Daisypath Valentines tickers

Saturday, November 13, 2010

Terburu-buru adalah sifat syaitan

Posted by Ija at 5:44 PM
Rasulullah S.a.w. bersabda: "Gopoh-gapah itu dari amalan syaitan dan sifat tenang itu adalah dari Allah Taala" Riwayat Abu Ya'la dan Al-Baihaqi daripada Anas r.a.. Sanadnya hasan



Daripada Sahl Bin Sa'ad RA, Rasulullah S.a.w bersabda : " Gopoh-gapah itu merupakan sifat syaitan." Hadith Riwayat Tirmizi



Rasulullah S.a.w bersabda yang bermaksud : " Sesungguhnya sesiapa yang memiliki dua sifat, nescaya dikasihi oleh ALLAH iaitu lemah lembut dan tenang." Hadith Riwayat Muslim.



Sifat terburu-buru yang tidak elok ialah apabila ianya mengundang kesusahan dan keburukan kepada diri sendiri dan orang lain. Biasanya ia disebabkan oleh sifat tidak sabar, emosi, lekas marah, malas, tamak dan seumpamanya.



Firman Allah S.w.t yang bermaksud, "Manusia telah dijadikan (bertabiat) tergesa-gesa. Kelak akan Aku perlihatkan kepadamu tanda-tanda (azab)-Ku. Maka janganlah kamu minta kepada-Ku mendatangkannya dengan segera." Surah Al Anbiyaa' : Ayat 37



Walaubagaimana pun, bersikap tenang tidak semestinya sehingga menjadi terlalu lambat dan lembab dalam membuat sesuatu. Tetapi kadar pertengahan itu adalah yang terbaik, sesuai dengan hadith nabi yang bermaksud , "Sebaik-baik perkara adalah pertengahannya". Hadith Riwayat AlBaihaqi



Maka untuk mencari ukuran terbaik bagaimana sifat yang harus kita contohi, sudah tentulah ada pada diri Nabi Muhammad S.a.w. dan para sahabatnya. Firman Allah S.w.t yang bermaksud , "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu (Iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah." Surah Al Ahzaab : Ayat 21





Wallahu a'lam :)





0 comments:

Post a Comment

Jom Chat

Large Ads

 

★~RainBow LanD~☆ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review