Daisypath Valentines tickers

Wednesday, November 18, 2009

6 Jenis Wanita Yang Mudah Ditipu Lelaki

Posted by Ija at 2:06 AM 0 comments
1. Wanita yang terlalu mudah mempercayai lelaki.

Dah sayang la katakan… jadi apa sahaja yang lelaki/pasangan katakan, kepercayaan adalah seratus peratus. Bukan maksud saya percaya separuh-separuh atau percaya pasangan jangan sampai 100%, tetapi maksud saya mudah percaya yang membuta-tuli dan menerima apa sahaja tanpa menggunakan akal fikiran yang waras adalah amat tidak wajar.


2. Wanita yang "terdesak" untuk berkahwin.
Umur yang semakin lanjut membuatkan ramai wanita yang belum berpasangan risau akan status diri. Walaupun pada zaman yang semakin canggih ini, melihat wanita yang berkerjaya lewat berkahwin adalah perkara biasa, namun majoriti wanita yang semakin meningkat umurnya risau jika masih belum mempunyai pasangan hidup.


3. Wanita "sosial".
Ini bukan sosial dari segi terlibat dengan Mercy Malaysia ke, persatuan wanita di kawasan anda ke, atau perkara yang seumpamanyalah.Sosial dalam hal ini ialah suka kepada "night life", disko, berparti, "clubbing", pergaulan bebas tanpa had dan hidup dengan falsafah "life is short, so have fun!", atau "masa muda ni la nak rasa macam-macam..".


4. Wanita yang tidak mementingkan ilmu.
Wanita yang mementingkan ilmu dalam konteks percintaan, perkahwinan dan memilih pasangan hidup bukanlah bermaksud wanita yang mempunyai ijazah berjela-jela dari universiti terkenal. Bukan itu sahaja. Kalau itu yang dijadikan ukuran wanita berilmu, kenapa masih terlalu ramai wanita yang ditipu, dihina, dipermainkan, dan sebagainyalah oleh lelaki yang berbahaya?


5. Wanita yang memandang "faktor fizikal" sebagai salah satu ciri utama pada lelaki idamannya.
Mudah jatuh cinta dengan lelaki handsome? Atau mungkin juga lelaki "cute", "macho", dan mempunyai fizikal yang begitu menggoda hati?Ingat..semakin "handsome", "cute", "sexy" seseorang lelaki itu, sebenarnya semakinlah anda sebagai wanita perlu menggandakan "sistem pertahanan" diri. Kalaulah ramai wanita boleh diperdayakan oleh lelaki yang TAK "handsome" dan seumpamanya, apatah pula risiko ditipu oleh lelaki yang "handsome"?


6. Wanita yang "sabar" tidak bertempat.
Wanita dalam golongan ini boleh kita katakan jenis yang selalu "makan hati berulam jantung", atau mungkin juga dah sampai tahap "makan tangan berulam kaki". Dia didera(fizikal atau perasaan), tidak dihargai, sentiasa diambil kesempatan oleh pasangan/suaminya namun masih tetap bersama lelaki itu walaupun dia sedar dia terseksa dan tertekan.

40 KES Lelaki Tidak Layak Jadi Suami

Posted by Ija at 1:54 AM 0 comments
1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama.


2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.


3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik.Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan.Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya.



4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya.Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua di bahu saya. Dia cuma beri "benih" sahaja.



5. Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi, belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.



6. Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama juga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.



7. Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami memang nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami mahu seks tiap2 malam dan suka liwat saya.



9. Suami tetap 'mahu' walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.



10. Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar.



11. Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan. Namun, saya lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks sesama jenis.



12. Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga apabila asyik bercinta dengan "maknyah".


13. Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar dalam saya... Rupa2nya dahulu dia "maknyah" dan berkahwin dengan saya kerana menuruti kehendak emaknya.



14. Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik sahaja dilahirkan dahulu.



15. Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka si anak 99.9% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya. Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.



16. Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa dia suruh saya masak macam biasa. Anak2 keliru melihat gelagat bapa mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk "contoh" lain.


17. Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanjaa untuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3 tahun dahulu masih terus diungkit setiapkali bergaduh..


18. Suami tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 x seminggu dan rumah tidak boleh bersepah... walaupun saya sedang sarat mengandung..


19. Setiap kali mengandung, pandai2lah saya berjimat cermat untuk belanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain baju sendiri, tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik, suami jemput, kalau tidak pandai2lah saya balik rumah dengan anak.


20. Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan anak kerana tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan dan merosakkan kereta kesayangannya.


21. Siapa tidak sayang emak. Tetapi, saya tidak boleh tahan kalau suami sanggup bergolok-bergadai semata2 mahu penuhi hajat emaknya yg berselera besar. Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar hutang kad. Terpaksalah saya menyara anak2.


22. Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata 'takde duit'. Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Saya perhatikan saja gelagat. Nak tengok sampai setakat mana 'lemaknya'.


23. Suami gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka 1-10,letak di dalam mangkuk buat cabutan. lepas tu kalau ada nombor yg mengena, 2-3 hari tak keluar bawak teksi.


24. Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja mesti cari bomoh, lepas itu tanam macam2 jenis tangkal, mesti dia nak pergi 'bersangkak' .


25. Sewaktu bercinta mmg saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanji nak berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas saya digadaikan. Orang datang tuntut hutang perkara biasa ~ pernah rumah kami dibaling tahi.


26. Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia ada 3 isteri lain dan anak masih kecil. Rupa2nya selama ini emak tahu arwah suka kahwin cerai di merata2 tempat. Emak tidak peduli, asal arwah tidak menganggu hidupnya.


27. 3-4 bulan suami 'hilang' itu perkara biasa. Kadang2 sampai setahun. Saya tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti. Biasanya, dia kena 'serkup' waktu tengah tarik ganja dengan kawan2.


28. Anak ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang dah ada tanda2 HIV.



29. Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi, saya tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibaling barang2 rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola.


30. Pernah saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil. Mula2 cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh2 ribu. Apabila dia kena cekup polis saya nak kata apa? Terpaksalah saya sara anak sementara dia di dalam penjara.


31. Sejak berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak rai pelanggan. Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarang perniagaanya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik negeri. Dengar khabar dah dapat anak luar nikah.



32. Dulu hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buang kerja sebab ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya kerja kilang nak sara anak2.


33. Kalau seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding2kan kehebatan si madu di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkan hati saya selama ini?


34. Kami memang miskin. Saya buat macam2 benda untuk tambah pendapatan. Jualan langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak orang, upah sembat baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malam jadi "jaga".. siang dia kerja tidur atau melangut di kedai kopi.


35. Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab. Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya kering. Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat "gigitan cinta" perempuan lain di badannya.


36. Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja besar. Isteri 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Anak ramai. Tetapi selepas pencen, dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar hutang. Kesudahannya, semua isteri minta cerai dan anak lenyap. Akhirnya dia mati seorang diri di katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya di urus abang saya dan pihak hospital.


37. Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari pejabat, suami terus capai kunci motor besarnya, merambu dengan kawan2 macam orang muda... sampai tergadai Maghrib dan Isyak. Tinggallah saya di rumah sorang diri terkial-kial menguruskan anak.


38. Walaupun sudah lama masuk Islam... mandi hadas? Saya masuk Islam kerana mahu kahwin dengan suami. Tetapi dia tidak pernah sekali pun beritahu saya perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan. Dia sendiri pun tak pernah buat.


39. Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki kerana mereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan2 apabila isteri hamil, dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan silap haribulan berendam airmata...



40.. Selepas 15 tahun berkahwin, rasa2nya gelaran saya sudah berubah. Dahulu 'isteri' sekarang 'pengurus anak-anak'. Hubungan dengan suami amat dingin. Kami hanya bercakap pekara penting sahaja. Hubungan seks hanya 2-3 bulan sekali. Itupun saya yang 'terhegeh-hegeh' . Saya pelik benar kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain.

Jangan Terlalu Susah Hati....

Posted by Ija at 1:45 AM 0 comments
Jadikanlah sebagai panduan kita bersama;Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya


Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.


Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).


Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.



Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.


Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.



Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.


Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah..



Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.


Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.



Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.


Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa


Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.


Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.


Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Besar Ada Risikonya

Posted by Ija at 1:25 AM 0 comments
jIKA saiz dan bentuk ***** penting untuk lelaki,wanita tidak terkecuali untuk mengambil berat saizpayu dara mereka. Sebenarnya, saiz dan bentuk payudara wanita tertakluk kepada keturunan dan baka.


Jarang ada wanita mengalami masalah payu dara‘Glandular Hyperplasia’, iaitu pepundi susu mengembangdan membesar, sekali gus mengakibatkan payu daramembesar secara luar biasa.


