Daisypath Valentines tickers

Monday, November 30, 2009

19 hadis rasulullah tentang wanita

Posted by Ija at 12:03 AM
1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki keranasifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketikaditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebihpenyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".


2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalamrahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allahmencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskandarinya 1,000 kejahatan.



3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendakbersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad padajalan Allah.



4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.



5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagiibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.


6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memeliharaanaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.



7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya,darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkanAllah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.



8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar) ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanyaseperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anaklelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olahdia memerdekakan anak Nabi Ismail.



9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusanagama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).



10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasabulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya,masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.



11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.


12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah,siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah,"Suaminya"."Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah,"Ibunya".



13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu,maka jawablah panggilan ibumu dahulu.


14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan dilaut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semuaberistighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.



15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akantertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.



16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.


17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akantinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.



18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudaraperempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka danmendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.


19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka merekaakan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

0 comments:

Post a Comment

Jom Chat

Large Ads

 

★~RainBow LanD~☆ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review