Daisypath Valentines tickers

Friday, September 25, 2009

Petua untuk menjaga kesihatan gigi.

Posted by Ija at 7:57 PM
Buah kiwi baik dimakan untuk menjaga kesihatan gusi dan gigi. Kandungan vitamin C yang tinggi dalam buah kiwi membantu mengurangkan karang gigi. Amalan memakannya pada setiap hari boleh mengatasi masalah gusi berdarah serta menguatkan gigi.



Buah kiwi lazat dimakan segar atau dibuat jus dan diminum pjada waktu pagi untuk meningkatkan kawalan dos asid absorbic. Ia boleh dibuat salad buah-buahan bersama-sama anggur, oren dan epal sesuai untuk mereka yang sedang berusaha menurunkan berat badan.



Ia tidak mengandungi.. lemak atau natrium. Kandungan kalorinya lebih rendah daripada yang terdapat pada buah tangerin, sejenis buah limau dan membekalkan vitamin C sebanyak 120 peratus daripada keperluan harian.Buah kiwi yang berbulu halus di bahagian kulit, berisi lembut berwarna hijau muda dan berbiji hitam juga membekalkan serat empat kali lebih tinggi daripada yang terdapat pada limau gedang (grapefruit) dan berkesan untuk mengawal selera makan serta melancarkan proses pembuangan air besar dan kecil.


Bagi mereka yang mengalami masalah kardiovaskular atau jantung, buah kiwi merupakan pencuci mulut paling sesuai untuk diamalkan sewaktu sarapan atau selepas makan tengah hari atau malam.


Secawan buah kiwi boleh membekalkan magnesium, kalium dan serat secukupnya untuk menurunkan paras kolesterol, memulihkan tekanan darah serta menguatkan saluran darah. Kandungan magnesium dalam buah kiwi juga penting untuk pembinaan dan pertumbuhan tubuh badan.



Ini merupakan tips kesihatan yang sangat baik untuk diamalkan. Diharapkan anda sentiasa mengamalkan cara pemakanan yang baik iaitu dengan memakan banyak buah-buahan dan juga sayur-sayuran. Jika susah sangat nak cari buah kiwi, makan ajelah buah-buahan tempatan yang tak kurang khasiat dan rasanya. Yang penting buah-buahan yang hendak dimakan mestilah dibasuh sebersih-bersihnya sebab kebanyakanbuah-buahan yang berada dipasaran sekarang sudah disemburkan dengan bahan kimia (racun serangga perosak). Ini ada satu petua iaitu cara untuk membasuh buah-buahan dengan lebih bersih yang saya jumpa di internet, iaitu merendamkan buah-buahan yang hendak dimakan di dalam air bancuhan ubat gigi sebelum dibasuh dengan air yang bersih.

0 comments:

Post a Comment

Jom Chat

Large Ads

 

★~RainBow LanD~☆ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review