Daisypath Valentines tickers

Thursday, February 4, 2010

adu kena tag dgn kiasu lah.......

Posted by Ija at 10:29 PM 0 comments
1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
-kira keluarga aku
-diri aku..hehehe
-brg2 kepunyaan ku(awas kalau kacau hak peribadi aku)

2. Apakah benda terakir yang kamu beli dengan wang kamu sendiri?
last yg aku beli td lah..beli kan peparaz lolipop..so cute baby tu


3. Dimanakah tempat impian perkahwinan kamu?
aku nak buat konsep garden ..so sweat..tp hentah kawen ke tak ??????


4. Berapa lama hubungan kamu berkekalan?
-kalau cinta paling lama sethn lebey
-kalau persahabatan hentah ye..kdg2 bertahun2, ade gak kejap aje


5. Adakah anda sedang dilamun cinta?
tak pon....mls nak pikir cinta2 ni


6. Dimanakah restoran terakhir kamu makan malam?
rasanya br tau aku mkn mlm ..kat dapor umah ku


7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
tak ingat lah ..byk sgt lor


8. Apakah nama penuh kamu?
biar lah rahsia..namaku..bab mahal sgt nak bg tau


9. Kamu lebih senang dengan ayah atau mak?
hentah susah nak ckp


10. namakan seorag yg ingin kamu jumpa dalam hidup kamu buat pertama kalinya?
bakal laki ko..malunya


11. Sebutkan 8 nama sahabat yang paling rapat dengan kamu
-mesti lah adk aku..fara(dah cm sahabat lak)
-pasha
-mien(walaupon dah jauh)
-ayu
selebynya biar lah rahsia


18. 8 buah buku yang paling baru di baca?

byk dah tak ingat..yg penting novel...

19. 8 lagu yang sayan boleh dengar berulang kali?
-cinta tak perlu syarat
-menyesal
-lagu iklim
-hati yg kau sakiti
-lagu2 layan jiwa.(byk nak kena ingat)
-separuh jiwa ku pergi
-coba lah utk setia
-coba
-
-


Fares - Albi Nadak (PurPLe V)

Posted by Ija at 10:21 PM 0 comments
cute lah lagu ni kan ni kawan chat bagi kat aku...dia kata khas buat ke..biar lah aku rahsia kan nama dia

ERTI PERSAHABATAN.....

Posted by Ija at 2:15 AM 0 comments

Mengenali seseorang itu .....

Kadangkala membuat kita tertawa...

Dan kadangkala membuat kita mengalirkan airmata...

Mengenali seseorang itu juga mampu memberi kita sejuta rasa marah...

sejuta rasa sedih...

sejuta rasa gembira...

sejuta rasa sayang...

dan sejuta rasa rindu...


Sedarilah mengenali seseorang itu sebenarnya satu anugerah , biarpun hadirnya

hanya seketika dan sekadar teman sementara...

bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali melaluinya....

Kita mengerti apa itu ........

ERTI PERSAHABATAN.....

p/s susah nak dpt kwn cm ni kan

Tuesday, February 2, 2010

kEnApA sIkAp LeLaKi dInGiN SeLePaS mEmIlIkI cInTa

Posted by Ija at 11:44 PM 0 comments

Ini hakikat, orang lelaki tidak merasakan sesuatu yang sangat perlu untuk berbual-bual dengan isteri mereka berbanding orang perempuan terhadap suami mereka.

Seorang isteri berkata, “Kenapa suami saya tidak macam dulu, suka bercakap-cakap, ‘loving’, ‘caring’…. bila dah kahwin, dia berubah, tak banyak cakap. Saya bercakap pun dia tak berapa nak dengar…tapi dia banyak ‘ modal’ bila bersama kawan-kawannya”.

Mengapa begitu?…Sebab…suaminya seorang lelaki!. Orang lelaki pandai berbual-bual dan rajin mendengar di masa bujangnya (masa bercinta) atau di masa awal perkahwinan (ini kes yang tidak berpeluang untuk berkenalan apatah lagi bercinta!) kerana banyak sebab.

