dianggap kurang sesuai dan tidak sopan.

11. Jika memilih corak bunga (seperti yang biasa terdapat pada tudung Turki) jangan campur adukkan dengan baju yang bercorak bunga jenis kontras.

12. Jangan pakai tudung yang sedondon dari segi warna dan corak dengan baju. Ia tidak menarik.

13. Pilihan tudung yang tepat adalah dengan memilih warna tanah pada baju untuk dijadikan warna tudung. Jika warna baju cerah, pilih warna tanah tudung yang lembut daripada kategori yang sama. Jika warna tanah baju gelap atau suram, pilih warna paling lembut yang terdapat pada baju.


PANDUAN PENJAGAAN TUDUNG

1. Sebaiknya cuci tudung dengan tangan menggunakan bahan pencuci yang lembuat, diikuti penggunaan bahan pelembut.

2. Ketika mencuci jangan campurkan tudung dengan pakaian lain.

3. Jangan jemur di tempat terlalu panas, cukup sekadar menganginkan di tempat teduh.

4. Sebaiknya gantung tudung apabila menyimpannya.

5. Elakkan memakai tudung ketika rambut masih basah


Fabrik adalah satu faktor penting apabila memilih tudung. Pilihan kain voile(bawal) adalah bertepatan kerana :

1. Terletak cantik di atas kepala serta memberi keseimbangan.

2. Ia melekap pada rambut.

3. Mengalir angin keluar masuk ke kepala.

4. Menyerap peluh.

5. Memang selesa dipakai untuk jangka waktu yang panjang.

6. Baik untuk kesihatan rambut.

7. Bersesuian dengan cuaca yang panas.















0 comments:

Post a Comment

Jom Chat

Large Ads

 

★~RainBow LanD~☆ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review