Sunday, June 28, 2009

Bagaimana Menantu Lelaki Mengambil Hati Mentua

Posted by Ija at 10:12 PM
Sebagai menantu lelaki, anda mungin menghadapi masalah tentang bagaimana untuk menyesuaikan diri dengan ibu mentua. Mungkin anda malu atau mungkin anda tidak tahu bagaimana untuk mulakan hubungan tersebut. Isteri anda boleh membantu anda.

Salah satu langkah yang boleh dilakukan ialah dengan meluangkan waktu untuk lebih sering mengunjungi ibu mentua (jika tidak tinggal serumah) atau lebih sering memperhatikan ibu mentua (jika tinggal serumah). Ini boleh dilakukan bersama isteri anda atau tidak.

Anda dinasihatkan untuk lebih mengalah. Ibu mentua umumnya sudah berusia lanjut. Mereka lebih sering menggunakan emosi daripada logikal. Ibu mentua akan gembira jika anda kelihatan ada kemahuan untuk "menaunginya" dan kelihatan bahawa anda mahu "berkongsi kasih" dengannya selain anak perempuannya.

Kembangkan hubungan anda dengan mentua perempuan. Ini boleh dilakukan misalnya dengan mengajaknya berbincang-​bincang tentang hal yang diminatinya, lebih sering mengunjunginya,​ mengajaknya berjalan-jalan dan belajar untuk melayannya seperti ibu kandung anda sendiri. Hal ini dapat membuatkan ibu mentua anda berasa bahawa anda memang memperhatikanny​a sebagai individu yang dihargai dan diperlukan.

Libatkan mentua perempuan anda dalam setiap aktiviti yang anda lakukan jika perlu. Misalnya, anda boleh memintanya tolong menemani anda dan anak anda berjumpa doktor atau pergi berbelanja bersama.

Fokuskan perhatian anda terhadap hal-hal yang baik yang ada dalam dirinya dan cuba untuk menghindari pemikiran negatif mengenai dirinya. Misalnya anda tahu dia adalah 'tukang masak' yang hebat. Anda boleh melihat dari sudut positifnya, misalnya anda dapat belajar masak walaupun anda seorang menantu lelaki. Mungkin anda dapat menyediakan makanan yang lazat ketika isteri berpantang dari bersalin. Secara tidak langsung anda telah meringankan beban ibu mentua yang terpaksa menjaga isteri anda yang sedang berpantang.

Jangan mengkritik ibu mentua di depan isteri anda. Walau macam mana pun perangai ibu mentua, dia tetap ibu kandung isteri anda. Ingatlah pertalian darah tidak akan hilang sampai bila-bilapun. Kata-kata negatif mengenai ibu kandungnya hanya akan membuat isteri anda defensif dan semakin menjauh dari anda. Empati dengannya.

Walaupun ibu mentua bukan sahabat anda tetapi cubalah selami bahawa dengan masuknya anda ke dalam kehidupan isteri anda telah "memisahkan" dia dengan anak yang dicintainya. Cuba bayangkan anda menjadi dia, tiba-tiba anak perempuan anda meninggalkan diri anda.


Selalulah bersabar dan berdoa. Jangan anggap ibu mentua anda tidak suka kepada anda. Kaji tentang diri anda sendiri. Mungkin selama ini ada sikap anda yang memang membuat ibu mentua tidak berkenan walaupun bukan bererti anda harus mengubah keperibadian anda. Ingat, jika anda dapat bersabar, selalu memberi perhatian dan sikap positif terhadap ibu mentua, lama-kelamaan ibu mentua pun akan lembut hatinya.

Ingatlah, jika perilaku negatif dibalas negatif maka seringkali hasilnya tidak menggembirakan.​ Memang kebanyakan lelaki tidak pandai menyesuaikan diri dengan ibu mentua. Yang sering terjadi mereka lalu menghindarkan diri sejauh-jauhnya dari ibu mentua yang dianggap merumitkan suasana.

Istilah "mengambil hati mentua" itu ternyata ada benarnya juga. Fikirkan juga suatu hari nanti isteri anda akan menjadi seorang ibu mentua apabila anak anda kebetulannya perempuan. Fikirkan bagaimana nasib isteri anda nanti.

Hidup akan semakin mudah jika dari awal anda telah menetapkan batasan-​batasan yang tegas antara isteri anda dan ibu kandungnya. Misalnya, tidak membiasakan ibu kandungnya untuk mengurus segala keperluannya atau meminta ibu kandungnya untuk mengatur kewangan anda berdua.

Jika kelakuan ibu mentua sudah melebihi batasnya, misalnya sudah terlalu ikut campur urusan rumah tangga anda atau sudah keterlaluan, maka kini saatnya anda minta isteri anda untuk "menegur" ibu kandungnya. Tentu sahaja dengan kata-kata yang sesuai. Kalau anaknya sendiri yang menegur, tentu si ibu mentua akan cepat memaafkan dan melupakannya. Lain halnya jika anda yang mengatakannya sendiri kepada ibu mentua. Kemungkinan hubungan anda dengan dia akan menjadi suram dan kata-kata anda itu mungkin tidak dapat dilupakan.

Jika pertengkaran antara ibu mentua dan menantu perempuannya tidak dapat dihindari, suami sebaiknya menjadi orang tengah yang adil. Katakan yang benar adalah benar dan yang salah adalah salah. Selalulah mengambil hati ibu mentua anda. Mungkin dengan membelikan ole-ole setiap kali anda bertugas di luar daerah. Misalnya, anda membelikan kain batik yang kualitiya sama dengan apa yang anda belikan untuk isteri anda. Lihatlah reaksi di wajahnya. Selamat mencuba
.

0 comments:

Post a Comment

Jom Chat

Large Ads

 

★~RainBow LanD~☆ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review