Friday, January 22, 2010

Jodoh perlu dicari atau biarkan ia hadir sendiri?

Posted by Ija at 8:49 PM
Dua pilihan kita :


1) Berusaha cari jodoh anda sendiri.
2) Tunggu je jodoh datang. (kata orang “Go with the flow”)


Mana yang lebih afdal buat anda ye?



1) Berusaha mencari pasangan
Digalakkan mencari yang terbaik untuk diri anda. Dalam Islam pun kita digalakkan berusaha dan berikhtiar dalam setiap perkara. Tak perlu terburu-buru (terdesak) untuk medapatkan Prince Charming anda. Bergaul baik dengan semua orang dan tambah kenalan baru. Hadiri majlis-majlis social seperti majlis kenduri kahwin saudara mara, teman-teman, majlis hari lahir, bertemu sahabat baik anda pada hujung minggu, join kelab atau persatuan tertentu seperti kelab kereta Proton atau Myvi, Rakan Muda dan Belia umpamanya. Juga melalui laman social seperti Myspace, Friendster, Facebook dan Twitter.



2) Tunggu je !
Ok kalau nak tunggu jodoh datang secara semulajadi. Tapi kalau tunggu punya tunggu, 5, 6 tahun un berlalu, umur anda pula semakin meningkat, hmm apa cerita ya?


Tak pun, yang ditunggu-tunggu Prince Charming tapi yang muncul pula tak menepati kriteria (kira bukan ‘taste’ anda la), bagaimana?


Kalau cepat Prince Charming anda muncul, alhamdulillah ! Tapi buatnya bertahun-tahun berlalu, tak nampak pun batang hidung si dia? Jawapannya, nak tak nak kena juga mula mencari lepas tu tapi anda dah ‘rugi’ beberapa tahun disebabkan proses wait and see tadi.



Kesimpulannya, anda boleh menjalani kehidupan anda seperti biasa namun pada masa yang sama mulakan ‘survey’ calon-calon yang berpotensi untuk menjadi pasangan hidup anda. ‘Berkawan biar beribu, berkasih biar satu’. Berkawan, berkawan juga tapi kalau dah jumpa yang sesuai tu, jangan tangguh-tangguh, ambil tindakan segera. Dikhuatiri nanti si dia disambar orang!

0 comments:

Post a Comment

Jom Chat

Large Ads

 

★~RainBow LanD~☆ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review