Wanita yang mengalami masalah ini sukar mencari bajudalam atau ‘bra’ sesuai. Keadaan payu dara yang besarjuga menyakitkan dada kerana memikul beban berat.


Kajian terbaru menunjukkan payu dara besar berisikotinggi mendapat kanser


Tiada kaedah membesarkan payu dara tanpa membabitkanpembedahan. Ia dikenali ‘Breast Augmentation’ ataupembedahan pembesaran payu dara.


Kaedah penggunaan krim dan herba belum ada bukti kukuhkeberkesanannya.

Satu ketika dulu di Thailand, wujud herba dikenali‘Pueriaria Mirifica’ yang kononnya membantumemantapkan payu dara dan kini herba itu dalam kawalankerajaan Thailand.


Sejauh mana keberkesanan herba itu sukar dipastikan,namun kerajaan Thailand menafikan herba itu sesuaiuntuk ketumbesaran payu dara.


Malah, kerajaan Thailand mencadangkan wanita yangingin membesarkan payu dara melakukan senamanpemantapan otot dada. Pakar sakit puan dan payu daradi Thailand juga menafikan herba itu mampu membesarkanpayu dara.



Sehubungan itu, jangan membazir duit membeli herba,terutama di tepi jalan, untuk membesarkan payu dara.Ia bukan sekadar pembaziran, tetapi dibimbangi kesanjangka pendek atau panjang penggunaan produkberkenaan.


Ada juga berpendapat makan kacip fatimah memantapkanpayu dara. Itu juga tiada kepastian, walaupun kacipfatimah mengandungi ‘Biboflavinoids’ yang dapatdiproses dalam badan menjadi hormon Estrogen yang adakaitan dengan ketumbesaran payu dara.



Namun, kajian sekumpulan pakar di Universiti SainsMalaysia (USM) mendapati kacip fatimah hanya baikmenaikkan syahwat kerana kesannya kepada kelenjarAdrenal untuk menghasilkan hormon syahwat DHEA



Malah, satu ketika dulu wanita yang mengamalkan pilperancang keluarga mendapati payu dara mereka tegapdan padat, seolah-olah besar.


Selepas kejadian tidak disangka itu, ramai wanitamengunakan hormon Estrogen dan kini amalan berkenaandiketahui berbahaya dan boleh mendedahkan wanita itukepada kanser payu dara.



Seperti zakar, payu dara kadangkala kelihatan kecutdan lembek dan kadangkala menonjol dan tegap, samadengan keadaan puting dan tompok Areola yang jugakembang dan kuncup.


Senaman mengkukuhkan otot dada dapat menegapkan payudara ke atas dada dan ini digalakkan daripadamelakukan pembedahan, mengunakan krim atau gel ataumenyedut payu dara dengan pam penyedut kerana alat inijuga didapati mengarut.


Kehamilan dan kelahiran bayi dapat memantapkankedudukan payu dara dan ini paling berkesan sertaselamat selain memakai baju dalam yang sesuai dan pengunaankrim pelembap yang baik untuk kulit payu dara.

KEJADIAN WANITA

Posted by Ija at 1:21 AM 0 comments
Seorang LELAKI yg bakal menjadi SUAMI patutlah mengetahui kejadian tubuh WANITA dan SIFAT-SIFAT mereka. Kejadian wanita itu tidak sama dengan kejadian lelaki dari segi :


1. Susunan badan wanita hampir sama dengan susunan badan kanak-kanak, menyebabkan wanita itu berperasaan yg keras, mudah terpengaruh oleh peristiwa suka duka, khuatir dan lainnya. Kenangan akan mempengaruhi emosinya agak lama. Emosi yg lebih kuat pada wanita adalah sifat yg sesuai untuk mendidik anak-anak.


2. Kepala wanita dewasa lebih kecil daripada lelaki. ini tanda bahawa akal wanita kurang dari akal lelaki. Pada lelaki itu banyak kecerdikan dan kecerdasan, pada wanita lebih banyak keributan dan kekacauan. Perasaan wanita jauh lebih lemah.



3. Kulit daging wanita umumnya halus dan lunak, dagingnya lemah, hujungan daging lembut, penghujung urat juga lebih lembut. Hubungan urat dengan daging adalah amat lemah serta tipis seratan dagingnya.



