Daisypath Valentines tickers

Wednesday, October 20, 2010

Sape Frust Bercinta Tu,mai Lah Masuk Sini Kejap!

Posted by Ija at 10:44 PM
1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk
sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah
diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri
mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan
mudah dingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran
walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah
selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan
sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada
sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal
ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat
sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai
solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan
mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan
daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti
kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara
berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah
malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan
iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang
benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak
akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka
kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya
kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan
ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa
bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah
bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi
sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah
di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang
cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan
aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan.
Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa
keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan
kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah
satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan
tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak
terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang
lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8) Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat
diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati
kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam
hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah
individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak
menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa
gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah
yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah
satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita
mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk
melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu
bekerja.Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan
mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita
mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih
ceria.

10) Cintai diri sendiri
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas
daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu
mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang
selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan
dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita
dengan ceria dan penuh dengan senyuman.












0 comments:

Post a Comment

Jom Chat

Large Ads

 

★~RainBow LanD~☆ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review