Tujuan utama mereka ialah untuk mendapatkan ‘good impression’. Mereka nak yakinkan bahawa mereka budak baik, berakal, hebat, seronok didamping dan boleh diharap. Mereka berusaha untuk mengenali dan memenangi hati pasangan mereka. Mereka harus tahu bagaimana perasaan, kecenderungan, kesukaan dan apa yang tidak disukai oleh pasangan mereka supaya dapat membuktikan cinta dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi. Untuk itu, jadilah mereka pemuda peramah yang berkemahiran mendengar.

Mengapa lelaki berubah setelah berkahwin?.. .. Sebab… mereka rasa “the ‘job’ is done!”


Mengapa suami tidak berbual-bual dengan isteri sebagaimana mereka boleh berbual-bual dengan orang lain?…

Ada 2 sebab;


- suami itu lelaki
- isteri itu perempuan


SUAMI ITU LELAKI

- Nilaian lelaki lebih kepada kuasa, kepakaran,keberkesa nan dan pencapaian.
- Mereka beri tumpuan kepada benda/objek dan barang demi untuk mencapai
kejayaan dan matlamat yang ingin dicapai. Mereka baca suratkhabar dan jurnal. Mereka dengar berita, sukan dan pasaran saham. Mereka bercakap tentang kereta, komputer, teknologi, matawang, pasaran saham,perniagaan, pemimpin, perang, politik dan perkembangan dunia.



ISTERI ITU PEREMPUAN

- Tumpuan perempuan berkisar pada manusia dan perasaan. Mereka menghargai cinta, pertalian, perhubungan dan keindahan. Mereka baca novel dan buku-buku psiikologi. Mereka suka menonton filem romantik dan menatap majalah hiburan. Mereka bercakap tentang diri, keluarga, perasaan,perhiasan, fesyen dan kecantikan.

Mengapa isteri mahu suami berbual-bual dengannya sebagaimana suaminya boleh berbual-bual satu ketika dulu?.. Sebab… isteri itu seorang perempuan!

Orang perempuan suka bercakap dan bercakap-cakap perlu bagi mereka. Mereka seronok bila ada orang melayan percakapan mereka. Bila tertekan, bercakap-cakap boleh melegakan mereka. Mencurahkan masalah pada orang lain dapat menghilangkan kerungsingan. Sebab itu tidak hairanlah orang perempuan boleh ‘bersembang’ atau ‘bergayut’ pada telefon berjam-jam lamanya.

Orang perempuan mahukan ‘good listener’ bukan ‘problem solver’. Mereka mahu bersama seseorang, yang pada pendapat mereka sangat mengambil berat ‘tentang’ dan ‘untuk’ diri mereka. Fokus mereka lebih kepada kejadian-kejadian sehariannya, orang-orang yang mereka temui dan yang penting -’apa perasaan mereka terhadap orng-orang yang mereka temui itu’.


Mereka nakkan ‘verbal attention’ yang boleh membuatkan mereka rasa di kasihi. Bagi mereka, selagi ‘penumpuan’ dan ‘perhubungan’ini dijalin, selagi itulah ikatan dan kasih sayang dapat di jamin.

Perkahwinan sebenarnya menyatutemukan hakikat seorang lelaki dengan hakikat seorang perempuan. Perbezaan sikap, minat dan kecenderungan tidak boleh menjadi alasan untuk tidak berkomukasi dengan baik antara suami dan isteri. Perhubungan yang baik menjamin kebahagiaan dan tercapainya matlamat perkahwinan tersebut. Bila komunikasi antara suami dan isteri tidak berkesan, ‘perbualan sihat’ tidak wujud.




BAYANGKAN bila…


- suami isteri tidak berbual-bual
- suami atau isteri tidak ‘respond’ dengan baik bila salah seorang berkata-kata
- suami gagal menjadi pendengar yang baik
- suami tidak memberi peluang kepada isteri untuk mengadu
- suami isteri membiarkan halangan-halangan perbualan berada di antara mereka
- suami ‘diam’ di rumah tapi ‘bising’ di luar ada faktor penghalang kepada perbualan yang sihat


maka BERKEMUNGKINAN

- ‘tabung cinta’ suami isteri akan ‘bocor’
- isteri takut pada suami (takut yang tidak kena pada tempatnya)
- isteri mengadu pada orang lain dalam hal peribadi dan rumahtangganya- mencurah perasaan pada sesiapa yang sudi mendengar
- isteri bosan, kesunyian dan tertekan anak-anak jadi mangsa
- isteri tidak tahu apa yang suaminya ‘is up to’ dan suami tidak tahu apa yang isterinya ‘is trying to do’
- berlaku kemungkinan- kemungkinan yang memberikan kesan buruk pada perhubungan suami isteri dan rumahtangga.