4. Tulang wanita terutamanya tulang dada dan punggung adalah berlainan dari lelaki. Kejadian tulang itu agak menyulitkan wanita berjalan, mengakibatkan wanita berjalan dengan cara atau lenggok tertentu


5. Anggota tubuh wanita mengandungi banyak halia. Di dalam halia terkandung banyak lemak. Maka pada tubuh wanita di dapati banyak mengandungi lemak dan lebih subur



6. Saluran darah serta urat saraf wanita lebih kecil dan sempit. Ini menyebabkan kumpulan urat saraf wanita lebih mudah dari segi kejadiannya dan lebih subur.



7. Rambut wanita lebih subur dan ini menyebabkan rambut boleh tumbuh dengan panjang dan lebat, sebagai pasangan kepada akalnya yg pendek.



8. Wanita mempunyai sifat yg suka menunjuk-nunjuk akan rupa parasnya dan bentuk badannya. Suka dipuji akan kecantikannya dan suka menghiaskan dirinya untuk mendapat pujian. Maka wanita yg solih adalah lebih baik di pilih menjadi bakal isteri agar sifat-sifat ini hanya di tonjolkan kepada suaminya sahaja.



9. Wanita akan melakukan apa saja kerana perasaan sayangnya kepada suaminya dan anaknya. Perasaan ini biasannya perlu di nasihati oleh suaminya kerana akan cenderung bagi isteri itu terlalu manjakan anak, atau mengambil berat tentang hal ehwal suami yg membuatkan suami berasa kurang senang. Namun itu di lakukan atas perasaan sayang.


JADI ORG LAKI JGN JADIKAN ALASAN NAK CARIK POMPUAN LAIN LA EK PAS NI..HEHEHE.. POMPN SANGGUP LAKUKN APE SAJE UTK ORG TERSYG TAU..


" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu.. .......,kami lah hamba yang mengharap belas darimu ........Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa.... ..ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

5 Perbedaan Cinta dan Nafsu

Posted by Ija at 1:15 AM 0 comments
Ini dia 5 Perbedaan cinta dan nafsu. Cara mudah membedakan cinta dan nafsu agar tidak terkecoh. Sering sekali kita mendengar ada orang bertanya "apa perbedaan antara cinta dan nafsu?". "Bagaimana membedakan antara cinta dan nafsu?'. atau yang lebih parah "cinta dan nafsu itu sama nggak sih?"Bagi sebagian orang, mereka mengatakan cinta dan nafsu itu sama saja. Tapi tidak menurut ane. Buat ane pribadi cinta dan nafsu jelas dua hal yang berbeda. Meski perbedaannya sangat tipis, mungkin itu yang membuat orang sering terkecoh, tidak bisa membedakan mana nafsu, mana cinta..?



1. Cinta itu membahagiakan, Nafsu itu membahaykanCinta yang sebenarnya selalu menunjukkan jalan atau arah menuju kebahagiaan bagi orang-orang yang menjalaninya. Seorang pecinta yang sudah menemukan dan memahami makna cinta sejati dalam dirinya akan berada pada kondisi yang membahagiakan. Sebaliknya, orang-orang yang terkecoh dengan nafsu dan menganggap nafsu adalah cinta akan berada dalam kondisi yang membahayakan. Kita tidak bisa memungkiri, di mana ada kebaikan, di situlah setan menggoda manusia agar terjerumus ke dalam keburukan.



Cinta dan nafsu seperti dua sisi dari mata uang yang sama. Cinta adalah sisi positif, nafsu adalah sisi negatif dan uang itu adalah hubungan. Seseorang yang mencintai pasangannya dengan sebenar-benarnya cinta akan mengarahkan hubungannya menuju kebahagiaan sejati dengan cara menjaga dan menyayangi pasangannya. Tanpa bermaksud untuk merusak dan menyakiti. Lain halnya dengan orang-orang yang menjalin hubungan dengan landasan nafsu, mereka akan membawa hubungannya kearah kebahagiaan yang semu dan hanya berorientasi pada fisik, dalam hal ini sex. Yang justru akan menjerumuskan mereka ke dalam situasi yang membahayakan.



Coba deh, kita meluangkan waktu untuk berfikir sejenak. Apakah hubungan yang sedang kita jalani dengan pasangan sekarang ini berorientasi pada kebahagiaan sejati atau hanya kebahagiaan duniawi yang semu..?


