Daisypath Valentines tickers

Wednesday, October 20, 2010

Sape Frust Bercinta Tu,mai Lah Masuk Sini Kejap!

Posted by Ija at 10:44 PM 0 comments
1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk
sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah
diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri
mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan
mudah dingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran
walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah
selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan
sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada
sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal
ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat
sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai
solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan
mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan
daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti
kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara
berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah
malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan
iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang
benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak
akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka
kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya
kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan
ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa
bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah
bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi
sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah
di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang
cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan
aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan.
Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa
keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan
kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah
satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan
tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak
terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang
lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8) Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat
diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati
kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam
hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah
individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak
menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa
gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah
yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah
satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita
mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk
melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu
bekerja.Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan
mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita
mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih
ceria.

10) Cintai diri sendiri
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas
daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu
mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang
selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan
dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita
dengan ceria dan penuh dengan senyuman.












PERNAHKAH anda menangis?

Posted by Ija at 10:36 PM 0 comments

Jika menangis, apakah punca dan sebabnya?


Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri.

Allah yang menciptakan ketawa dan tangis, malah menciptakan sebab tercetusnya tangisan.

Banyak air mata mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi.

Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti! Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini.

Menurut Ibnul Qayyim ada beberapa jenis tangisan antaranya ialah:









# Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.


# Menangis kerana rasa takut.


# Menangis kerana cinta.


# Menangis kerana gembira.


# Menangis kerana menghadapi penderitaan.


# Menangis kerana terlalu sedih.


# Menangis kerana terasa hina dan lemah.


# Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.


# Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.


# Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka.

Ini disahkan oleh Nabi s.a.w dalam satu hadis, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka.

Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.

Salman al-Farisi r.a berkata, sahabat-sahabatku menangis atas tiga perkara, iaitu:


# Berpisah dengan Rasulullah dan kalangan sahabat.


# Ketakutan seorang yang perkasa ketika melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.


# Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Ada juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah, malah kadangkala mendapat kemurkaan Allah. Antaranya menangis tengok filem Hindi serta menangis sehingga meratap dan memukul badan, malah merobek pakaian apabila ada kematian.

Tanda air mata rahmat sebagaimana diterangkan Rasulullah s.a.w dalam sabda yang bermaksud: “Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara, iaitu.


# Apabila dahinya berpeluh.


# Air matanya berlinang.


# Hidungnya keluar cecair.

Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah s.w.t.

Justeru, serulah air mata itu dari persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya

Thursday, September 30, 2010

BERHATI-HATILAH DGN MINUMAN INI

Posted by Ija at 11:05 PM 0 comments

Jenama ni minuman aiar soya hijau



Perhati ingredient


Kod Lemak Babi


Made in China



GREEN BEAN SOY DRINK

Salam semua. Kali ini saya nak sentuh ttg minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura dan Malaysia.

Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya, bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini.

Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempatan, terpandang saya ke arah minuman ini yg saya fikiradalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS. Iyerlah, apalah bahan yg nak dibubuh dlm minumankan? So I pick up one and brought to office. Tapi, bila saya baca ingredientsnya....... lihat kat pic ini.lihat dekat-dekat....... Apa kah kandungan dalamnya? Rupa-rupanya E471 is derived from pig. MasyaAllah, dah takde lagi ke sumber yg baik, yg murni, darimana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber utk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yg mereka bekalkan atas jenama YHS???

Belek punya belek.....hah, patutlah. Minuman ni diperbuat di....... di negara yg dah mmg dah tersohor bubuh melamine dalam susu!!

Apapun, saya sekedar berkongsi info dan diharap sesiapa yg teringin nak merasa minuman jenama YHS " Green Bean Soy Drink ", lupakan sajalah niat anda tu. Tak berbaloi bahan yg haram jika memasuki dlm tubuh badan kita ni!! Harap dapat sebarkan info ini terutama sekali kpd anak-anak kita yg mungkin kurang arif ttg perkara ini.