Petua melembut hati manusia

Posted by Ija at 11:34 PM 0 comments
1. Tulis Surah Ali Imran ayat 200 dan surah Azzumar ayat 22 diatas mangkuk atau pinggan putih dgn menggunakan Tinta arab/kuma-kuma atau kumkuma atau air mawar yg tidak terlalu cair, kemudian tulisan itu dijirus/dipadamkan dengan air dingin yg sudah dimasak dan air dari jirusan ketas pinggan itu diberi minum kpd orang yg kita maksudkan itu, insyallah hatinya akan lembut,tidak suka mengamok dan pemarah lagi.


Ali Imran ayat 200:
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱصۡبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

Azzumar ayat 22:
أَفَمَن شَرَحَ ٱللَّهُ صَدۡرَهُ ۥ لِلۡإِسۡلَـٰمِ فَهُوَ عَلَىٰ نُورٍ۬ مِّن رَّبِّهِۦ‌ۚ فَوَيۡلٌ۬ لِّلۡقَـٰسِيَةِ قُلُوبُہُم مِّن ذِكۡرِ ٱللَّهِ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ فِى ضَلَـٰلٍ۬ مُّبِينٍ


Waktu yang sesuai menulis Wafaq.
HARI WAKTU
Ahad 11.00-12.00 tengah ari.
Isnin Malam hari selepas magrib hingga pukul 3 pagi.
Selasa Antara jam 11.00 hingga 3.00 petang
Rabu Pagi subuh,pukul 5.00 hingga 8.00 pagi
Khamis Tengahmalam pukul 2 hingga 3 malam.
Jumaat Lepas waktu zuhur jam 2 petang
Sabtu Pagi atau petang,pukul 5.00 hingga 6.00


Syarat menulis Wafaq.
1) Beruduk.
2) Menghadap qiblat.
3) Bersih suci,tempat pakaian dan alat tulis.
4) Tekun dan berhati-hati tidak sambil leka dan tidak boleh bercakap.
5) Ditulis dengan dakwat arab,lebih afdhal dengan air mawar,bleh juga dengan pena biasa atau bol pin hitam yang yakin sucinya.
6) Menulis sekali jalan
7) Setiap titik huruf mestilah jelas