2. Cinta bikin kita ketawa, Nafsu bikin kita kecewaKalau diibaratkan hubungan seperti sawah, maka cinta adalah padi dan nafsu adalah rumput liar. Nah, ketika ketika seseorang menanam padi (cinta) di sawah (hubungan) maka secara otomatis akan tumbuh juga rumput liiar (nafsu). Kalau orang itu sudah mengetahui dan memahami apa itu padi (apa itu cinta), maka dia akan segera memangkas rumput liar itu (nafsu) yang tumbuh di sawahnya (hubungan). Ketika tiba masa panen, orang ini akan menuai hasil sawahnya (hubungan) yang ditanami padi (cinta) itu tadi berupa buah padi (kebahagiaan) . Lain dengan orang-orang yang terkecoh yang menyangka rumput liar (nafsu) sebagai padi (cinta). Mereka akan memelihara rumput liar (nafsu) dan tanaman padinya (cinta) akan mati. Pada saat panen, tentu yang mereka dapat hanyalah sekarung rumput liar (nafsu) yang tidak enak dimakan (kekecewaan) .


Di sinilah kita perlu brtanya kepada hati kita sendiri, apakah hubungan yang kita jalani dengan pasangan sudah bisa membuat kita ketawa atau hanya serangkaian kekecewaan yang kita dapat..? Kalau yang kita dapat hanya kecewa dan kecewa, ada baiknya untuk kita mengkaji ulang, apakah apakah hubungan yang kita jalani berlandaskan cinta atau nafsu..?



3. Cinta selalu ingin memberi, Nafsu hanya ingin diberiSaya rasa maksud dari poin ketiga ini sudah jelas. Cinta adalah memberi. Ketika seseorang menjalin hubungan atas dasar cinta maka hal pertama yang dilakukannya adalah memberikan yang terbaik kepada pasangannya, bukan ingin diberi. Logikanya, kalau kita dan pasangan sama-sama ingin memberi (kita ingin memberi kepada pasangan dan pasangan ingin memberi kepada kita) secara otomatis keduanya akan menerima. Tapi kalau kita dan pasangannya inginnya diberi (pasangan ingin diberi dan kita juga ingin diberi) lalu siapa yang akan memberi..? Pada akhirnya yang terjadi justru tidak ada yang akan diberi karena tidak ada yang ingin memberi. Coba dipikirkan lagi..!


4. Cinta ingin menyayangi, Nafsu ingin menggerayangiHayo...!!!!Bagaimana cara kamu memperlakukan pasanganmu?Dan bagaimana cara pasanganmu memperlakukan kamu?Ini adalah cara termudah untuk membedakan mana cinta, mana nafsu..?



Landasan seseorang dalam menjalin hubungan akan sangat menentukan pada bagaimana cara orang tersebut memperlakukan pasangannya. Orang yang menjalin hubungan dengan landasan cinta akan senantiasa memperlakukan pasangannya dengan cara-cara yang baik. Menjaga, menyayangi, memperhatikan dan selalu memberikan yang terbaik. Sebaliknya orang orang yang menjalin hubungan karena nafsu cenderung memperlakukan pasangan ke arah fisik. Setiap kali bertemu, inginnya menciumi dan diciumi, setiap kali berdua inginnya dipeluk dan memeluk, digerayangi dan menggerayangi, dan yang lebih parah lagi kalau sampai kearah hubungan sex. Waaaah..., bahaya, bahaya...!!!


5. Cinta yang terbaik, Nafsu yang terbalik Cinta selalu berusaha untuk menjadi yang terbaik, berusaha memberikan yang terbaik untuk pasangan dan selalu memperlakukan pasangan dengan cara-cara yang baik. Bagaimana dengan nafsu..? Sebaliknya, nafsu


Nah, semoga bahasan diatas bisa memberi kita sedikit gambaran mengenai selalu ingin diberi dan cenderung memperlakukan pasangan ke arah yang menyesatkan. perbedaan antara nafsu dan cinta. Sehingga kita semua tidak terjerumus kedalam hubungan yang penuh nafsu.

Friday, November 6, 2009

7 Sebab Isteri Bosan Di Ranjang

Posted by Ija at 1:50 AM 0 comments
Senikmat manapun seks itu, ia akan menjadi sesuatu yang sangat menyebalkan jika dilakukan dengan rutin yang ‘itu-itu saja’. Apatah lagi bagi kaum wanita yang perlu melayani suami.


