Monday, March 16, 2009

Cinta: Cinta Hadir Bila Kita Percaya

Posted by Ija at 3:34 AM
Cinta Hadir Bila Kita Percaya

Salah satu sebab mengapa ada sesetengah orang lambat menemui cinta adalah kerana timbul kesangsian di dalam hati mereka. Dek kesangsian itu, timbul rasa tidak yakin atau simply kekurangan jatidiri.

Cinta ada untuk setiap daripada kita. Bahkan, ia telah ditentukan siapa orangnya yang akan menjadi kekasih Anda, bila Anda akan jumpa, di mana Anda akan jumpa dan untuk apa dia ditemukan sebagai cinta hati Anda. Mesti ada hikmah di sebalik semua itu.


Jika Anda sedang mencari cinta atau tercari-cari makna cinta, sebenarnya ia dah ada di depan mata, cuma tak nampak kerana belum muncul di dunia nyata. Ia meminta Anda untuk percaya, barulah muncul di depan mata.

Kita menjadi apa yang kita fikirkan. Jika kita percaya dengan cinta kita boleh bahagia lalu berjaya, maka itulah yang akan jadi dalam hidup kita.


Ia akan terjadi sebaliknya jika fikiran kita memikirkan dengan cinta hanya akan ada duka dan sengsara. Cinta bagi kita adalah lambang pada keperitan, perpisahan dan penderitaan. Jika Anda percaya cinta rupanya begitu, maka itulah yang akan jadi dalam hidup Anda.


Cinta akan terbentuk mengikut persepi kita. Jika kita anggap cinta membahagiakan, maka jadi begitulah ia. Jika kita anggap cinta hanya akan membuat kita derita, tiap kali kita nak bercinta maka itulah yang akan jadi. Ia direalisasikan kerana ia dah menjadi kepercayaan kita.


Untuk nak cemerlang, nak berjaya dalam pelajaran, kerjaya juga perniagaan Anda, kena ubah apa yang Anda di fikiran, Bina minda, rasa bahagia kemudaian dengan sendirinya akan terbinanya stamina dalam Anda berusaha mencapai impian Anda.


0 comments:

Post a Comment

Jom Chat

Large Ads

 

★~RainBow LanD~☆ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review