70 Dosa-Dosa Besar

Posted by Ija at 11:32 PM 0 comments
1. Syirik (secara tak sedar pun ada...tapi dah selalu....jadi laa DOSA BESAR)
2. Membunuh Manusia
3. Sihir
4. Tinggal Sembahyang (yang selalu di lakukan)
5. Tidak Mengeluarkan Zakat
6. Tidak Berpuasa (yang selalu di lakukan)
7. Tidak Mengerjakan Haji Walaupun Berkemampuan
8. Derhaka Kepada Ibu Bapa (yang selalu di lakukan)
9. Memutuskan Silatulraham
10.Berzina (individu tertentu)
11.Homosex
12.Memakan Riba
13.Memakan Harta Anak Yatim
14.Mendustakan Allah S.W.T dan Rasul
15.Lari dari Medan Perang
16.Sombong (yang selalu di lakukan)
17.Saksi Palsu
18.Meminum Arak(individu tertentu)
19.Pemimpin Yang Penipu dan Kejam
20.Berjudi (yang selalu di lakukan-secara tak sengaja)
21.Menuduh orang baik melakukan Zina
22.Menipu harta rampasan Perang
23.Mencuri
24.Merompak
25.Sumpah Palsu (HOT)
26.Berlaku Zalim
27.Pemungut cukai yang Zalim
28.Makan dari kekayaan yang Haram (skim2)
29.Bunuh Diri
30.Berbohong (yang selalu di lakukan)
31.Hakim yang Tidak adil (HOT)
32.Rasuah (HOT)
33.Wanita yang menyerupai Lelaki (dah banyak)
34. Tidak Cemburu
35. Cina Buta
36.Tidak Suci Hadas kecil
37.RIAK Mempamerkan Diri (yang selalu di lakukan)
38.Ulamak Dunia (jahat)
39.Khianat (yang selalu di lakukan)
40.Mengungkit- Ungkit Pemberian
(yang selalu di lakukan)
41.Mangingkari Takdir
42.Mencari Kesalahan Orang lain (yang selalu di lakukan)
43.Menabur Fitnah (yang selalu di lakukan)
44.Mengutuk Umat Islam ( HARI-HARI)
45.Mengingkari Janji (individu tertentu)
46.Percaya Kepada Sihir dan Nujum
47.Derhaka kepada Suami (amalan isteri)
48.Gambar pada Baju (hari-hari)
49.Menamparkan pipi dan meratap jika terkena bala
50.Menggangu Orang lain (hari-hari)
51.Berbuat Zalim terhadap yg lemah
52.Menggangu Tetangga
53.Menyakiti dan Memaki Orang Islam (HOT)
54.Derhaka kepada Hamba Allah S.W.T dan menggangap dirinya baik
55.Melabuhkan Pakaian
56.Lelaki yang memakai Sutera dan Emas
57.Hamba Lari dari Tuan
58.Sembelihan Untuk Selain Dari Allah S.W.T
59.Menjadi Pak Sanggup (HOT)
60.Berdebat dan Bermusuh (HOT kat media)
61.Enggan Memberi Kelebihan Air
62.Mengurangkan Timbangan
63.Merasa Aman Dari Kemurkaan Allah S.W.T
64.Putus Asa Dari Rahmat Allah S.W.T
65.Meninggalkan Sembahyang Berjemaah (hari-hari)
66.Meninggalkan Sembahyang Jumaat (setengah individu jgn lebih 3 kali dah laa....idea&fatwa bodoh)
67.Menguragi Wasiat
68.Menipu (Hari-hari)
69.Mengintip Rahsia dan Membuka Rahsia Orang Lain
70.Mencela Nabi dan Sahabat

15 panduan lagi bagaimana isteri boleh memikat hati suami.

Posted by Ija at 11:18 PM 0 comments
- Jika marah, tunggu sehingga sejuk. Bila sudah sejuk, beritahulah suami apa yang menganggu fikiran secara sopan. Jangan salahkan suami.

- Apabila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya. Jika boleh, hentikan apa sahaja tugas yang sedang dilakukan.

- Bila memesan barang kepada suami ke kedai, senaraikan di atas kertas. Jangan biarkan suami ke kedai dua kali.

- Tanya suami bila dia mahu berehat atau tidur.

- Peluk suami dengan kasih sayang sebanyak tujuh kali sehari.

- Telefon suami di tempat kerja jika perkara itu penting. Telefon dengan kerap jika suami suka.

- Jika suami perlu menjauhkan diri sekali sekala, tanya bila dia akan pulang.

- Jangan ganggu suami jika asyik melakukan sesuatu.

- Apabila suami marah, jangan menjawab. Tunduk dan diam walaupun kita tidak salah. Terangkan keadaan sebenar apabila suami sudah tenang.

- Apabila meminta bantuan suami, terangkan kepada suami kerja rumah yang memerlukan bantuannya, pilih kerja yang suami suka dan jangan suka mengarah. Gunakan perkataan yang sesuai dan lemah lembut.

- Pesan kepada suami supaya menelefon ke rumah jika dia bertugas di luar. Jangan pula melenting jika dia terlupa berbuat demikian, beritahu dia yang anda cuma risau.

- Sentiasa kemas, anggun dan menggunakan wangian sebelum tidur bersama.

- Sokong pendapat suami walaupun kadangkala pendapatnya berbeza dengan orang lain.

- Bila keluar berkereta, jangan ganggu suami yang memandu. Jangan menunjuk-nunjuk jalan selagi suami tidak meminta berbuat demikian. Jangan berleter apabila suami tersalah jalan, bersangka baik apabila tersesat jalan.

- Peluk dan belai suami sekali sekala tanpa impian seksual.

Jom Chat

Large Ads

 

★~RainBow LanD~☆ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review