Daisypath Valentines tickers

Saturday, October 10, 2009

Khasiat dan kelebihan

Posted by Ija at 12:32 PM 0 comments
Pakar perubatan kini cenderung kembali pada pola makan yang semulajadi (natural food), baik yang berasal dari tumbuh-tumbuhan herba mahupun dari haiwan. Demikian halnya, penggunaan susu kambing sebagai perubatan penyakit, bahkan pola ini sudah digunakan sejak ribuan tahun lalu.


Di zaman Mesir kuno, ratu cantik Cleopatra, menggunakan susu kambing sebagai bahan untuk mempercantikkan wajah dengan cara mengkonsumsinya serta digunakan untuk mandi susu bagi menjaga kehalusan kulit dan keindahan tubuhnya


Dari hasil kajian perubatan dan bukti sejarah telah banyak membuktikan bahwa ternyata susu kambing mempunyai banyak kelebihan jika dibandingkan dengan susu haiwan ruminan yang lain seperti susu lembu, susu unta, susu kuda dan lain-lain.



Susu kambing sangat baik bagi penderita penyakit kulit, enzima serta gatal-gatal pada kulit sebagai mana yang pernah dilakukan oleh Dr. George Dermit dari Ohio, Amerika Syarikat. Dia menggunakaan terapi susu kambing bagi anak-anak yang menderita penyakit kulit tersebut. Bahkan para pakar penyakit kulit dari New Zealand, menggunakan susu kambing terhadap para pesakitnya sebagai agen meningkatkan kesihatan kulit terutama pada bahagian wajah dan ternyata ia berjaya menyembuh.



Khasiat susu kambing mengandung gizi yang tinggi, ia dapat mempercepatkan proses pertumbuhan gigi dan tulang. Juga untuk mengembalikan kesihatan seseorang ibu yang baru melahirkan anaknya akibat pendarahan sesudah melahirkan, memberikan zat besi sesudah haid, juga dapat membantu bagi seorang yang mengalami penyakit kekurangan darah (Anemia). Bagi mereka yang sudah berusia lanjut, kandungan pelbagai mineral dalam susu kambing akan mengurangkan kerapuhan tulang (Osteoporosis) .



Susu kambing juga sangat berkhasiat untuk mengatasi gangguan pernafasan terapi TBC, infeksi akut pada paru-paru seperti Astma. Juga mampu mengawal kadar kolesterol dalam darah dan menyembuhkan asid urat tinggi serta masalah buah pinggang yang di sebut Nepbratic Syndrom.



Sumber dari buku yang berjudul khasiat dan manfaaat susu kambing, "Susu terbaik dari hewan Ruminansia" yang di tulis oleh Dr. Rini Damayanti Moedji, dipl. CN & Bernardius T Wahyu Wiryanta, Penerbit PT. Agro Media Pustaka, Oktober 2002 Depok Jakarta, Halaman 6 dan 7, mengungkapkan beberapa kelebihan susu kambing dibanding dengan susu dari binatang lainya antaranya:


  • Mempunyai sifat antiseptik, alami dan dapat membantu menggurangkan pembiakan bakteri jahat dalam tubuh. Hal ini di sebabkan adanya Flourine yang kadarnya 10-100 kali lebih besar dari susu lembu.
  • Bersifat alkali (Alkaline Food), sangat sesuai bagi tubuh dan paling hampir dengan susu ibu.
  • Proteinnya lembut dan kesan laktosanya ringan, sehingga tidak menyebabkan cirit-birit.
  • Lemaknya mudah dicerna kerana mempunyai tekstur yang lembut dan halus lebih kecil dibandingkan dengan butiran lemak susu lembu atau susu lainya. Dan juga bersifat Homogen alami. Hal ini mempermudah untuk dicerna sehingga mengelakkan timbulnya reaksi-reaksi alergi.

Dengan adanya Sodium (Na), Fluorine (F), Kalsium (C), dan Fosfor (P) sebagai elemen kimia yang dominan serta kandungan nutrisi lainya, maka susu kambing berkhasiat:

  • Membantu pencernaan dan menuntralkan asid perut.
  • Menyembuhkan kesan-kesan alergi pada kulit, saluran pernafasan dan pencernaan.
  • Menyembuhkan bermacam-macam penyakit paru-paru, seperti Astma, TBC, serta infeksi- infeksi penyakit lainya pada paru-paru.
  • Menyembuhkan beberapa masalah ginjal, seperti Nepbrotic Syndrom infeksi-infeksi ginjal serta asid urat tinggi.
  • Kandungan Kalsium (Ca) yang tinggi dapat membantu menyembuhkan rematik dan mencegah kerapuhan tulang (Osteoporosis) .
  • Meningkatkan antibodi dan daya tahan tubuh.
  • Mengatasi masalah impotensi dan ghairah seksual, baik bagi lelaki mahupun wanita.