Do not drink FANTA APPLE, as it contains (E211, E224) Fat of Pork(PIG)























Tuesday, August 24, 2010

Hadis Nabi Mengenai Wanita

Posted by Ija at 5:50 PM 0 comments
1. Doa perempuan lebih makbul drp lelaki kerana sifat penyayang yg lebih kuat drp lelaki. Ketika ditanya kpd Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang drp bapa dan doa org yg penyayang tidak akan sia2.”
2. Apabila seorang perempuan mengandung janin dlm rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dgn 1000 kebajikan dan menghapuskan drpnya 1000 kejahatan.
3. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala org yang berjihad pada jalan Allah.
4. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia drp dosa2 seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan drp susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yg sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dgn ikhlas untuk membela agama Allah.
7. Barangsiapa yg menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama org yg sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan org yg takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah)l alu diberikan kpd keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan drp anak lelaki. Maka barangsiapa yg menyukakan anak perempuan seolah2 dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dlm urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dlm syurga lebih dahulu drp suaminya (1000 tahun).
10. Perempuan apabila sembahyang 5 waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia pintu syurga mana sahaja yg dikehendakinya.
11. Wanita yg solehah(baik) itu lebih baik drp 1000 lelaki yg soleh.

12. Aisyah berkata, “ Aku bertanya kpd Rasulullah, siapakah yg lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, “Suaminya. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah, “Ibunya”.
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dulu.
14. Wanita yg taat akan suaminya, semua ikan2 dilaut, burung diudara, malaikat dilangit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kpd suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15. Wanita yg taat berkhidmat kpd suaminya akan tertututp pintu2 neraka dan terbuka pintu2 syurga. Masuklah dari mana2 pintu yg dia kehendaki dgn tidak dihisab.
16. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yg tinggal bersama anak2nya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dlm syurga.
18. Barangsiapa yg mempunyai 3 org anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu bersikap ihsan dlm pergaulan dgn mereka dan memdidik mrk dgn penuh rasa taqwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19. Drp Aisyah r.a “Barangsiapa yg diuji dgn sesuatu drp anak2 perempuannya, lalu berbuat baik kpd mereka, maka mrk akan menjadi penghalang baginya drp api neraka.






















Allah kasih orang bangun solat tengah malam

Posted by Ija at 5:45 PM 0 comments
DALAM menjelaskan kelebihan sembahyang malam, Allah berfirman dalam surah, al Isra , ayat 79 yang bermaksud: Dan pada sebahagian malam hari, sembahyang tahajudlah kamu sebagai satu ibadat tambahan bagimu. Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat terpuji.

Firman Allah dalam surah as-Sajdah, ayat ke-16 dan 17, bermaksud: Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya dan mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan harap, bahkan mereka menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

Seorang pun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu (pelbagai nikmat) apa yang menyedapkan pandangan mata, sebagai balasan terhadap apa yang mereka kerjakan.

Banyak hadis turut menerangkan kelebihan sembahyang malam. Di antaranya, hadis diriwayatkan Abu Hurairah, sabda Rasulullah saw bermaksud: Solat yang paling afdal selepas solat fardu ialah solat pada waktu tengah malam dan puasa yang paling afdal selain puasa Ramadan ialah puasa bulan Muharam.

Bilal pula meriwayatkan Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: Hendaklah kamu mengerjakan sembahyang pada waktu malam kerana yang demikian adalah amalan orang salih sebelum kamu.

Ia dapat mendekatkan diri kepada Allah, mencegah perbuatan maksiat, menghapuskan dosa dan menghilangkan penyakit dari badan.

Sabda Rasulullah saw lagi bermaksud: "Allah mengasihi seorang lelaki yang bangun tengah malam lalu dia mengerjakan sembahyang dan membangunkan isterinya untuk turut sama bersembahyang.

Kalau isterinya enggan, beliau akan memercikkan air ke mukanya. Dan Allah mengasihi seorang wanita yang bangun tengah malam untuk mengerjakan sembahyang lalu dia membangunkan suaminya untuk turut yang sama. Kalau suaminya enggan, beliau akan memercikkan air ke mukanya.

Monday, July 26, 2010

Khasiat Mengkudu

Posted by Ija at 12:15 AM 0 comments
Mengkudu (Morinda tinctoria; Morinda citrifolia) boleh dijadikan jus untuk diminum. Buah mengkudu dikenali dengan pelbagai nama mengikut negara. Contohnya "Noni" (Hawaii, Polynesia); "Nono" (Tahiti); "Lada" (Guam); "Indian Mulberry" (India); "Painkiller tree" (Kepulauan Caribbean); "Nhau" (Sebahagian di Asia Tenggara); "Cheesefruit" (Australia); "Bumbo" (Afrika) dan "Kura" (Fiji).