Sekiranya dihidangkan dengan aksi-aksi yang biasa sudah tentu mood untuk melayani suami akan kurang. Walaupun hasrat masih ada tapi perasaan bosan dengan rutin seks yang biasa boleh menyebabkan acara seks tertunda.


Oleh itu suami haruslah pandai-pandai menjaga suasana, jangan sampai siteri kebosanan untuk melakukan seks. Caranya tak sesukar yang difikirkan sebab kebosanan itu sebenarnya timbul dari hal kecil yang timbul disekitar anda. Semak fakta-fakta yang kerap membuatkan wanita bosan melakukan seks.


1. Tindakan Mudah Dijangka.
Bertahun-tahun melayari hidup bersama membolehkan isteri mengenali pasangan secara mendalam. Dia juga mungkin boleh menjangka apa tindakan anda dan ini termasuklah dalam aktiviti seks. Kadangkala sebaik saja berbaring di ranjang, isteri sudah dapat mengagak apa yang akan dilakukan oleh suami. Ini juga boleh jadi masalah. Salah satu alasan mengapa malam pertama itu sangat ‘hot’ adalah anda dan isteri tak pernah tahu apa yang terjadi. Jika anda ingin terus meningkatkan kehangatan hubungan seks dengan pasangan sebaiknya anda menjaga suasana seks tetap segar.




2. Takut Cuba Perkara Baru.
Sebaiknya jangan biarkan pasangan tahu apa yang akan anda lakukan selanjutnya ketika berhubungan intim. Misalkan sekiranya anda hanya melakukan pemanasan yang singkat kali ini lakukan dengan lebih lama. Lakukan perkara yang sama sekali tidak dapat dijangka oleh isteri dan anda juga mungkin takkan pernah tahu apa yang akan terjadi selanjutnya. Terus berikan kejutan yang membuat isteri semakin berghairah dan teruja.




3. Terlalu Kerap.
Kebanyakan wanita setuju bahawa seks tanpa hasrat sangatlah membosankan. Seks yang kerap juga menyebabkan isteri berasa bosan kerana akan timbul perasaan diri diperlakukan seperti boneka. Oleh itu aturlah jadual seks agar tidak terlalu kerap dan tidak perlu terlalu sedikit. Tapi paling kurang seminggu sekali aktiviti seks harus ada.




4. Lokasi Yang Sama.
Suasana seks yang sama mampu membuatkan ghairah yang padam kerana kurangnya sensasi. Ketika ini apa yang disarankan adalah cuba melakukan seks di tempat yang baru. Sebagai contoh, di bilik hoel, ruang tamu, kamar mandi, atau di mana sahaja asalkan privasi anda berdua terjaga dan tidak melampaui batas susila.




5. Sunyi Tanpa Suara.
Seks yang sunyi tanpa suara desahan dari suami mahupun isteri boleh menimbulkan kebosanan. Sebabnya keduanya tidak akan tahu sama ada persembahan seks yang dilakukan itu disukai atau sebaliknya. Oleh itu belajarlah untuk bersuara, sesekali mengerang atau mengucapkan kata-kata. Ia lebih baik dari berdiam saja. Tapi jangan pula sampai suara tersebut kedengaran oleh anak atau jiran tetangga.



6. Tiada Posisi Baru.
Sekali dua kali gerakan yang sama mungkin akan memberi kesan yang sangat membahagiakan. Namun jika terlalu kerap melakukannya, sudah tentu sensasinya kurang. Oleh itu cubalah posisi baru, keluarkan fantasi, ungkapkannya kepada pasangan dan biarkan hubungan berlangsung dengan sendirinya.



7. Kekasaran.
Jika selalunya anda hanya terus ‘menerkam’ isteri ketika menginginkannya apa kata kali ini ubah tingkahlaku tersebut. Perlakukan isteri dengan lembut. Minta izin dari isteri untuk betcinta. Umumnya wanita mengakui lelaki akan kelihatan lebih seksi jika mereka secara gentleman meminta izin pada isteri untuk bersama.




Punca kebosanan wanita di ranjang sudah diketahui, sekarang tiba masa anda untuk mempraktikkannya. Tapi tak perlulah terburu-buru membuat perubahan, lakukan dengan perlahan. Tapi apa yang penting adalah anda perlu jadi seorang yang spontan dan tak terduga.

Jom Chat

Large Ads

 

★~RainBow LanD~☆ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review