Berdasarkan beberapa penelitian dan kajian di Amerika Syarikat, susu kambing terbukti mempunyai kebaikan sebagai anti kanser.

Susu kambing mungkin sedikit asing bagi sebahagian orang dalam hal khasiat dahsyatnya, namun bagi penderita beberapa penyakit yang sembuh setelah mengkonsumsi susu kambing ini pasti akan menggalakkan kita meminumnya. Jabatan Pertanian Amerika (USDA) melakukan penelitian kandungan zat yang bermanfaat bagi tubuh kita dengan membandingkannya dengan susu lembu mahupun ASI sekalipun.

Mengkonsumsi susu kambing organik secara teratur akan membantu mengatasi gangguan kesihatan seperti:


  • Pencernaan, asid berlebihan dalam perut yang menyebabkan Gastrik (kembung), Maag Kronis dll.
  • Alergi pada kulit dan organ tubuh (pernafasan dan pencernaan).
  • Asma, TBC dan infeksi paru-paru akut/menahun.
  • Masalah fungsi buah pinggang (Neprotic Sindrom) atau infeksi, termasuk asid urat tinggi.
  • Masalah tulang seperti Reumatik dan Osteophorosis.
  • Stamina dan daya tahan tubuh menurun atau tenaga menurun.
  • Impotensi/Frigidita s (ghairah seksual turun).
  • Kekurangan nutrisi dan gangguan metabolisme tubuh.

Kelebihan susu kambing organik dibandingkan susu kuda/lembu:

  • Kandungan Flourine (mineral pelindung paru-paru) 10- 100 kali ganda lebih besar dari pada susu kuda/lembu. Disarankan supaya tidak meletakkan air panas yang mendidih (100 darjah celcius) kerana akan merosakkan kandungan Flourine yang sangat berfaedah bagi tubuh.
  • Mempunyai khasiat antiseptik alami yang menggurangkan pertumbuhan bakteri jahat.
    Bersifat alkali (alkali food) sehingga sesuai dengan tubuh (untuk pencernaan). Sama dengan susu ibu (manusia) juga bersifat alkali.
  • Kandungan protein yang lembut dan kesan laktosa yang ringan sehingga tidak menyebabkan cirit-birit.
  • Kandungan lemak yang bertekstur lembut dan halus, bersifat homogen, mudah dicerna sehingga menggurangkan timbulnya reaksi alergi.
  • Mempunyai kandungan zat anti Cancer.
  • Sesuai dikonsumsi bagi mereka yang alergi terhadap susu lembu atau yang lainnya

Friday, September 25, 2009

Warna,Aura & Personaliti

Posted by Ija at 8:47 PM 0 comments

Apa itu aura? secara umumnya,aura adalah terlalu kompleks dan sentiasa berubah-ubah, ia tidak boleh mentafsir secara mudah berdasarkan pada warna aura itu semata-mata.Jom kenali sifat personaliti seseorang melalui warna dan auranya.


Warna Merah adalah warna emosi dan menyediakan sumber energi.

Warna Oren adalah satu warna yang melambangkan hangat, kreatif dan emosi.


Warna Kuning adalah satu daripada warna aura yang mula-mula dan paling mudah untuk dilihat. Warna kuning pucat yang mengelilingi garis rambut menunjukkan optimis. Kuning adalah warna aktiviti mental. Ia mempengaruhi peluang pembelajaran yang baru, kepintaran, cerdik dan intelek. Warna kuning adalah warna yang mempengaruhi kekuatan idea dan kebangkitan kebolehan fizik.Semakin dalam dan gelap warna kuning itu akan mempengaruhi sifat yang agak kritikal dan bersifat dogma.



Warna Hijau adalah satu warna yang melambangkan sensitif dan cita-cita yang tinggi. Ia mempengaruhi tumbesaran, simpati dan ketenangan. Ia berkaitan dengan individu yang boleh dipercayai, berdikari dan minda yang terbuka. Warna hijau muda menunjukkan kebolehan penyembuhan. Ia adalah warna kekuatan dan persahabatan.Makin gelap warna hijau mempengaruhi kepada kegopohan, cemburu dan ketidakpercayaan.



Warna Biru adalah warna yang mudah untuk dilihat dalam banyak-banyak warna aura. Ia melambangkan kepercayaan atau keyakinan .