Mengkudu mengandungi bahan "xeronine".

Dr. Ralph M. Heninicke, Ahli Biokimia, University of Hawaii, Amerika Syarikat merupakan perintis kajian buah mengkudu selama 45 tahun. Beliau menemui kompoun alkoloid "proxeronine" dalam buah mengkudu secara tidak sengaja ketika mengkaji enzime "bromelin" dalam buah nenas. Kandungan "proxeronine" dalam buah mengkudu adalah 800 kali berbanding paras yang terdapat dalam buah nenas.

Jadi, buah mengkudu amat berguna kepada kesihatan manusia. Buah mengkudu mengandungi zat pencetus "xeronine" yang dipanggil sebagai "proxeronine" di samping terdapat enzim yang membantu "proxeronine" membentuk "xeronine".

Kepentingan xeronine :

* Salah satu bahan penting bagi menggalakkan pertumbuhan tisu dalam tubuh badan manusia menerusi tindakbalas bahan kimia antara proxeronine dan proxeronase.
* Interaksi dua bahan kimia proxeronine dan proxeronase boleh membantu membesarkan liang pada usus kecil - sekali gus mempercepatkan serapan bahan nutrien ke dalam sistem pemakanan.
* Berfungsi sebagai bahan mengembalikan kesegaran dan ketahanan protein badan yang merupakan sebagai bahan awet muda.
* Mengkudu juga kaya dengan bahan anti-oksidan iaitu membantu melambatkan proses penuaan. Biasanya buah mengkudu dipetik dan diperam di atas garam, atau di dalam beras. Apabila sudah masak ia boleh dimakan begitu sahaja. Ianya juga boleh dicampur dengan gula untuk dimakan.
* Buah mengkudu boleh memulih sel atau tisu rosak, sekali gus melambatkan proses penuaan, di samping berguna bagi penyakit kencing manis, sengal sendi dan tekanan darah tinggi. Daun mudanya boleh digunakan sebagai sayuran atau dimakan sebagai ulaman. Daunnya jika direbus boleh menyihatkan ibu yang baru bersalin. Kulitnya berguna bagi mengubati penyakit Malaria. Bunga mengkudu boleh digunakan untuk merawat penyakit mata. Akar mengkudu berguna bagi mengubati penyakit buasir, hidung tersumbat dan pendarahan otak.



Antara khasiat buah mengkudu :

* Sistem pernafasan - melegakan penyakit sinus atau resdung, asma, bronkitis dan hingus meleleh.
* Sistem penghadaman - perut kembung, ulser, gastrik, cirit-birit, muntah-muntah, tidak hadam makan dan masalah keracunan makanan.
* Sistem kardiovaskular - mengurangkan tekanan darah tinggi dan merendahkan aras kolesterol.
* Gangguan dalam tubuh - kencing manis, sakit kepala, migraine, sakit ginjal dan buah pinggang.
* Mulut dan tekak - radang tekak, sakit gusi, sakit gigi dan batuk.
* Penyakit kulit - bisul, luka dan ulser kulit.
* Lain-lain - meredakan penyakit darah tinggi, betis kering bersisik, merekah tumit kaki, mengurangkan penyakit batuk, penyakit kuning dan demam panas.
* Bagi wanita yang baru lepas bersalin - daun mengkudu boleh digunakan untuk mengecutkan rahim. Caranya ialah dengan membalut daun mengkudu itu dengan kain dan dipanaskan untuk bertungku.
* Justeru itu, mengkudu boleh digunakan sebagai bahan awet muda.




Tuesday, July 6, 2010

Tips Berdepan Dengan Suami Sensitif & Pemarah

Posted by Ija at 12:31 AM 0 comments

Ego seorang suami ada kala sering disalahgunakan sehingga menyebabkan keruntuhan rumah tangga. Lebih menyedihkan lagi jika ia hanya berpunca daripada masalah kecil yang tidak sepatutnya menjadi punca perbalahan. Tambah menakutkan jika ada suami yang sanggup memukul isteri apabila berasa egonya tercabar.

