Dengan itu Nabi SAW mengambil kesempatan itu dengan bertanya:"Wahai Iblis siapakah yang mengemukkan dan menyuburkan tubuhmu(iblis)."?
Iblis menjawab:"Ya Nabi Allah ,orang yang menyuburkan diriku dan menyenangkan hatiku ialah :-
1.Orang yang hasad dengki dan sesuai dengan sabdamu yang bermaksud:-
"Bermula hasad itu memakan akan kebajikan sebagaimana api membakar kayu yang kering."
2.Orang-orang yang tidak mempelajari hukum-hukum agama.
3..Perempuan dan wanita jahat yang tidak menjaga kehormatan diri."
Kesimpulannya,di akhir zaman ini ramai orang yang tidak menyedari bahawa mereka sentiasa menyuburkan iblis dengan melakukan perkara-perkara yang menyuburkan iblis. Apabila iblis menjadi subur maka semakin banyaklah iblis akan berkeliaran di muka bumi ini serta mula menguasai jiwa manusia,dan terhasillah ramai syaitan-syaitan yang bertopengkan manusia.
Manusia mampu menyuburkan iblis apabila mereka melakukan kerja-kerja yang dilarang keras oleh Islam,dan muncullah sikap hasad dengki ,kejahilan, pelacuran atau persundalan di mana terus menerus mengemuk dan menyuburkan iblis.Oleh itu hendaklah di HENTIKAN SAMA SEKALI perbuatan tersebut tanpa mengambil sikap tunggu dulu.
SAMA-SAMALAH KITA BERUSAHA MENJAUHI SIFAT HASAD DENGKI , DISAMPING BERUSAHA MEMPERTINGKATKAN ILMU SERTA LEBIH PRIHATIN MENGHAPUSKAN KEMUNGKARAN DI MUKA BUMI INI .
0 comments:
Post a Comment