Warna Ungu Violet adalah warna yang mewakili kehangatan. Ia adalah warna yang mempemgaruhi hati dan minda , iaitu gabungan fizikal dan spiritual.Ia mempengaruhi semangat berdikari dan intuisi. Warna keungu-unguan yang semakin tebal menunjukkan kebolehan untuk menghadapi hubungan dengan secara praktikal. Warna yang pucat mempengaruhi kemanusiaan dan hubungan kerohanian. Warna ungu-kemerah-merahan menunjukkan keinginan dan cita-cita yang tinggi.Semakin keruh warna ungu tersebut maka ia menunjukkan kekuatan dalam menghadapi sesuatu. Ia juga menunjukkan imaginasi erotik yang tebal. Ia juga mempunyai kebolehan untuk menarik simpati dan juga seorang yang tidak dapat memahami orang lain.



Merah jambu adalah warna kasih-sayang dan warna kesucian. Ia mempengaruhi keceriaan dan semangat setiakawan. Bila melihat dalam aura, ia menunjukkan kesunyiaan, kasih-sayang dan kecantikan. Warna merah jambu menunjukkan seseorang itu tidak matang,terutama warna merah jambu yang agak keruh. Ia juga menunjukkan seorang yang amat amanah, juga seorang yang mempunyai rasa kasih-sayang dan juga seorang yang berwawasan.



Warna Emas adalah warna yang menunjukkan tenaga rohani yang cukup dinamik dan seorang yang mempunyai satu kekuatan. Warna emas yang keruh menunjukkan seseorang itu dalam proses membangkitkan inspirasi yang tinggi . Ia juga mempengaruhi proses kimia yang masih lagi aktif, bermakna individu tersebut masih cuba berusaha untuk menukar hidupnya kepada kehidupan yang lebih sempurna.



Warna Kelabu adalah warna kemasukan. Ia menunjukkan pergerakan ke arah membongkar kebolehan yang terpendam. Warna kelabu yang hampir kepada warna perak menunjukkan kebangkitan tenaga kewanitaan. Ia juga tenaga dan kebolehan untuk iluminasi, intuisi dan daya imaginasi yang kreatif.Warna kelabu yang agak keruh menunjukkan ketidakseimbangan fizikal, istimewa kepada aura yang berdekatan pada bahagian badan. Ia juga menunjukkan keinginan untuk meninggalkan tiada satu kerja yang diberikan yang tidak akan diselesaikan. Seorang yang mempunyai aura yang berwarna kelabu adalah seorang yang suka berahsia dan seorang yang suka bersendirian.




Warna Perang selalunya muncul dalam medan aura. Walaupun kebanyakan orang mengatakan perang sebagai hasil daripada ketidak seimbangan atau kurangnya tenaga, ini adalah tidak benar. Perang adalah warna bumi. Bila ia muncul pada kawasan atas kepala, ia akan mempengaruhi pembesaran yang baru.Aura perang yang melintasi muka atau kepala menunjukkan keinginan untuk diskriminasi. Jika ia muncul di sekitar kawasan cakra, ia menunjukkan bahawa bahagian tesebut perlu dibersihkan. Warna perang susah untuk ditafsirkan, kerana ia senang mempegaruhi kawasan masaalah dalam fizikal.



Warna Hitam adalah satu warna yang amat mengelirukan dalam spektrum aura. Ada sesetengah pihak mengatakan bahawa jika aura hitam hadir dalam diri seseorang, ia menunjukkan kematian atau jangkitan penyakit yang berat. Namun ada pendapat mengatakan ianya adalah warna pelindungan. Ia adalah satu warna yang melindungi individu tertentu daripada tenaga luar. Bila melihat aura ini, menunjukkan individu tersebut melindungi dirinya sendiri. Ia juga menunjukkan yang individu tersebut seorang yang ada sesuatu rahsia.



Warna Perak berkilauan Ia selalunya amat berkelip-kelip dan berwarna perak. Ia menunjukkan seorang yang terlalu kreatif . Jika hadirnya aura berwarna sebegini, ia sebagai penunjuk yang menandakan individu tersebut , individu tersebut seorang yang terlalu kreatif .

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Posted by Ija at 8:36 PM 0 comments
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini adabeberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasiDatuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.


1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satukaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allahjadikan hatiku bersih”


2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelumtidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disampingdosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita danmencetuskan semua perkara kebaikan.



3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencucihati dan menenangkan minda.


4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkanjiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah“Qulhu-allah” sebanyak 3X.


5. Berma’af-ma’ afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maafperlu sebutkan.


6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekalimengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah “Aku sebenarnya.. ….(perkara yang elok-elok belaka)



7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelumtidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku,cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif,positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapatdirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!).