Lelaki pemarah biasanya tinggi egonya. Mereka jarang rasa bersalah biarpun tidnakan mereka melukakan hati si isteri. Keadaan seperti ini sudah pasti menyukarkan bagi sesebuah perkahwinan apatah lagi, jika pasangan berdepan dengan masalah seperti kesuburan dan sukar menimang cahaya mata. Sekiranya anda berada dalam situasi sebegini, anda perlu lebih berstrategi untuk berdepan dengan suami yang ego dan lekas marah apabila diajak berbincang.

Perlu diingat, antara topik yang sukar dibincang oleh pihak suami ialah berkenaan seks dengan isteri, kesuburan ataupun masalah kelelakian. Ada sesetengah suami boleh mengugut menceraikan isteri kerana masalah sebegini. Jadi, bagi membantu anda berdepan dengan situasi sebegini, pihak isteri perlu bijak memilih pendekatan bagaimana caranya berdepan dengan mereka.

Tindakan anda mendiamkan diri kerana takut dimarahi suami hanya membebankan lagi masalah tersedia ada. Jika anda ingin berbincang mengenai topik sensitif berkaitan dirinya, pastikan ia dilakukan mengikut masa dan mood yang sesuai.

Terdapat beberapa panduan boleh dipraktiskan:

1. Elak berdebat atau kemukakan pandangan anda di saat suami sedang beremosi. Tindakan anda mungkin sia-sia sahaja malah boleh mengundang padah apabila si suami semakin marah kerana rasa ditentang atau dicabar oleh isteri sendiri. Akibatnya, si isteri boleh terikut-ikut menjadi ‘panas’ sehingga berlakunya pertelingkahan. Jika berlarutan, psikologi si isteri boleh terganggu dan pernikahan juga akan terancam. Sebaiknya dalam situasi ini, anda perlu sedikit mengalah atau mengambil sikap tidak mempedulikannya dulu.

2. Langkah yang baik adalah mengajaknya berbicara untuk menyelesaikan masalah yang menjadi punca kemarahannya. Lakukan saat kemarahannya sudah reda. Gunakan gaya bicara yang halus agar emosinya tidak ‘naik’ lagi. Mungkin anda boleh berbincang sambil mengurut-urut badan suami selepas pulang kerja ataupun ketika menonton bersama. Yang pasti pilih masa dan mood yang baik!

3. Suami pemarah lebih suka berterus-terang. Salah satu aspek positif yang terdapat pada suami panas baran ataupun pemarah ialah sikap suka berterus-terang dan jujur mengenai apa yang mereka suka ataupun tidak. Hanya sayangnya, cara mereka mengungkapkan lebih cenderung kasar dan bernada marah. Jadi elakkan diri daripada menyindir, berkias-kias ataupun menunjukkan muka seperti berahsia sesuatu daripadanya.

4. Apabila suami memberi pandangan yang agak keras, anda perlu menganggapnya sebagai satu kritikan untuk anda. Dan ambil sebagai satu cabaran untuk memperbaiki kelemah diri anda. Tidak guna terlalu emosi dengan kata-kata suami terhadap anda. Walau mengalir air mata sekalipun si suami pemarah biasanya sukar mengubah pendapatnya dan lebih buruk lagi, mereka tidak akan berasa bersalah sedikitpun!

5. Cuba fahami latar belakang suami anda. Individu yang memiliki sifat ‘temperamental’ biasanya mudah terpancing kemarahannya oleh situasi atau keadaan di luar keinginananya. Hanya kerana tersilap kata ataupun nada suara yang salah sahaja sudah boleh mengundang pertengkaran. Menurut penulis buku ‘The Complete Idiot’s Guide to Body Language’, Dr Peter Andersen, sifat pemarah ataupun panas baran juga sebenarnya boleh disebabkan oleh pola asuhan dalam keluarga juga mempunyai kaitan kepada sifat pemarah individu berkenaan.

6. Justeru itu, pastikan keadaan rumah tangga anda berdua berada dalam keadaan menyenangkan agar suami anda berasa nyaman dan tidak mudah marah-marah seperti berada dalam keluarganya dulu. Cuba dapatkan lebih banyak maklumat mengenai apa yang menyebabkannya gembira dan sebaliknya yang membuatnya kesal dan marah.

Tips Cinta ini telah dikongsikan oleh saudari qiqi anura di Forum Tentang Cinta.







Jom Chat

Large Ads

 

★~RainBow LanD~☆ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review