Friday, September 25, 2009

Petua menghindar serangan sakit jantung.

Posted by Ija at 7:54 PM
Kacang walnut kaya dengan vitamin B6 yang penting untuk pembentukan protein dalam tubuh badan, perseimbangan hormon dan fungsi-fungsi pelalian.Ia juga kaya dengan vitamin B1 yang juga dikenali sebagai thiamine dan juga asid folic yang penting untuk menguatkan daya ingatan dan konsentrasi. Ia merupakan sumber makanan yang kaya dengan mangan yang penting untuk menguatkan saraf.


Kandungan kalorinya lebih rendah daripada yang terdapat pada kacang pecan atau kacang macadamia. Kandungan lemaknya pula lebih rendah daripada yang terdapat pada kacang Brazil, tetapi kandungan proteinnya dua kali lebih tinggi.



Amalan memakan walnut enam kali seminggu boleh mengurangkan risiko diserang sakit jantung, sekali gus memanjangkan usia. Rahsianya? kacang walnut mengandungi asid lemak mono tepu (monosaturated fatty acid) yang menurunkan paras kolesterol. Ia juga kaya dengan vitamin E, sejenis bahan antipengoksida yang melindungi jantung, sekali gus menghidarkan serangan sakit jantung.



Pada zaman dahulu, kacang walnut digunakan dalam perubatan tradisional oleh orang-orang Inggeris untuk mengubati kudis atau kulit yang melecet. Kaedahnya ialah dengan menumbuk kacang walnut hingga lumat kemudian campur dengan sedikit mentega lalu disapu ke bahagian yang berkudis sebanyak dua kali sehari. Lakukan selama empat hari dan kudisnya akan sembuh.

0 comments:

Post a Comment

Jom Chat

Large Ads

 

★~RainBow LanD~☆ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review