8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukanperkara-perkara kejahatan.


9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatukejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).



10. Kekalkan wuduk.


11. Bersedekah.


12. Belanja orang makan.



13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.



14. Berkawan dengan ulama.



15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) .


16. Pesan pada orang, jadi baik.


17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dsb) , jangan dengarorang mengumpat.

Doa untuk Temuduga

Posted by Ija at 8:20 PM 0 comments
Doa untuk temuduga ini diperolehi dari Dr Hj Fadzilah Kamsah




Sebelum masuk bilik temuduga, baca:



1) Fatihah
2) Ayat Kursi
3) Ayat 1000 Dinar
4) Zikir 'Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir'



Tawakal. InsyaAllah, jika pekerjaan itu rezeki kamu, kamu pasti dapat. Jika bukan rezeki kamu, Allah lebih tahu apa yang terbaik untukmu...

ZIKIR Harian

Posted by Ija at 8:15 PM 0 comments
JUMAAT-
YA ALLAH
Allah akan memberi ketenangan hati kepada orang
yang membacanya



SABTU-
LAILAHAILLALLAH
Setiap kali menyebutnya,
Allah akan hampir kepada kita dan
Allah akan memberi segala
kebaikan kepada kita



AHAD-
YA HAYYUYA QAYYUM
Memperolehi harta yang banyak
dan membawa berkat serta dicintai
oleh setiap manusia



ISNIN-
LAHAULAWALAQUWWATILLABILLAHILALIYULAZIM
Setiap kali bacaan, Allah akan memberi pahala
sebesar bukit uhud dan Allah akan menghilangkan
sifat2 mazmumah dalam diri kita



SELASA-ALLAHHUMMASOLLIALAWARASULIKAWANBIYYIKALALAMINWAALAALIHIWASOBBIHIWASSALAM
setiap kali bacaan, Allah akan ampunkan dosa kita selama setahun



RABU-
ASTAGFIRULLAHHALAZIM
Setiap satu kali bacaan, Allah akan
hilangkan satu titik hitam dalam hati


KHAMIS-
SUBHANALLAHHILAZIMI SUBHANALLAHHIWABIHAMDIH
Setiap kali bacaan, Allah akan mengampunkan dosa kita sebanyak
buih dilautan dan Allah akan menghidupkan satu pohon buat kita di syurga

SYARAT-SYARAT DOA DIMAKBULKAN… Insya-Allah

Posted by Ija at 8:13 PM 0 comments
SYARAT-SYARAT DOA DIMAKBULKAN… Insya-Allah



Doa yang diminta oleh seseorang insan kepada ALLAH SWT hanya akan dimakbulkan samada secara segera atau bertangguh dengan berdasarkan syarat tertentu, antaranya yang utama ialah :


1. Menjauhi perkara mungkar dan maksiat ketika berdoa.


2. Menepati adab-adab serta rukun-rukun berdoa.



3. Melakukan kebajikan sebelum dan selepas berdoa.



4. Menyakini kepada ALLAH SWT bahawa setiap doa akan diperkenankan olehALLAh samada secara segera atau bertangguh. (ALLAH SWT itu Maha Adil)



5. Berdoa bukan untuk tujuan maksiat atau untuk melakukan penderhakaan kepadaALLAh.



6. Bukan berdoa terhadap perkara yang mustahil diperolehi.



7. Hendaklah sentiasa melaksanakan segala tuntutan dan suruhan ALLAH SWT.


8. Sentiasa menjauhi segala maksiat atau tegahan ALLAH SWT.



9. Meyakini kekuasaan serta berdoa penuh ikhlas kepada ALLAH SWT.



10. Berusaha serta berikhtiar selaras dengan apa yang disoakan,misalnya: seseorang yang memohon supaya dilapangkan rezeki mestilahberusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal semampu mungkin dan berdoaserta bertawakal tanpa rasa putus asa.


11. Permohonan itu hendaklah dihadapkan dan dituntut daripada ALLAH SWTsemata-mata.



12. Berdoa kearah melakukan kebajikan dan mencegah kemungkaran

UNTUK AMALAN KITA BERSAMA

Posted by Ija at 8:02 PM 0 comments
UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT.


"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ...bismillahirrahmannirrahim"
Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahuahad. Allahussamad. Lam yalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwanahad.) sebanyak 3 kali.
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah.
Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilahsalam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam,seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap diakhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitankuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.(Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya :Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran keranaianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:Ketika saya(Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi:
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Jom Chat

Large Ads

 

★~RainBow LanD~☆ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review