Daisypath Valentines tickers

Saturday, December 5, 2009

Rahsia Tapak Tangan Lelaki

Posted by Ija at 10:51 PM
Rahsia tapak tangan lelaki ini adalah di ambil dari sebuah artikel yang memberi ulasan dari buku Read His Hands, Know His Heart dari nukilan Marion Gale.meh kite view same2



Earth Hand (Tangan Bumi)
Lelaki ini mempunyai telapak tangan dengan bahagian tengahnya berbentuk bujur dengan ukuran jari-jemarinya yang pendek. Ia mempunyai pemikiran yang tinggi dan kestabilan dalam hidup. Ia juga merupakan seorang lelaki yang gemar memasak dan bijak menyediakan sesuatu hidangan.


Water Hand (Tangan Air)
Berbentuk segi panjang, dengan saiz jarinya berukuran panjang. Lelaki ini adalah seorang yang baik hati, sabar dan gemar menelaah bahan-bahan bacaan. Ia juga di gelar sebagai ulat buku dan mempunyai keperibadian yang tenang.



Air Hand (Tangan Udara)
Telapak tangan berbentuk bujur tetapi dengan jari-jari tangan yang panjang. Ia mudah mempelajari hal-hal yang baru dan berwawasan dengan melakukan aktiviti mengembara ke kota atau negara lain. Lelaki ini sangat teratur dalam setiap perjalanan hidupnya.



Fire Hand (Tangan Api)
Segi panjang dengan jari-jari tangannya pendek, lelaki ini cepat berasa gelisah apabila duduk dalam suatu jangka masa yang lama. Ia mempunyai keperibadian tinggi dan seorang yang mudah bergaul. Tidak hairanlah ia mempunyai ramai teman yang begitu mengambil berat tentangnya.


Apa yang diberitahu adalah hasil kajian yang telah di buat oleh pakar palmistry (membaca garis tangan) dan juga penulis buku ini. Oleh yang demikian tidaklah semestinya setiap kajian itu benar-benar menepati apa yang di katakan. Ia adalah hasil kajian untuk perkongsian sahaja.

0 comments:

Post a Comment

Jom Chat

Large Ads

 

★~RainBow LanD~☆ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review