Daisypath Valentines tickers

Friday, September 25, 2009

SYARAT-SYARAT DOA DIMAKBULKAN… Insya-Allah

Posted by Ija at 8:13 PM
SYARAT-SYARAT DOA DIMAKBULKAN… Insya-Allah



Doa yang diminta oleh seseorang insan kepada ALLAH SWT hanya akan dimakbulkan samada secara segera atau bertangguh dengan berdasarkan syarat tertentu, antaranya yang utama ialah :


1. Menjauhi perkara mungkar dan maksiat ketika berdoa.


2. Menepati adab-adab serta rukun-rukun berdoa.



3. Melakukan kebajikan sebelum dan selepas berdoa.



4. Menyakini kepada ALLAH SWT bahawa setiap doa akan diperkenankan olehALLAh samada secara segera atau bertangguh. (ALLAH SWT itu Maha Adil)



5. Berdoa bukan untuk tujuan maksiat atau untuk melakukan penderhakaan kepadaALLAh.



6. Bukan berdoa terhadap perkara yang mustahil diperolehi.



7. Hendaklah sentiasa melaksanakan segala tuntutan dan suruhan ALLAH SWT.


8. Sentiasa menjauhi segala maksiat atau tegahan ALLAH SWT.



9. Meyakini kekuasaan serta berdoa penuh ikhlas kepada ALLAH SWT.



10. Berusaha serta berikhtiar selaras dengan apa yang disoakan,misalnya: seseorang yang memohon supaya dilapangkan rezeki mestilahberusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal semampu mungkin dan berdoaserta bertawakal tanpa rasa putus asa.


11. Permohonan itu hendaklah dihadapkan dan dituntut daripada ALLAH SWTsemata-mata.



12. Berdoa kearah melakukan kebajikan dan mencegah kemungkaran

0 comments:

Post a Comment

Jom Chat

Large Ads

 

★~RainBow LanD~☆ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review